NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, November 20, 2013

MUDAH NYA BEKERJA DARI RUMAH.. ?!

"Mudahnya bekerja dari rumah. " << ini kata seorang teman yang masih bekerja , masih teragak2 mahu berhenti kerja.

Kelihatannya mudah.. tapi jika tiada komitmen, tiada kerja yang mudah.. kerja sendiri @ bekerja dgn orang @ bekerjaya dgn majikan besar >> semuanya perlukan KOMITMEN, SABAR dan terus MENIMBA ILMU.

"Apa KERJA BISNESS yang boleh dibuat dari rumah ? " <<< tanya seorang teman yang merancang untuk bekerja dari rumah..

Banyak sebenarnya xtvt yang boleh dibuat dari rumah..
ikut apa yang kita suka buat dan boleh buat DUIT dan mendatangkan UNTUNG..
kalo kita SUKA tapi TAK UNTUNG, no point jugak kan..

ini kerja yang saya buat :

  1. jual runcit >> saya beli stok dan jual secara runcit
  2. jadi rakan dropship saya >>> saya buka ruang dan peluang untuk mereka yang ingin berniaga tanpa memegang stok  
  3. mjadi rakan dropship bisness lain >> saya mjual barang kwn/syarikat lain tanpa memegang stok
  4. menjual secara borong >> saya bekerjasama dengan stokist produk2 tertentu, bila ada pesanan/belian borong dari agen @ pelanggan, stokist berkenaan akan membuat penghantaran bagi pihak saya. 
  5. sediakan servis >> saya edit template blog, saya buat watermark, saya bantu update akaun bisness kawan2 dan mengajar membuat akaun.


saya bermula dengan no 5 ..
tetapi income tak menentu dan tak banyak permintaan.. mungkin sebab saya kurang membuat promosi. heheh, kurang tahu bab pemasaran pada masa itu. Namun aktiviti ini masih saya teruskan.

kemudian saya melangkah ke no 3..
ALhamdulillah, secara perlahan saya dapat mengumpul modal. keuntungan dari jualan dropship saya simpan dan kumpul.. dapat lah simpan modal untuk beli borong dan beralih ke aktiviti no 1. aktiviti no 3 ini masih saya teruskan walaupun tidak begitu aktif.

Kemudian, bila untung semakin bertambah, saya ambil sedikit untuk belanja sendiri (mainly untuk anak2) dan selebihnya saya guna untuk tambahkan modal pusingan. Saya akhirnya dapat borong lebih banyak stok, dan saya buka pula aktiviti no 2. 

Aktiviti no 4 pula tercetus bila ada customer yang ingin membeli borong (produk tertentu), dan saya mendapat peluang bekerjasama dengan stokist2 yang berkenaan.

Ini lah yang saya buat sekarang.. 
Alhamdulillah, saya suka dengan kerja yang saya buat sekarang. 
Saya ada beberapa sumber untuk menjana pendapatan.

Semua pun dengan IZIN Allah.. 
Perjalanan saya dalam aktiviti kerja dari rumah ini  masih baru..
saya masih perlu banyak belajar.. saya masih perlu bimbingan..
dan saya juga suka membimbing mereka yang ingin bekerja dari rumah.. 





ini antara produk jualan saya - ready stok
saya menjual secara runcit
dan juga membuka peluang 
untuk yang berminat menjadi rakan dropship KYS 

KYS = Kakyong shoppe


salam qaseh sayang,







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, November 15, 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan 2013

Salam bahagia dan salam qaseh sayang,

Cuti sekolah telah bermula..

Apa agaknya agenda dan program cuti panjang ni..?

Saya plan mengisi masa2 bermain dengan anak2 sambil belajar..

Sekarang ini sedang menanti stok wall sticker blackboard ini sampai ke tangan.. tak sabar rasanya nak beraktiviti dengan anak2..

Selain itu, merancang juga utk mjayakan projek buku hijau dgn anak2.. konon2 nya nak bercucuk tanam dgn anak2... hehehe., ibunya bukan kaki menanam pun, cuma akhir2 ini rasa nak bercucuk tanam tu datang bertandang..

Lama blog ini sepi.. moga2 ada kerajinan untuk terus update blog..

Iklan : ada kah anda tahu Qaseh gold ?


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio