Salam bahagia
hari ni layan gambor jer lah yer... bubur asyura ni makbonda yang beri.. dapat dari surau Taman sebelah. Di taman perumahan kami ni baru ade ura-ura nak bina surau, jadi aktiviti memang tak banyak di taman kami ni. dan saya pulak memang daftar khairat kematian di surau taman makbonda.
bubur ni rasa manis
bubur nasi asyura rasa lada hitam
bubur asyura berempah
Saya tak tahu mana satu bubur asyura Kelantan dan Kedah.. tahu makan jer.. malas pulak nak google pagi-pagi ni.. pasni nak mengarang karangan BM pulak lepas ni.. tu yang mood nak mengarang panjang-panjang di blog ni ke laut..
Hari ni memang banyak kerja yang harus dibereskan.. esok pulak Fikri ada orientasi PRA-sekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta. Kalau sempat saya akan BW.. jika tak saya sambung esok petang.
Hari ni plan menu untuk lunch - ikan duri masin tumis, sambal belacan, ulam timun jepun dan telur dadar. Ikan basah masih tak jumpa-jumpa, en ayah tak mau beli sebab yang ada hanya ikan kotak.. pesan beli daging (teringin nak masak rendang daging pulak), en ayah cakap daging mahal.. apa kes, kalo tak nak beli tu cakap jer lah kan..
p/s
2011 dah sampai ke penghujung ni, pasti ramai yang sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah kan..
JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.
salam kasih sayang & selamat berhujung tahun...
hitam je bubur asyuranya..klu kt kedah warnanya coklat kot.tp sy tak minat bubur asyura.tambah2 klu letak kacang hijau,mmg sy tak makan.hehe..
BalasPadamkak yong, izan biasa makan yg no 2 tu aje... kalau mak buat biasanya letak kekacang macam kcg kuda, dal, tanah... then masukkan ayam/daging...
BalasPadamyang no 1 dan 3 tu mmg tak pernah rasa... lain negeri.. lain bubur asyuranya kan kakyong...
dah lama x makan bubur asyura... belak kg dela warna coklat sikit... org kedah..hhe
BalasPadamsaya suka yang berempah.
BalasPadamBetul2 sibuk dengan urusan anak2 ke sekolah. kat sini hari ni dah program transisi tahun 1 dan beli buku anak2 di sekolah..:)
kalau kat tmpt saya, biasanya buat rasa manis dan masin je, yg lagi 2 tu tak pernah rasa
BalasPadambaru je beberapa hari lepas dapat makan bubur asyura
BalasPadamsaya suka yang dicampur dengan daging
suke bubur asyura ni tp same mcm kutu ... tak suke kacang2 nyer... hihihi
BalasPadamhanie suke yg masin2 sikit ;) aritu kat malim nawor deme mask mcm tu
sy prefer bubur asyura berempah.. sedapnya..
BalasPadambetul la kak.. ikan basah skrg mahal melambung2.. murah lg beli ayam..
@Puan Kutu x tau lah puan kutu, saya tak pernah makan yg cekelat punya..
BalasPadamtahun lepas dpt dr mertua adik yg org kedah pun warna macam ni jugak.. hitam hijau pekat.. ;)
@Izan Ishak betul Izan, lain tempat lain cara/rupa bubur asyuranya.. yg pastu bubur tu ada segala campuran segala macam kekacang/ubi...
BalasPadam@Dalila Hamid warna cekelat tu mungkin sebab letak gula melaka kot..
BalasPadam@~ yus ~ kakyong pun suka yg berempah tu.. ada daging dalamnya..
BalasPadamkalo nengok pada rupa, hak last sekali tu pantai timo punya version..ada ayam /daging..ada kawan opis bawak dr kelate..tak cukup kat opis ni ha...hihi
BalasPadamrasanya yg kelantan tu no 1 kot..hahaha..kalau ikutkan yang saya pernah makan, ada daging, ada yang letak jagung, ada yang letak kacang..macam2..hehe..
BalasPadamyg manis tu bubur asyura kedah(my feveret) while yg berempah tu asyura kelantan
BalasPadam