NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Selasa, Januari 31, 2012

Jom tampal menampal



Salam bahagia,





Dah lama plan nak buat aktiviti tampal menampal ni dengan anak-anak.. tapi manjang jer tak terbuat. Bahan-bahannya.. kertas brochure yang hari-hari dapat tu.. juga kertas A4..





1st projek ni ibunya lukis gambor pokok...




Aliya ni semua dia nak buat sendiri.. tak kasi ibu tolong sapukan gam.. "biar baby buat sendiri"



gunting kertas ni pun dia nak buat sendiri.. tapi awal-awal tu memang ibunya yang guntingkan



dah nak hampir siap.. dah pokok hasil tampalan kertas ni..




berwarna-warni daun pokok ni.. batang pokok Aliya nak warnakan, tak nak tampal..



Alhamdulillah.. dah siap.. pokok ajaib Aliya..



Okay.. dah selesai tampal-menampal boleh rehat-rehat tengok CD pulak sambil malam biskut roll coklat.


aktiviti tampal menampal ni, baik untuk kreativiti anak.. aktiviti gunting kertas pulak baik untuk motor halus anak.


p/s
la ni susah nak bersiaran pagi-pagi.. sebab anak dara kecik ni bosan.. jadi aktiviti tiap pagi adalah hantar kakak Anis ke sekolah, pastu lepak rumah opahnya jap, kemudian merayap keliling taman naik basikal.. pastu kena singgah kedai.. balik rumah, kemas-kemas rumah, sidai kain, pastu sambung buat aktiviti dengan Aliya.. leka dok layan Aliya, sedor-sedor dah hampir 11 lebih.. masuk dapur dulu.. sudahnya petang juga baru buleh nak adap blog.. 


buat kawan-kawan yang perasan saya tak singgah di blog tu, maaf yer.. nanti saya sampai.. tak terkejor dah nak BW ke semua blog


salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Januari 30, 2012

Cermai Hutan



Salam bahagia,



Ni pokok cermai hutan (mak saya kata cermai hutan.. tapi saya tanya dengan google, ada yang panggil cermai belanda, ada juga panggil cermai mekah..  ).. antara pokok kayu yang ada kat rumah makbonda saya.. buahnya yang merah dan oren tu.. merah tu memang dah masak ler.. 

di blog wannura - cermai ini disebut sebagai cermai asam




ini buah yang muda.. masih hijau



ni buah yang sedang-sedang.. oren warnanya..



close up.. kamera cikai tu yang payah nak snap.. saya edit sikit bagi sharp gambar ni



ini yang masak ranum.. rasanya manis-manis masam dan ada rasa kelat dihujung lidah.. hehhe.. rasanya memang sangat berbeza dengan bua cermai biasa.. daun pun lain sangat.



saya google lagi.. cermai ini juga di panggil cermai burung.  dipanggil juga ceri brazil, ceri surinam atau nama saintifiknya Eugenia uniflora. Boleh juga baca di wikipedia.


wahh.. banyak betul nama buah cermai ni... buat yang belum tahu, semoga hari ni kita sama-sama dapat pelajaran baru (saya pun banyak belajar semasa nak siapkan n3 ni)..  makbonda saya cakap, sedap kalo masak asam.. saya tak pernah masak lagi guna buah cermai hutan ni. Buah cermai hutan ni kaya dengan vitamin C.


Boleh kot di katakan sebagai buahan tempatan.. 

salam kasih sayang,
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Januari 29, 2012

Budaya belajar di rumah harus di mula pada usia awal anak



Salam bahagia,


Alhamdulillah, kali ini saya cuba untuk berbicara tentang budaya belajar di rumah untuk anak-anak pra sekolah. Namun, saya bukan lah pakar, kerana saya pun masih dalam proses mengajar anak-anak di rumah. Masih banyak yang perlu saya pelajari dari segi teknik dan juga menggunakan bahan  yang betul, selain menarik minat anak untuk terus belajar tanpa memberi tekanan pada anak.


Beberapa minggu lalu, saya membaca artikel/n3 yang ditulis oleh cikgu Norhaidi. Tajuk entri beliau adalah berkaitan dengan penguasaan 3M di kalangan anak-anak yang berleluasa dan apakah tindakan sewajarnya. 



ini adalah komen saya di entri tersebut



dan ini pula salah satu komen yang kakyong fikir harus dijawab oleh semua ibubapa.


Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?


Ibubapa mana lah tak sedih kan, selepas 2 tahun anak di tadika, (ada yang 3 tahun anaknya dihantar ke tadika) rupanya satu apa pun tak tahu.

Wajarkah jika kita letakkan semua kesalahan pada guru..? 

Ada ibubapa yang merungut, hantar ke tadika mahal-mahal tapi anak tak pandai pun.

