Salam bahagia,
Aktiviti mewarna ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan motor halus anak-anak.
Aktiviti mewarna ni menggabungkan kemahiran : memegang pensel warna, mewarna mengikut ligkungan kawasan, mengenal warna dan membantu imagnasi anak-anak.
Anis sangat kurang suka mewarna.. tapi harus juga saya ajak dia mewarna.. kadang-kadang terpaksa berjanji itu ini.. selalunya janji nak masakkan makanan yang dia suka ataupun janji akan bacakan dia buku cerita banyak-banyak.. janji yang lain tu tak boleh.. tak termampu saya nak tunaikan.
Anis (4 tahun 4 bulan) kidal orangnya, sama juga seperti Fikri.. dah banyak kali saya cuba suruh dia gunakan tangan kanan, tapi dia lebih selesa guna tangan kiri. Anis juga baru beberapa bulan ini saya dedahkan secara serius untuk mewarna. Anis memang masih banyak perlu latihan dalam mewarna.. dia memang kurang fokus dalam mewarna.. memang tak kemas & ke luor kawasan jer.. dan dia paling suka kalau saya tolong dia mewarna.. huhh.
Fikri (5 tahun 10 bulan) pula sudah semakin mahir dengan mewarna, tapi masih belum cukup kemas. Dia suka melukis, sejak akhir-akhir ini jika dia bosan tengok buku, bosan main basikal, dia akan melukis.. dan setiap lukisannya pasti ada cerita.
Dalam gambar tu saya belikan dia buku cerita.. selain boleh membaca cerita, dia juga boleh mewarnakan gambar dalam buku cerita tersebut.
Aliya (3 tahun 5 bulan), sudah hampir lebih 6 bulan saya dedahkan dengan aktiviti mewarna. Aliya memang suka tengok abang Fikri buat kerja sekolah sebelum ni. Dia yang selalu terlebih-lebih minta dibelikan buku untuk dia mewarna dan conteng. Kemahiran Aliya mewarna sudah semakin baik. Sudah jarang terbabas dari mewarna ke luar kawasan. Kadang-kadang saya nak tolong pun dia tak bagi... 'biar baby buat sendiri!!!'..
ni hasil kerja mewarna Anis.. gambar yang dah siap saya tak snap lah pulak
ni hasil kerja mewarna-dalam-proses Aliya..
Alatan mewarna yang pernah saya gunakan
Memula dulu saya beli pensel warna tesco RM0.99 , yang kecik 12 batang jer.. (punyalah kedekut kan..) Saya belikan untuk setiap seorang anak 1 kotak. Tapi bertahan 1 bulan jer.. lepas tu pensel warna semakin pendek kerana kerap di sharp oleh anak-anak dan banyak juga yang hilang dan bertaburan sekeliling rumah. huhu.. jenuh hari-hari kutip pensel warna anak-anak.
*en ayah tak yakin dengan plan saya untuk ajar anak mewarna di rumah, jadi awal-awal dulu dia memang tak support langsung *
Saya juga pernah belikan krayon jenis Buncho untuk anak-anak. Aliya dan Fikri sahaja yang kerap guna krayon ni.. hayatnya bertahan dalam sebulan sahaja.. memang cepat sahaja pendek sebab anak-anak mewarna saban hari.
Akhirnya en ayah terbuka hati nak belikan pensel warna mahal ni.. tak silap harganya dalam RM24 untuk 24 batang pensel warna. Pada saya pensel warna ini memang sesuai untuk tangan anak-anak saya (anak menatih dan pra-sekolah). Alhamdulillah, sudah 3 bulan digunakan, masih bertahan lagi, walaupun panjangnya sudah separuh dari asal. Saya kira hayat pensel warna ini boleh bertahan untuk tempoh 3-4 bulan lagi, jika dilihat kan kekerapan anak-anak saya mewarna.
KOtak tu sudah pun hancur lebur dan saya ganti dengan uncang epal. Setiap hari, saya kerah jer anak-anak kutip dan simpan pensel warna ni sendiri dan kira, jika tak cukup 24 batang, memang saya kerah mereka cari sampai jumpa. Memula memang kena kerah kan, bukan mudah nak membentuk disiplin diri anak-anak.
Setakat hari ini, anak-anak saya memang suka sangat dengan aktiviti mewarna.. memang antara aktiviti yang menggembirakan kita. Dan kita sebagai ibu pun tumpang happy juga.. saya memang suka menyebuk bila anak-anak mewarna.. sibuk nak mewarna sekali.. hehehhe..
p/s
kome boleh buat n3 macam ni sebagai n3 perkongsian untuk contest & giveaway ibu sihat anak riang.
..
jom join contest & giveaway ibu sihat anak riang
salam kasih sayang,
Oooo.. patut la kakyong ckp anis sbaya alysha. Alysha dh 4 thn 11 bln. heee.. sekolah di tahun sama la nnt!
BalasPadamnak hantar SN sekali utk kelas mearna dgn kak yong buleh x? hehe
BalasPadambagus aktiviti mewarna kan kkyong ...
BalasPadamkami pun mcm tu le..mula2 beli yg murah2 dulu ... dah disiplin sikit baru beli yg mahal n thn lama ... skrg dah takyah kerah2 sgt ... ;)
p.s : insyaAllah entri contest bakal menyusul (brgambar)
baguslah akak, galakkan aktiviti mewarna. Yus jarang suruh anak mewarna, biasa latih tubi buku aktiviti.
