Salam bahagia kawan-kawan,
Lamanya tak mengupdate blog... hampir 2 bulan...
banyak kesah yang nak dikongsikan tapi selalu jer ade hal-hal yang menyebabkan kerja-kerja mengadap dashboard blogger terbantut..
Sudah lebih 6 bulan menjual tepung magik & cheezy sauce.. tak ingat pernah kongsikan resepi/hasil masakan nya ke tidak sebelum ni..
Almaklum dah lama tak berblog, tapi rasanya memang banyak yang tidak dikongsikan.
ini tempe dan kobis bunga (cauliflower) celup tepung magik, di makan dengan cheezy & mayonis.
mudah sangat nak sediakan.. hanya bancuhkan tepung magik dengan air, jika nak lebih rangup, bancuhkan dengan air sejuk dari petiais.. bancuh jer agak2 sederhana cair, tidak terlalu pekat & tidak lah cair. tidak perlu dicampur garam, telur dsb.. hanya tepung magik & air sahaja.
Kemudian celupkan ajer tempe/kobis bunga dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana.. bila warna sudah bertukar ke warna perangan keemasan, boleh lah toskan minyak & diangkat.
Cheezy sauce juga mudah disediakan : hanya ambil 1 sudu makan (bancuh ikut keperluan sahaja), bancuh dengan sedikit air panas dan kacau rata.. celup dengan tangan untuk rasa kepekatan.. jika bancuhan tercair. boleh tambahkan mayonis.
Sedap benor jika dimakan untuk minum petang, layan dengan teh o panas atau pun kopi o..
untuk order set tepung magik & cheezy sauce : boleh PM kakyong di FB..
maklumat lanjut sila lah berkunjung ke Kakyong's Shoppe.
salam kasih sayang,