Bila kita cadangkan, "ajar lah anak di rumah" ramai juga yang beralasan "saya ni kerja, mana ada masa" "anak-anak tak nak belajar dengan saya" dan macam-macam lagi alasan.

bila kita kata "10-15 minit jer setiap malam" ada pulak yang mula tarik muka.. seolah2 kita ni cuba nak mengajar dia pulak.. 


Memang agak sukar untuk menerapkan nilai budaya belajar di rumah untuk golongan kelas rendah, maksud saya ibubapa yang hanya kerja bawahan (contoh : kerja di kilang bahagian pengeluaran, stor ) dan selalunya stress dengan macam-macam isu. yer lah kan, pendapatan sikit (gabung gaji kedua ibubapa pun belum nak cecah RM2k), dah la macam-macam nak kena bayar.. jadi, tumpuan ibubapa lebih kepada cari duit & sediakan kemudahan dan makan minum di rumah. Hal belajar, memang diserah bulat-bulat kepada guru & sekolah. 

nota : statement prenggan di atas ni hanya generalisasi sahaja.. tidak menggambarkan keseluruhan.. sebab ada segelintir yang ambil berat pelajaran anak-anak



Bila anak tak pandai belajar, ibu ayah marahkan anak & ada juga yang 'hamput' guru. (situasi yang biasa)

Isu yang saya sebut ni... adalah realiti kehidupan di kawasan kejiranan makbonda saya.. berbeza sedikit di kawasan kejiranan saya. Sedih pulak bila taraf hidup menjadi salah satu penyebab anak-anak tercicir.. tercicir lah kan, jika 2 tahun di tadika tapi masih tak tahu membaca, menulis dan mengira.. itu belum campur Mengaji, menghafal surah dan banyak M lagi yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.


Pada saya, belajar di rumah harus kita jadikan budaya dalam kehidupan seharian kita. Harus kita mulakan seawal usia anak. Memang diketahui umum tiap anak punya tahap penguasaan yang berbeza, namun saya tidak suka menjadikan ia alasan, kononnya anak akan pandai bila tiba masanya (saya tak boleh nak tunggu masa tu tanpa berbuat apa-apa)

Belajar tidak semestinya harus duduk di meja belajar.. adakalanya, saat nak tidurkan anak juga adalah masa yang sesuai.. sebelum anak tidur., kita ajar anak membaca doa tidur, di samping ajar beberapa surah mudah seperti AlFatihah & 3 Qul.. boleh juga kita ulang-belajar dengan anak-anak membaca ABC (untuk anak yang belum mengenal huruf), latih-ulang mengeja beberapa perkataan baru setiap hari.. atau pun ajar anak mencongak sifir tambah - contoh satu tambah satu, dua tambah satu.. 


Dan di hari minggu, (untuk ibubapa yang bekerja) boleh lah buat aktiviti di meja belajar... melatih anak menulis, melukis, mewarna, menampal dan sebagainya.. macam-macam aktiviti boleh dibuat, tetapi harus selalu diingati.. rules nya.. tak lebih dari 30 minit  (10 ke 15 minit adalah memadai) untuk satu-satu sesi dan jangan buat anak stress semasa di meja belajar.

Selain sesi belajar di meja belajar, kita boleh juga buat sesi membaca dengan anak-anak. Insya Allah, lama-kelamaan anak pasti akan suka dengan buku dan suka belajar. Ada banyak tips & panduan yang boleh di google, anda boleh juga baca entri PuanKutu Tips supaya anak suka membaca.



Jika anda perasan anak anda seperti ketinggalan di sekolah.. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.. mula kan sedikit demi sedikit.. Insya Allah, dalam tempoh 7-8 tahun nanti, anda pasti akan tersenyum bahagia, tatkala anak sudah remaja, kita tak perlu nak terjerit sampai sakit tekak untuk ingatkan anak supaya belajar. 


Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan pastinya tidak lagi menjadi beban.





p/s
anak dara saya si Anis, hanya mampu bertahan 5 minit sahaja untuk sesi belajar.. jika lebih dari itu, dia akan mula tunjuk protes dan memberi alasan yang macam-macam. Memandangkan dia pun baru 5 tahun, jadi memang saya tidak paksa.. cuma sesi belajar tu memang perlu ada setiap hari, 



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Januari 28, 2012

Lega.. bebas stress



Salam bahagia,


Alhamdulillah.. hari ni saya sudah bebas dari 'kerja off-line' yang telah membuat saya stress sepanjang minggu. Orang lain syiok bercuti panjang.. saya pulak melayan stress berhari-hari..


