NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Khamis, Mac 21, 2013

4 bulan tidak berupdate..


Salam kasih sayang,


Sudah lebih 4 bulan, blog ini tiada update.. sunyi sepi..

puan blog tidak lah menyepi.. sibuk saban hari dengan kerja-kerja di rumah yang tidak berkesudahan dan urusan bisness kecilan. 

memang sudah menyimpan azam.. mulai awal tahun 2013, mahu terus menulis dan bercerita hal anak-anak dan kerja yang sedang diusahakan.. namun 'passion' untuk menulis selalu sahaja pudar.. buka sahaja dashboard, rasa blank.. "kosong, kosong, kosong.. "

namun bila 3 bulan di tahun 2013 sudah hampir berlalu, mula rasa meronta2 nak update blog.. ruginya kerana banyak alkesah tahun lalu dan beberapa kesah susah payah mengharung pengalaman baru berniaga online, gagal di catat.. maka ia berlalu tanpa dapat diimbas lagi.. sayang kan.. 



ini gambar pada awal tahun 2013.. kek choc moist yang diadun oleh adik.. guna tepung kek segera jer..


Buat masa ini, jadual seharian memang sibuk.. walaupun ketiga-tiga anakanda sudah bersekolah, tiada gangguan, tetapi ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan.. kadang2 berlari2 nak siapkan satu-satu kerja rumah.. kerana kerja bisness pulak menunggu..


Insya Allah, nanti kita sambung lagi cerita.. penulisan kali ini memang tidak mengharap apa2 komen ataupun dibaca oleh teman2 blog.. cukuplah untuk kenangan dan rujukan sendiri di masa akan datang..

Sejak tidak aktif berblog, akaun Nuffnang, Churp2 dan iklan2 yang lain, saya pun sudah tidak ambil port.. hari2 hanya fikir bagaimana nak UP kan lagi jualan, bagaimana nak kembangkan lagi bisness, produk apa lagi yang mahu dijual.. 


#maaf jika kakyong sudah tidak blogwalking ke blog kawan2.. belum punya kesempatan lagi.. 



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio