Halaman

Isnin, Februari 23, 2009

Apa kata Tun M : Timah bukan Perak

TIMAH BUKAN PERAK
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 22, 2009 7:42 PM | Permalink | Comments (104) | TrackBacks (0)


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



kakyong :

pun tak sabor juga nak menanti episod drama bila DUN bersidang nanti.. Moga-moga kebenaran akan terselah jua..

apa pun ade saper pernah tengok kapal korek warisan sejarah di Batu Gajah.. kakyong sempat singgah situ semasa dalam perjalanan pulang dari Changkat Tin ke Ipoh beberapa bulan yang lepas.. ishh.. sian nyer tempat tu.. takde saper yang jaga.. terbiar jer.. yang ade.. lembu & anjing2 liar... huhu.. sedih.. setahun lepas masa Tajol pun macam tu juga.. patutnya tempat tu harus dijaga sebagai satu lokasi pelancongan negeri Perak.. hmm.. saper nak jawab ni.. Insya Allah kalo ade kesempatan balik kampung lagi.. kakyong nak singgah lagi, nak amik gambor.. hari tu luper..


11 ulasan:

  1. Salam Kak Yong.

    Memang satu episod yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

    Kalau mengikut pendapat Tun, inilah gambaran orang yang berilmu tetapi bodoh kerana ilmunya. "ego"

    BalasPadam
  2. salam uncle,
    tu la skrg ni semua menanti dalam debaran.. pada saya lah kan, apa yg terjadi di Perak ni adalah satu pelajaran.. kalo tidak terjadi, tentu masih yg ramai tak begitu ambil kisah @ ambil tahu.. dan terpulang pada memasing untuk menilai.. tetapi ia telah tercatat dlm sejarah.. tidak pasti lah bgmn ia akan ditulis dalam buku pelajaran sejarah utk generasi akan dtg, tetapi ia adalah sejarah.

    BalasPadam
  3. Kak Yong.

    Tag Kak Yong tu uncle dah jawab di blog Mountdweller.

    BalasPadam
  4. Cepat juger uncle jawab.. Insya Allah, nanti saya dtg jenguk.. :)

    BalasPadam
  5. cam tu la yong kt mesia ni...
    org nak wat tempat pelancongan sejrah,kita pun nak wat tapi camtu la...terbiar jek...
    Jgn yg ada hiburan2,laju jek majunyerr..

    --->> Rimas ngan lemas ngan mesia yg undang2 cam koboi,dabel stended..kita tunggu je la...

    BalasPadam
  6. kak yong..kat mana ek tempat tu?hubby ada gak sebut pasal kapal tu,tp tak sure kat mana..nak ajak dia jenguk kalu blk menyinggah ke kg gajah nnt.

    BalasPadam
  7. SALAM

    kak maymot ~ rasa nya warisan kapal korek tu dibawah tgjwb kerajaan tempatan @ MDKB (Majlis Daerah Kinta Barat) tapi mungkin sebab terlalu 'sibuk' sampai lupa nak selenggara kwsn tsbt..

    tulipurple ~ warisan kapal korek tu terletak dlm perjalanan selepas Pekan Kg Gajah sebelum sampai ke Tg Tualang.. tp nak tempat tu kakyong tak dpt recall. Insya Allah 8hb Mar kami sekeluarga akan balik ke Chgkat Tin & singgah sana jap utk amik foto.. tulipurple org perak jugak ker??

    BalasPadam
  8. oppss.. silap tulis plak.. bkn pekan kg gajah tapi pekan Batu Gajah..

    BalasPadam
  9. tunggu dan terus menunggu berita hairan bin ajaib bin pelik live dr sana.

    adakah meeting exco pindah2 randah. apa alasan kuat mereka? mesra rakyat? jimat cermat? culik mencolek?

    BalasPadam
  10. Salam Kak Yong

    Sumber: Sebahagian daripada Surat dan penyataan oleh MB Nizar

    Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :


    Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
    Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
    Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

    p/s: Banyak sumber yang saya perolehi sebab anak sedara MB nizar adalah kawan saya...cuma malas nak upload dalam blog..hmm..sama2 kita fikirkan..

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  11. Salam Kerusimalas,

    terimakasih for sharing the info.. Insya Allah, most info kakyong dah baca.. (kakyong kan follow most blogger politik.. hihi), bila dah byk baca tu jd fenin...

    cuma berharap everything turns good & kemelut ni berakhir sbb byk lagi isu/masalah rakyat yg perlu diberi perhatian & ditangani..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen kome..