Bahaya stress ni.. jika tidak diurus dengan baik, boleh menyebabkan serangan sakit jantung..


sumber

Memang STRESS lah buat saya.. sebab kerja yang saya buat itu melampaui kemampuan @ kebiasaan saya.. dah la nak kena study lagi benda tu.. aduuiihh.. memang mencabar..  dan akhirnya, tidak berjaya juga saya untuk menyahut cabaran menyiapkan nya 100%.. 

Namun, saya lega sangat selepas kerja itu saya pulangkan semula. Siap sebahagian ajer.. Alhamdulillah, sebab ownernya pun professional menangani masalah ni.  Dia siap kata, dia sanggup bayar lebih kalau saya siapkan.. masalahnya, bukan pasal bayaran.. tapi kemampuan saya takat tu jer.. jenuh saya perah otak, tapi tak mampu @ sendiri rasa tak puashati. Lebih-lebih lagi anak-anak dok bercuti sekolah ni, dengan nak layan kerenah anak-anak seorang diri, dengan nak study kerja tu lagi.. memang stress sangat.

Memula tu saya berkobar-kobar lah jugak untuk menyiapkan kerja tu.. sekali bila ianya memang di luar kemampuan tapi ditekan untuk menyiapkannya.. mula lah stress mari.. confused

Kesannya : saya tak jenguk blog untuk beberapa hari.. tak blogwalking... orang pun tak komen sangat kat blog saya.. sebab saya pun tak pergi komen kat blog orang kan.. nak update blog pun idea macam tak jalan jer.. sebab asyik dok rasa tensen dengan kerja yang belum dapat disiapkan. tongue




sumber


Jadi bertambah stress, bila banyak kerja rumah  terpaksa saya tangguhkan.. gara-gara spend masa STUDY dan nak siapkan kerja tu.. memang amik masa lah sebab nya terpaksa study formula dan membuat banyak kiraan. Alhamdulillah, saya masih tahu lagi cara nak guna MsExcel (buat pivot, graf dsb). 


Tapi memang tak syiok tau.. bila kerja rumah jadi bertangguh dan dapur pun lambat berasap.. bila stress buat kerja rumah pun jadi slow daripada biasa. dan yang tak best.. anak-anak pun dapat 'aura' stress sekali.. depa mula lah buat perangai & tak mau dengar kata.. mana tak nya, ibu dok adap kerja jer.. tak layan sangat depa.. thumbs down


Cer baca simptom2 stress seperti dalam gambor kat atas tu.. saya akui saya memang jadi 'moody', 'pemarah', 'kurang sabar', lesu (selalu tak tidur petang.. tapi stress buat saya tidur petang), dan tak boleh nak fokus dalam tempoh 1 minggu ni. Sangat tak best bila jadi macam ni.


Untuk kurangkan stress :

  • pagi-pagi saya bawa anak-anak pergi berjalan-jalan keliling taman.. anak-anak sanggup mandi pepagi hari gara-gara nak ikut ibu.. hihikk.. selalu tu macam-macam alasan bila suruh mandi pagi..
  • singgah rumah mak saya.. jengok pokok kayu yang dia tanam depan rumah sambil bersembang-sembang dengan mak.. tapi tak leh lelama rumah mak.. 
  • singgah pergi kedai.. dapat la jumpa orang dan membelek-belek harga barang-barang di kedai.. window shoppping lah konon-konon nya..
  • selesaikan juga kerja rumah , walaupun pada kadar yang sangat slow..
  • beritahu hal sebenarnya pada si owner yang Upah saya kerja tu.. actually awal-awal dah cakap.. tapi ntah apasal tah dia confident sangat dengan saya, walaupun saya tak berapa nak confident..  (lagipun saya pun ada standard tersendiri.. jika saya tak boleh beri yang terbaik, baik saya tak ambil, bukan cara saya bukan kerja cincai-cincai)
  • kongsi dengan suami hal ni.. minta dia cuti mancing 2-3 hari.. tapi sehari ja dia cuti mancing.. 


Stress dengan kerja-kerja di rumah ni pada saya sudah normal.. tapi stress untuk kerja-kerja yang memaksa saya bekerja seolah saya berada di pejabat.. memang sangat-sangat luar biasa.. bayangkan suri rumah macam saya ni, harian saya adap anak-anak, jiran dan hal-hal dalam rumah sahaja (pendedahan yang agak kurang.). tetiba di suruh berfikir tentang isu negara dan hal ehwal yang diluar dari kebiasaan saya.. kome ingat tak stress ker... 

lain le masa saya koje pejabat dulu.. pendedahan luas.. saya hidup dikeliling.. mereka yang berilmu dan hebat.. bila bersembang pun tentu lah perkara yang hebat dalam bidang yang tersendiri.. berbeza dengan situasi saya sekarang ni.. bidang saya sekarang adalah isu rumahtangga, pendidikan awal anak.. kalo disuruh ajor anak membaca, mengaji Iqra, ajar Matematik sekolah rendah.. petik jari jer.. thumbs up   hehhe.. merepek panjang lebor lah pulak..



