Untuk Terakhir Kali
i. Detik-detik bersama Amir Yusuf
Ayah usap kepala Amir Yusuf. Ibu bacakan bersama surah-surah suci agar dapat mengurangkan kepedihan yang ditanggung oleh dirimu sayang. Bukan saja untuk Amir Yusuf, tetapi juga buat jiwa ayah dan ibu di dalam melalui detik-detik getir ini.
Malam sebelumnya, setelah sekian lama Najla tidak dapat bertemu, akhirnya terlerai juga kerinduan antara Najla dan Amir Yusuf. Berbulan lamanya berada di wad PICU, hanya 2 kali sahaja Najla dapat melihat wajah Amir Yusuf. Itupun tidak sampai lima minit. Kawalan yang begitu ketat tidak membenarkan pelawat memasuki ruangan ini kerana keadaan bayi di dalam sini begitu lemah dan mudah terkena sebarang jangkitan.
Alangkah syukur dan gembira hati ayah dan ibu dengan peluang yang diberikan. Tidak tergambar apakah yang Najla rasai sewaktu melihat Amir Yusuf di dalam keadaan sedatif. Ayah dukung Najla. Ayah terangkan kepada Najla segala mesin, tiub dan wayar kepada Najla. Dari riak wajahnya, penuh dengan rasa sedih dan simpati.
“Najla nak doa untuk adik Amir Yusuf?”
Dengan perlahan, Najla berdoa.
“Ya Allah, sembuhkanlah Amir Yusuf. Najla sayang Amir Yusuf. Ya Allah, permudahkan PhD ibu ayah. Berkatilah, rahmatilah hidup kami.”
Keharuan menerjah hati ayah. Kasih sayang yang mengikat terasa begitu erat dan tulus. Ayah kucup pipi Najla.
Malam itu, Najla pulang ke rumah ditemani Kakak Adibah. Ayah dan ibu terpaksa menemani Amir Yusuf yang begitu memerlukan ayah dan ibu. Dua malam ayah dan ibu setia di sisi. Tanpa secebis rasa jemu. Demi kasih sayang yang tercipta.
Kesan jangkitan di dada Amir Yusuf semakin merebak. Ia semakin memberi kesan yang teruk kepada sistem pernafasan dan melumpuhkan lagi sistem lain di dalam badan Amir Yusuf. Segala usaha dan upaya telah dilakukan oleh doktor. Namun, mereka harus mengakui bahawa tiada lagi yang terbaik dapat mereka berikan. Pedih sekali khabar ini. Ayah dan ibu harus redha.
Kali pertama mendengar berita itu, ayah dan ibu masih lagi mampu bertahan. Inilah ketentuan dari-Nya. Biarpun terasa menggeletar seluruh tubuh, ayah hanya mampu bermohon agar Allah mempermudahkan segalanya.
“Is there any hope?”
“No. I’m sorry.”
Untuk bacaan seterus nya.. sila ke sini
untuk melihat galeri khas.. klik sini
Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.
sedihnya akak kisah tersebut tp lagi sedih tgk org buang anak mcm sampah ja.
BalasPadamSemoga kelak Amir Yusuf dapat membantu ibubapanya bila tiba hari pengadilan..Insyallah.
Al-Fatihah kepada rohnya, Ya Allah, andai gugur seorang permata kami, kau gantilah dgn permata yg buat kami berlapang hati. Sesungguhnya kami redha dan apa yang kami lalui ini tidak sekuat bagaiman junjungan kami lalui.
Al-Fatihah
BalasPadamsy tak mampu nak komen kat blog Fajaril, di sana hanya air mata sy tak berhenti tumpah..
sebuah perjalanan yg panjang,yg penuh kesabaran,kini dah berakhir..
umur arwah Amir sama dgn Aisyah,Amir lahir pd 27 Jun 2008, Aisyah 30 June 2008..
yg pasti Amir kini sangat bahagia bersama ALLAH..
salam nagaperang,
BalasPadamkakyong pun sedih juga bila tiap kali baca @ melihat berita orang membuang anak, mungkin ibu/bapa yang mbuang anak itu telah 'mati' hati nya & tidak takut akan Allah.. sentiasa lah berdoa supaya hati kita tidak dimatikan sebelum kita mati.
salam ibuKauthar,
BalasPadambersyukur lah ibuayah yang punyai anak2 ahli syurga.. cuma tinggal kita di dunia untuk untuk terus istiqamah & beramal.. mak sedara kakyong 8 orang anak nya meninggal masa usia dalam hari.. pun begitu, mak sedara kakyong pun sudah setahun meninggalkan kami..
masyaallah..syahdunya....
BalasPadam