Salam bahagia..
4 hari tak update blog.. BW pun tak.. bukan malas.. tapi sibuk dengan men'tuisyen'kan orang nak exam.. dan sibuk buat kerja offline.. . hihihikkk.. masih adap lappy, tapi tak leh nak online pun.. sebab kerja ni kena fokus.. hari ni pun ada lagi kerja yang tak siap.
Plan asalnya cuti CNY saya ingat nak buat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah.. ajar Matematik dan Bahasa Inggeris.. tapi, kerja yang ditangan pun masih banyak.. susah pulak nak uruskan masa.. jadi settle kan dulu kerja yang ada ni.. pasni baru start dengan kelas tuisyen budak sekolah rendah pulak.
Okay, hari ni just nak buat entry pendek jer.. jom masak sup kentang & cendawan.. actually nak buat sup kentang & tomato macam kat blog kak NZA.. tapi buah tomato dah habis stok.. jadi berinspirasikan resepi dari blog kak NZA, terhasil lah sup kentang & cendawan
Bahan-bahan :
- 1 labu bawang besar - dihiris
- 1 biji kentang
- 1 paket cendawan tiram (cendawan ni jer yang ada), kalau nak guna cendawan lain pun boleh
- sedikit ikan bilis (sebagai perisa @ penyedap) - option tak mau pun boleh
- garam secukup rasa
- daun sup
- susu segar
bahan-bahan ni cukup untuk 2-3 orang makan sampai kenyang..
Cara masak :
- tumis bawang, kentang & ikan bilis, masak sehingga kentang masak
- kemudian masukkan cendawan, masak hingga cendawan cukup masak
- biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam blender dengan susu 1 cawan, kisar halus
- kemudian, panaskan semula atas dapur.. jika nak cair, masukkan lebih susu, jika tak suka susu banyak, boleh tambah air masak. masak kan sekejap jer.. dalam 2-3 minit gitu..
Ini lah hasilnya... sedap dimakan dengan roti, roti bakar.. kalo nak feeling-feeling makan kat restoren hebat, boleh makan dengan roti perancis..
Anak-anak tanya, "ibu, ibu masak apa ni?"
Ibu : "sup macam kat pizza tu.."
Anak-anak : "Sup pizza tu sedap ke ibu?"
Ibu : "Ibu masak lagi sedap.."
hehehhe, macam lah anak-anak pernah sup kat pizza.. selama ni makan pizza pun sebab besday party sepupu-sepupu depa.. mana ada sup.
Sup ni ALiya jer yang suka.. Anis buat-buat tak nampak.. Fikri pun sama..
Selamat mencuba..
p/s
Insya Allah, bila ada kelapangan nanti, kakyong akan BW pelan2..
salam kasih sayang,
sedaptu... memang kegemaran kalau nak hirup2tu....
BalasPadamsedapnya kak yong.. izan bercadang nak buat, tak terbuat2 lagi... sedap tu cicah roti kan!
BalasPadamnampak sedap kakyong, nanti nak cuba juga lah...
BalasPadamuii sedap..bley try buat gak nti.
BalasPadamklu sup pizza tu en suami dan aiman mmg suka.tp sup nie takde rasa macam mushoom soup kt pizza kan sbb takde mushroom.hehe..
Shinta suka makan sup kat pizza. nak beli cream of mushroom mahal.. setin RM4-5 dah tu sekali masak je. memang teringin nak belajar masak sup ni.. mujur kakyong publish hehehe.. tima kasih!
BalasPadamrupanya senang je buat sup tu yer.. okeh. malam ni juga aku try..tapi eh! susu segar takde!!
sedap .. saya suka tu kakyong , kalau dekat kompom hantar anak tuisyen dengan kakyong hehee
BalasPadamsedap betul bila baca resipi dia..kalo buat pasti lg sedap ;) nnt nak cuba resepi kakyong nih..
BalasPadam@Cho Zila kalo nak diet.. jangan letak kentang.. letak batang saderi sbb dia byk serat.. ;)
BalasPadam@Izan Ishak memang sedap cicah dgn roti.. x sempat nak buat roti bakar pun.. celup cam tu jer.. hihiii
BalasPadam@~ yus ~ memang sedap Yus.. kalo anak2 suka layan.. buat sendiri jer.. Yus kena tambah sukatan bahan lah yer.. anak2 ramai... ;)
BalasPadam@Puan Kutu ada la sikit2 rasa cendawan.. sbb guna cendawan tiram.. tp memang lain la dr yg pizza.. sbb depa letak byk msg & lada sulah.. yg ni free lada sulah.. ;)
BalasPadam@Nong Andy susu segar tu utk memekat kan lagi rasa lemak berkrim.. boh air biasa pun boleh.. tp kalo nak lebih kick memang kena letak susu.. susu cair pun boleh.. tp kakyong prefer susu segar..
BalasPadam@puanbee untuk Bee kena kurangkan kentang.. tp sesekala makan kentang okay.. sbb kental utk kentalkan/padatkan otot2.. mcm kakyong ni la, suka makan kentang.. bdn berat terlebih KG, tp org tak nampak gemuk.. ;)
BalasPadamheheh.. belum sempat lagi nak buat tuisyen utk budak2 Bee..
@ibu MZW @ farah idayuInsya Allah.. sila lah cuba.. ;)
BalasPadamhari tu saya pun hentam cendawan ni kak yong..hangen sngt cari cendawan hak bulat tu payah benor..hahaa..kalo ada daun saderi & carrot pun boleh tambah kak yong...terliur pulak rassa..
BalasPadam@MamaYatie daun sup tu daun saderi la yatie.. tp kalo ade btg saderi lagi best.. :)
BalasPadama'a, kalo kat kedai2 runcit ni payah nak jumpa cendawan butang.. cendawan tiram jer lah yg mudah & murah.. tp kena tgk s/ada masih fresh lagi ke tak..