Salam kasih sayang dan selamat berhujung  minggu,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Januari 26, 2012

Wish list Aliya : beg elo keti



Salam bahagia,


Terasa seperti cepat sangat masa berlalu.. kadang tak terasa anak-anak dah membesar dan sudah mula pandai memilih dan berangan-angan untuk memiliki barang peribadi tersendiri.


Aliya tetiba jer baru-baru ni nak barang-barang 'elo keti'... boleh agak tak, apa dia 'elo keti' ni..??




Jadi si ibu pun bertanya dengan encik google.. terjumpa lah beberapa sample barang yang dihajati si Aliya..

saya jumpa beg yang ini, di blog INI.. boleh tahan jugak regenya, RM39.90.. tapi jumpa kat 1 lagi blog, regenya lebih mahal RM20 dari blog yang awal.. hmmm..


sumber



yang kat blog INI pun comel jugak


harga RM35 each



yang ini pun comel kan.. butiran ada kat SINI. tapi di blog tu dah takde stok.. sesuai kalau anak-anak yang dah sekolah rendah.. boleh pakai ala-ala selempang gitu..






yang ini pulak.. ibunya yang berkenan.. hahaaa... tu la pasal, kalo dah mula window-shopping online ni.. mula lah rambang mata.. walhal bukan nye nak beli pun..


sumber

tapi si Aliya lepas dia nampak gambor ni.. dia plak yang beriya-iya nak.. sebab ade spek tu kan.. spek hiasan je tu...


yang kat bawah ni.. comel jer kan mesin jahit ni.. buat halwa mata jer la.. sebab tak minat dah mesin comel-comel ni.. kalau boleh nak beli mesin yang besor yang ada sulam tu.. heheh... ibu pulak yang berangan..


sumber


ok, berbalik kepada hal Aliya ni.. dia bukan takat nak beg elo keti.. tapi nak semua pensel, pensel case, pembaris = alatulis elo keti.. aduhai lah anak.. tak padan dengan kecik, dah pandai request macam-macam.. 

ayat tak boleh blah dari Aliya :

"Baby nak semua barang-barang comel-comel elo keti tu.. nanti ibu beli tau.."

aduuss... tunggu lah ibu kumpul kan duit dulu yer Aliya...



btw, ada yang berkenan tak dengan barang ni.??  iPad untuk anak-anak



butiran lanjut boleh rujuk di SINI



salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Contest & Giveaway Ibu SIhat Anak Riang



STICKY 
entri baru sila klik ke catatan lama yer..



Salam bahagia,


Part hadiah, saya dah sebut dalam entry  Rebranding contest ibu sihat anak riang - coming soon!!  Jadi pada hari ini 10 Dec 2011, saya kick-off semula contest ini, untuk satu tempoh yang mana tarikh tutupnya akan dimaklumkan nanti



Jadi terus kepada poin, syarat-syarat untuk penyertaan. Yang mana kita bagikan kepada 2 bahagian :

  1. Contest - setiap penyertaan untuk contest, layak untuk mendapat 1 cabutan bertuah/giveaway. 
  2. Giveaway - entri promosi


nota : Contest dan Giveaway ini boleh disertai oleh semua.. tidak kiralah anda seorang ibu, bapa.. yang bujang dara dan teruna pun boleh join.


Kaedah-kaedahnya :


Untuk Giveaway :

  1. Buat satu n3 ringkas, tajuk "Contest & Giveaway Ibu SIhat Anak Riang"
  2. Tampalkan banner contest & GA , backlink kan ke n3 ini
  3. Tampal banner penaja dalam n3 
  4. Sila Like FB SNUUS dan FB Islamic Books for Kids dan Like FB Laman Kakyong[dot]com (yang ini optional, jika sudi, sila lah LIKE yer)
  5. SILA Follow blog De’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio
  6. Di penghujung n3 sila tambah perenggan ini " Post ini adalah penyertaan untuk Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio " 
  7. Setiap blog/peserta hanya layak untuk 1 entri/penyertaan giveaway sahaja. 
  8. Tinggalkan permalink n3 anda di kotak komen n3 ini & nyatakan FB id.


ini adalah banner rasmi Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang 


NOTA : BUAT YANG TIADA BLOG, TAPI ADA FACEBOOK, BOLEH BUAT ENTRI  (BOTH GA & CONTEST) DI BAHAGIAN NOTES & TINGGALKAN LINK NOTES DI KOTAK KOMEN