BalasPadamnanti nak buat juga lah mcm kakyong, tp tak buat pun, kaler pensel habis bersepah satu rumah sebenarnya...huhu
hehe bagus sebab anak2 kakyong ada geng utk mewarna secara berjemaah.ank sy tak berapa minat mewarna.klu disuruh kena dipaksa2.akhirnya sy yg warna.haha..
BalasPadambeli kaler panjang bawak pergi sekolah ilang, krayon tu tak guna pun patah2..adoi pening bila kaler dia panjang2 tp bawak balik dr sekolah jadi pendek.tukar dengan kawan atau kawannya yg menukar..haha..
kt rumah ada jugak mewarna,tp bila dah mewarna tak nak pulak buat latih tubi..mmg kena byk sabar..:)
sy pun belikn aidil pensel warna yg murah.. bkn apa lepas 2 hr sure ader je yg hilang.. mmg bestkan aktiviti camnih.. sonok baca citer akak..
BalasPadamMyra dulu kecik2 suka gak mewarna :)
BalasPadamanis sama ngan nurin..kurang minat mewarna..nadhira mmg suka, rasanya tak keterlaluan kalo saya kata skill nadira lebih baik dr nurin..
BalasPadamzahra sama cam anis, macam tak minat mewarna aje, awal2 je warna penuh masa start kenalkan mewarna, skang ni jarang dah kaler penuh..
BalasPadammemang cara terbaik melatih anak pegang alat tulis ni
BalasPadamdi sekolah pun memang selalunya macam ni la aktiviti buadak2
bagus melatih mereka mewarna, penting juga kemahiran ni.
BalasPadamdah byk kali beli pensel warna utk Shinta kakyong. tapi maknya ini yg tak rajin temankan anak mewarna.. sudahnya segala dinding yang shinta dok warna-tak terkawal.
BalasPadam@eus tu lah sama sebaya.. tp Anis ni selalu cakap.. "kakak kecik lagi, kakak tak tahu.. nanti kakak sekolah kakak belajar la.." hihii
BalasPadam@yatie chomeyl jom jom jom.. the more the merrier.. ;)
BalasPadam@Ummi Hanie mungkin sbb hanie dah ade anak yg dah sek rendah, dah pandai & lebih berakal.. jadi boleh la jd leader utk adik2.. mcm fikri ni, dia pun ikut suka dia jer..
BalasPadam@~ yus ~ anak2 kakyong ni kecik lagi yus.. depa ni cepat bosan.. tu pasal banyak beli beli yg boleh tulis & conteng..
BalasPadamFikri pulak ni lately suka melukis.. jd serba sedikit membantu juga mengembangkan minat melukis dia & kemampuan dia bercerita dari lukisan dia tu..
rumah kakyong ni pun sama Yus.. dulu penuh dgn kaler pensel kecik2 merata.. dah beli kaler pensel yg besor nih, x de lah berselerak serata rumah.. lagipun anak2 dah besor sikit...
@Puan Kutu aiman nak kawan tu.. tu yg dia suka dgn adik (anak jiran tu).. kalo ade kawan, mesti dia seronok nak belajar..
BalasPadamanak2 kakyong ni kdg2 anak jiran ade juga dtg melukis mewarna.. tp kakyong lah yg lupa nak snap gambor.. anak jiran sebelah tahun depan dah masuk tahun 3, jd ade lah jugak yg fikri belajar dr anak jiran.. ;)
@ct rahani beli yg murah dulu ct, sbb anak2 ni umur masih keci belum pandai menghargai.. skrg ni pun kakyong selalu kena ingatkan anak2, elpas dah habis mewarna., simpan balik dalam uncang..
BalasPadamtapi kan ada masa, lepas habis depa mewarna terus berkejar main kat laman, main beskal pulak.. pastu lupa nak kemas.. time tu yg ibunya naik suara jap.. tp depa pun pandai.. 'kejap lagi lah ibu...'.. sabor jer lah.. kdg2 ade 1 warna hilang., esok lusa cukup pulak..
@Myra Jay bagus MJ, nanti dah ade anak boleh praktiskan semula.. ;)
BalasPadam@MamaYatierasanya sama statement tu antara Aliya & Anis... Aliya lebih cekap mewarna.. sebab hampir setiap hari (ada lah 2-3 hari dia kdg2 tak pegang kaler pensel) dia mewarna menconteng..
BalasPadamSalam Kak Yong..
BalasPadamAktiviti mewarna boleh melatih daya kreativiti mereka..:)
@cikpuanhady ada musim/masanya anak2 ni dia bosan dgn xtvt mewarna.. Aliya pun pernah 2-3 minggu tak mewarna.. tp bila angin dia sampai... hari2 dia mewarna.. kdg2 tak tidur malam sbb nak siapkan satu2 m/surat
BalasPadam@tehr betul kan cikgu..
BalasPadamAliya pun saya nampak dah pegang pensel dgn confident, tak mcm kakak dia yg kurang mahu buat @ berlatih.. pegang pensel warna pun masih kekok..
@Kimmie memang betul Kimmie, utk melatih kemahiran motor halus anak2 .. bila dah cepat dia akan pandai nak kawal pergerakan tangan & jari..
BalasPadam@Nong Andy kurang2 shinta berkarya walau di dinding.. heheh.. rajin2 lah teman kan dia.. almaklum dia seorang jer, jadi dia sure suka ditemani bila dia beraktiviti..
BalasPadam@Nida yer NIda.. memang betul.. harap2 serba sedikit anak2 dpt kembangkan kreativiti mereka.. tak salah kan kita asah dari usia awal ni..
BalasPadampandai aliya mewarna ya nampak kemas je dalam gambar tu
BalasPadam