Halaman

Isnin, Januari 30, 2012

Cermai Hutan



Salam bahagia,



Ni pokok cermai hutan (mak saya kata cermai hutan.. tapi saya tanya dengan google, ada yang panggil cermai belanda, ada juga panggil cermai mekah..  ).. antara pokok kayu yang ada kat rumah makbonda saya.. buahnya yang merah dan oren tu.. merah tu memang dah masak ler.. 

di blog wannura - cermai ini disebut sebagai cermai asam




ini buah yang muda.. masih hijau



ni buah yang sedang-sedang.. oren warnanya..



close up.. kamera cikai tu yang payah nak snap.. saya edit sikit bagi sharp gambar ni



ini yang masak ranum.. rasanya manis-manis masam dan ada rasa kelat dihujung lidah.. hehhe.. rasanya memang sangat berbeza dengan bua cermai biasa.. daun pun lain sangat.



saya google lagi.. cermai ini juga di panggil cermai burung.  dipanggil juga ceri brazil, ceri surinam atau nama saintifiknya Eugenia uniflora. Boleh juga baca di wikipedia.


wahh.. banyak betul nama buah cermai ni... buat yang belum tahu, semoga hari ni kita sama-sama dapat pelajaran baru (saya pun banyak belajar semasa nak siapkan n3 ni)..  makbonda saya cakap, sedap kalo masak asam.. saya tak pernah masak lagi guna buah cermai hutan ni. Buah cermai hutan ni kaya dengan vitamin C.


Boleh kot di katakan sebagai buahan tempatan.. 

salam kasih sayang,
.




14 ulasan:

  1. pertamakalitahu dan tengok cermai hutan nie..cermai biasa yg kaler hijau tu pun dah lama tak tgok.hehe..

    BalasPadam
  2. teringat masa kecik2 dulu suka makan cermai..pokok cermai ni yang ditanam, rasanya warna masaknya warna kuning keorengan.. bnyknya yang hijau muda.. tu pon dah leh makan..

    BalasPadam
  3. Salam KakYong,

    Kalau banyak buleh buat jeruk.

    BalasPadam
  4. bib,

    1st time tgk buah cermai kaler merah :D

    BalasPadam
  5. tak pernah tengok cermai ni, dulu kat rumah mak ada cermai biasa tu jer, time byk buah kutip buat asam :D

    BalasPadam
  6. pestime tgk cermai hutan ni kakyong... warnanya yg bezakan dia ngan cermai biasa tu ye. merah bila dah masak...

    BalasPadam
  7. salam kak yong, lama tak dtg sini, problem ng laptop lagi huhu...skg dpt update sket2 guna lappy adeq emm macam sedap je buah tu, 1st time tengok, kak yong nak sket hihihi meh singgah bace entry baru myra :)

    BalasPadam
  8. mcm buah cerepu/ceropu sikit pun ada ...

    BalasPadam
  9. festime tgk cermai kaler merah.. makan lg la x pernah..

    BalasPadam
  10. ni pertama kali nampak. oh.. banyak namanya. Tapi rata2 memang cermai lah kan. Aku suka makan cermai jeruk.. hehe! susah nak dapat :(

    ni tumbuh kat halaman rumah ke? daunya lain betul.. tak macam cermai biasa tu

    BalasPadam
  11. @Puan Kutu samalah PK.. hari tu balik kg pun tak jumpa pokok cermai yg biasa tu... kalo dulu, depan rumah arwah onyang tu apa yg takdak.. sayang sgt, lepas arwah meninggal, pak sedara runtuh kan rumah tu.. habis pokok2 pun depa tebang..

    BalasPadam
  12. @cikpuanhady tu cermai biasa kot.. sbb yg pokok cermai hutan/ceri brazil ni memang sgt2 lah berbeza dgn pokok/buah cermai yg biasa tu... yg cermai biasa tu, sekali dia berbuah, bergugusan macam anggur... makan tak habis.., buat jeruk jer lah..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. Kakyong tumpang tanya ... Ni pokok sendiri ke? Rasa berkenan pulak. Kalau xkisah boleh mintak tolong share mana nak dapat benihnya?

    BalasPadam
  14. @Ezyan

    pokok nya ni di rumah mak kakyong..
    kena tanya dgn mak dulu lah camana nak buat benih.

    boleh wassap kyong 018-9527725

    BalasPadam

Terima kasih atas komen kome..