Untuk Contest :
  1. Buat n3 perkongsian (tiada had perkataan) samada tips untuk anak-anak ATAU pun saat keriangan anda dan anak-anak. Tajuk bebas. contoh entri adalah seperti INI atau INI.
  2. Entri berbentuk tips. Contohnya seperti   tips yang best belajar bersama anak-anak, tips latihan ke tandas ala ibu/ummi/abah XYZ (nama ibu @ bapa yer), tip memilih susu untuk anak menatih (anak umur lebih2 tahun), tip anak bertutur tanpa pelat, tips sajian makanan sihat, tips menjadikan anak kawan baik ibu, dan macam-macam lagi tips yang sesuai untuk anak umur dari bayi hingga usia 12 tahun. Tak perlu panjang lebar.. yang pasti entri tu mestilah berkaitan dengan anak anda. JIka ada entri lama anda yang anda fikir sesuai untuk contest ini, boleh sahaja digunakan semula dan disesuaikan dengan keperluan contest ini.
  3. Entri saat keriangan anak : boleh jadi saat gembira anak semasa bercuti, aktiviti anak-anak di rumah, aktiviti anak di hari perayaan, aktiviti anak di majlis-majlis dan yang seumpamanya.. yang penting, ianya memang aktiviti/saat anak-anak gembira.
  4. Tampalkan banner contest & GA dalam n3 dan backlink kan ke entri ini
  5. Tampal banner penaja dalam n3 
  6. Sila Like FB SNUUS dan FB Islamic Books for Kids dan Like FB Laman Kakyong[dot]com (yang ini optional, jika sudi, sila lah LIKE yer)
  7. SILA Follow blog De’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio
  8. Di penghujung n3 sila tambah perenggan ini " Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio"
  9. dan lengkapkan ayat ini "Saya berminat untuk memiliki buku (berikan 1 nama buku) dari FB Islamic Books for Kids (jangan lupa tag kan nama anda di gambar buku tersebut) sekiranya terpiliih sebagai pemenang"
  10. Tinggalkan permalink entri anda di kotak komen n3 ini dan nyatakan FB id.


Kelebihan peserta contest :

  • Setiap peserta/blog boleh menghantar 2 penyertaan, 1 untuk n3 tips & 1 untuk saat keriangan bersama anak-anak. Buat entri asing-asing yer. 
  • Setiap entri akan dikira sebagai 1 penyertaan. Jika anda submit 2-2 jenis entri, bermakna anda ada 2 penyertaan untuk contest dan layak untuk 2 cabutan bertuah/giveaway. 
  • Tak perlu buat entri promosi sebab otomatik layak untuk cabutan bertuah.
  • Tapi jika nak buat jugak entri promosi (giveaway).. anda layak juga untuk 1 cabutan bertuah.


Nota untuk Pija & PuanBee : memandangkan contest & giveaway ini telah direbranding dengan syarat dan cara penulisan yang baru.. maka Pija dan Bee ada peluang seperti peserta yang lain, cuma kelebihannya Pija & Bee layak secara otomatik mendapat 1 tempat untuk giveaway. 






Banner penaja:

  Amira Studio

kod banner :


<div style="text-align: center;"> <a href="http://bawakupulang.blogspot.com/" target="_blank"><img alt="" border="0" height="125" src=" http://i958.photobucket.com/albums/ae68/catlina7/logotakemehomefinal.jpg " title="Take me Home" width="125" /></a>&nbsp; <a href="https://www.facebook.com/SNUUS.Beauty.Health.Fashion" target="_blank"><img alt="" height="125" src="http://1.bp.blogspot.com/-e0MPVhfYVVM/Tt7O24xyzsI/AAAAAAAARHk/SYSs7BqYkBE/s1600/snuus.jpg" title="SNUUS~ Where Beauty,Health and Fashion collide" /></a> <a href="https://www.facebook.com/islamicbookforkids" target="_blank"><img alt="" height="125" src="http://4.bp.blogspot.com/-cXCkBM9jo6k/Tt7PGHpBhKI/AAAAAAAARH0/jhAWknow0Rc/s1600/islamicbookforkids.jpg" title="Islamic Books for Kids" /></a> <a href="http://dechantiquebutik.blogspot.com/" target="_blank"><img alt="" height="125" src="http://1.bp.blogspot.com/-LSnG4lw3VeI/Tb_I8sf2dUI/AAAAAAAAJWY/_E56aUZI-Ts/s1600/banner-biru-touquise.gif" title="De'Chantique butik" width="125" /></a> <a href="http://www.amirastudios.com/" target="_blank"><img alt="Amira Studio" src="http://2.bp.blogspot.com/-JQvVsFgOWak/TjsvmpsxUeI/AAAAAAAAAJ4/RkET4qevLis/banner-amira-studio.gif" width="125" /></a> </div>

TARIKH TUTUP :
bergantung kepada penyertaan, jika penyertaan menggalakkan, ia akan ditutup awal.


Contest & Giveaway akan diTUTUP pada 17 Mar 2012




nota:
setiap peserta adalah digalakkan meletakkan link blog ini ke blog list kalian, senang untuk kalian tahu update terbaru.



Selamat bercontest dan bergiveaway. Saya dan pihak menaja amat-amat berbesar hati dengan sokongan yang diberi.





salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Januari 25, 2012

Sup kentang & cendawan



Salam bahagia..


4 hari tak update blog.. BW pun tak.. bukan malas.. tapi sibuk dengan men'tuisyen'kan orang nak exam.. dan sibuk buat kerja offline.. . hihihikkk..  masih adap lappy, tapi tak leh nak online pun.. sebab kerja ni kena fokus.. hari ni pun ada lagi kerja yang tak siap.

Plan asalnya cuti CNY saya ingat nak buat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah.. ajar Matematik dan Bahasa Inggeris.. tapi, kerja yang ditangan pun masih banyak.. susah pulak nak uruskan masa.. jadi settle kan dulu kerja yang ada ni.. pasni baru start dengan kelas tuisyen budak sekolah rendah pulak. 


Okay, hari ni just nak buat entry pendek jer.. jom masak sup kentang & cendawan.. actually nak buat sup kentang & tomato macam kat blog kak NZA.. tapi buah tomato dah habis stok.. jadi berinspirasikan resepi dari blog kak NZA, terhasil lah sup kentang & cendawan




Bahan-bahan :


  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji kentang 
  • 1 paket cendawan tiram (cendawan ni jer yang ada), kalau nak guna cendawan lain pun boleh
  • sedikit ikan bilis (sebagai perisa @ penyedap) - option tak mau pun boleh
  • garam secukup rasa
  • daun sup 
  • susu segar 

bahan-bahan ni cukup untuk 2-3 orang makan sampai kenyang..




Cara masak :

  • tumis bawang, kentang & ikan bilis, masak sehingga kentang  masak
  • kemudian masukkan cendawan, masak hingga cendawan cukup masak
  • biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam blender dengan susu 1 cawan, kisar halus
  • kemudian, panaskan semula atas dapur.. jika nak cair, masukkan lebih susu, jika tak suka susu banyak, boleh tambah air masak. masak kan sekejap jer.. dalam 2-3 minit gitu..





Ini lah hasilnya... sedap dimakan dengan roti, roti bakar.. kalo nak feeling-feeling makan kat restoren hebat, boleh makan dengan roti perancis.. 


Anak-anak tanya, "ibu, ibu masak apa ni?"
Ibu : "sup macam kat pizza tu.." 
Anak-anak : "Sup pizza tu sedap ke ibu?"
Ibu : "Ibu masak lagi sedap.." 

hehehhe, macam lah anak-anak pernah sup kat pizza.. selama ni makan pizza pun sebab besday party sepupu-sepupu depa.. mana ada sup.


Sup ni ALiya jer yang suka.. Anis buat-buat tak nampak.. Fikri pun sama.. 


Selamat mencuba..


p/s
Insya Allah, bila ada kelapangan nanti, kakyong akan BW pelan2..


salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Januari 20, 2012

Hati rasa ... libang-libu



Salam bahagia,


Pagi tadi tak online, sebab lepas antar ANis.. saya sibuk mendobi dan selesaikan semua kerja melipat kain dan juga kemas rumah.. tak habis-habis rasanya mengemas, tapi tak kemas-kemas jugak.


Pukul 11 pagi saya keluar ke bank, untuk uruskan macam-macam hal..

  • tukor buku ASB (baru jumpa buku.. & 7 tahun tak update.. ).. manager bank tu ingat saya kerja, dah pulak dia offer saya ASB loan.. saya senyum jer dan cuba berbasa-basi, Insya Allah, bila ada daya & keupayaan, mungkin saya akan ambil, buat masa sekarang ni tak mampu lagi
  • tukor no pin ATM (3 tahun juga saya tak guna kad ATM tu, sebab selalu online/internet banking jer.. sampai lupa no pin) ofiicer bank tu kata kena tukor kad baru.. ah, molek lah sangat.. sebab kad yang baru ni comel lah sangat.. walaupun kena caj RM12.. redho jer lah.
  • pastu tukor nombor henfon untuk internet banking.. banyak urusan tak leh nak buat (saya bukan nak beli online sangat.. tapi plan nak UPkan semula bisness online) sebab tak leh nak request tac no. Insya Allah, lepas ni dah boleh.

Lepas habis urusan bank, teman kan adik pergi ke Medan Gopeng untuk belikan tiket.. dia nak berjalan jauh ke selatan tanah air.

Sampai semula ke rumah jam 3 petang. Alhamdulillah, selesai sudah sebahagian urusan ke bank.. ada lagi sebahagian, akan diselesaikan selepas cuti panjang ni.


hanya gambar hiasan jer.. awan merah di awal pagi



Cuma di hati saya,.. masih & tetap terasa libang-libu. Libang-libu ni bahasa Perak.. maksudnya : perasan tak tentu arah.. rasa tak sedap hati jer.. macam ada perkara yang masih belum selesai.


Mungkin agaknya :
  1. susah hati sebab sepupu tak update lagi perkembangan terbaru MakNgah (adik Makbonda) yang kini di ICU Hospital Ampuan Rahimah Klang
  2. resah selagi tidak dapat membantu kawan blog.. 

Untuk perkara 1 ni.. saya mohon doa dari semua. Semoga MakNgah saya kembali sihat.. makbonda saya ada melawat beliau beberapa hari lalu.. kata mak, makNgah sakit kencing manis, buah pinggan dan semput..  jari-jari ditangan hampir hancur kerana setiap masa di cucuk untuk amik darah.. Saya sedih jugak tak dapat melawat MakNgah.. tapi rasanya kalo pergi saya pun saya mesti nangis tak hengat.. dulu pun nurse tak bagi saya masuk tengok Arwah Tok Su., sebab saya nangis (sedih sayu) bila tengok macam-macam wayar depa letak di badan Toksu..


Untuk perkara 2, jika anda kenal sahabat saya ni, sila lah klik n3 INI >>  Ingin membantu sahabat blog.  Saya tahu dia tak suka saya buat macam ni, tapi hati saya sendiri tak senang.. resah-gelisah tau, tak tau nak cakap camana. Saya tak harap dapat kumpul ribu-ribu.. tapi cukuplah sehingga tempoh 23 Jan 2012, berapa yang dapat saya kumpul memang saya niatkan untuk bantu sahabat saya tu. JIka anda sudi bersama saya, saya teramat berbesar hati.. bukan besar @ kecil amaun yang dihulur menjadi ukuran, tapi infaq dari hati kawan-kawan. Jangan lupa doakan sekali semoga sahabat saya tu mendapat ketenangan hati untuk menyelesaikan masalahnya yang lebih berat.



Masa di bank tadi, memang ramai orang.. ramai benor yang membuat urusan, nak cuti panjang CNY kan.. 


p/s
semalam terserempak kawan yang dah 18 tahun tak jumpa.. Masya Allah, baru jer saya tegur dia di FB beberapa hari lalu.. langsung tak menyangka, rupanya kami tinggal sangat lah berdekatan.. tu lah kan, saya ni jarang online FB.. dia dah setahun tinggal berdekatan, baru kini saya tahu. [mode saya happy.. Alhamdulillah]


nota : time cuti panjang ni.. ade ke yang online & berblog.. 


salam kasih sayang & selamat bercuti panjang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Januari 19, 2012

Cucur cekelet @ cekodok pisang



Salam bahagia,





saya tak tahu apa nama pisang ni.. tapi gemuk-gemuk jer rupanya..



kisar jer semua dalam blender.. kerja senang , pisang + tepung + garam + serbuk penaik



saya guna serbuk penaik & peramkan dalam 15 minit adunan sebelum digoreng



ini lah dia cucur cekelet , nama diberi oleh Anis.. sedap katanya.. dia dah pesan 'esok ibu buat lagi cucur cekelet ni tau'.


Ayahnya mengusik si Anis.. 'ini cokodok lah kakak'... Anis menjawab "bukan lah ayah.. bukan kodok.. ni cucur cekelet sedap ibu buat" 


si ibu : kembang rasa hati kena puji... bukan selalu en ayah nak belikan pisang.. memang dah lama juga tak buat cekodok pisang ni.


salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Januari 18, 2012

Kakak Anis nak mengelat



Salam bahagia,


Apa yang kakak Anis nak mengelat ni...??? heheh.. jom layan gambor dulu..





Anis sedang kena paksa siapkan kerja sekolah.. ibu kena pantau.. kena duduk sebelah dia.. sebabnya kakak nak main ngelat.. ade ke patut Anis minta tolong Aliya yang kalerkan kerja sekolah kakak.





Aliya sebenarnya pun 'SEDIH' jugak sebab tak leh nak tolong buat kerja sekolah kakak.. jenuh jugak lah si ibu memujuk si Aliya nih... "kerja sekolah kakak, biar kakak yang buat sendiri.."




Akhirnya, 2-2 dah ade kerja masing-masing.

Cabaran dah bermula.. Anis ni dia rajin ke sekolah.. tapi dia susah nak duduk di meja dan siapkan kerja sekolah sampai siap.. kena tunggu dia siapkan.. tu pun siap satu, pastu dia lari pergi main.. Ibu pun tak leh nak memaksa sangat.. as long dia nak siapkan sikit-sikit.  Alhamdulillah.

Tapi yang tak tahan tu.. tepat jam 5.30 petang, dia terus nak pergi main, kadang-kadang di rumah jiran, kadang-kadang main kat lorong depan dengan anak-anak jiran. 

"Ibu... boleh tak naik main kat jalan dengan kawan-kawan"  dah larang pun tak leh.. layan jer lah, asal jangan main gaduh-gaduh sudah..




ini suasana bermain di hari minggu.. meriah.. ramai.. sebab cucu makcik yang depan rumah ni pun ada.. tiap hari minggu memang cucu-cucunya datang bertandang.. 


Si Anis ni bila dah letih main di petang hari.. sebelum jam 9 malam memang dia dah tidur.. kadang-kadang 8.30 malam dia dah masuk bilik.. jadi belah malam memang takde harapan nak sambung aktiviti belajar dengan dia..



p/s
saya ni tak jumpa formula lagi camne nak 'tackle' Anis ni supaya dia mahu belajar dengan tekun.. dia suka & rajin pergi sekolah.. tapi malas nak siapkan kerja sekolah.. tak suka menulis dan mewarna. Bila ibu cakap, ade ajer jawapan dia.. - dah pandai menjawab dah sejak dah sekolah ni.



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Januari 17, 2012

Kali pertama buat kuih vadeh @ vadey



Salam bahagia,


Kueh vadeh ni memang antara kueh yang saya suka sangat... tiap kali ke pasar malam mesti nak beli.. kadang-kadang jumpa (yang melayu buat la), kadang-kadang tak jumpa.

Pernah baca dalam blog kawan (maaf tak ingat sapa), beberapa bulan lepas. Dok pesan kat suami belikan kacang dal.. sampai ke sudah dia tak beli-beli. Tapi sejak dah ade basikal ni.. panjang lah sikit langkah.. hehehhe... big grin





Resepinya saya google jer.. macam-macam style ada.. yang saya buat ni belasah jer guna bahan-bahan yang ada di rumah.

Bahan-bahannya :

1 pack kacang dhal - dalam 200g, saya beli RM1 jer
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili masak - dihiris , boleh juga guna cili kering
1 sudu teh jintan manis/kasar - ditumbuk sedikit
1 sudu makan serbuk kari
2-3 sudu makan tepung gandum
beberapa helai daun kari - takde, saya ganti dengan daun sup & daun bawang
garam secukup rasa.. 1 sudu teh memadai




cara-caranya

  • kacang dhal di rendam semalaman. saya rendam pagi, petang tu baru masak
  • cuci bersih kacang dhal, toskan dan kisar dalam blender. Saya kisarkan semua sekali, yang pasti akan ada kacang yang tak hancur..jangan letak air, jika nak letak air pun sikit ajer.. jangan blender stuck jer..
  • kemudian masukkan kacang yang dah blend dalam bekas.. campurkan bawang & cili yang telah dihiris, jintan manis, serbuk kari, dan daun kari serta garam - gaul rata
  • tambahkan tepung gandum jika adunan lembik
  • jika guna cili kering, - rendam cili, bila cili dah kembang, gunting/hiris halus (saiz ikut suka, nak besar ke kecik)



  • panaskan minyak.. biarkan minyak betul-betul panas. 
  • masukkan adunan dalam sudu @ senduk dan ratakan (agak2 lah jangan tebal sangat).. kemudian tolak masuk ke dalam kuali.. saya guna sudu makan yang besar sedikit, jika guna senduk macam besor sangat jadi kuihnya.
  • masak dalam api sederhana.. balik-balik kan.. masak hingga nampak garing, @ golden brown.


 sesuai untuk minum petang.. layan dengan teh o @ kopi o



Untuk adunan 200gm kacang dhal tu saya dapat lebih 20 biji.. anak-anak tak suka makan, jadi saya beri separuh pada jiran. Lain kali saya ingat nak masukkan ikan bilis yang dikisar, supaya ada rasa yang lebih sedap.. hehehhe.. sesuka jer nak modify resepi kan.. *kita yang nak makan kan..*  

btw, letak daun sup & daun bawang tu macam tak sesuai jer.. kena letak daun kari jugak.. baru la feeling-feeling makan vadeh ala-ala mamak punya.


nota :
tak boleh makan banyak-banyak kacang dhal ni.. kentut bau busuk.. hahaha..


salam kasih sayang,
.




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio