Halaman

Isnin, Februari 06, 2012

Tutorial : membuat link terbuka di window/tab yang baru



Salam bahagia,


Kali ni nak berkongsi untuk membuat link yang boleh dibuat ke window yang lain. Maknanya bila orang tekan link tu, ia akan terbuka ke tab/window yang baru dan masih berada di entri/post yang sedang dibaca.


Saya perasan ramai kawan blog yang buat/letak link di entri tapi tidak membuatnya terbuka ke window yang baru. Alternatifnya, boleh ajer kita right klik link tersebut dan 'open link in a new tab'. 


Tapi bagi blog yang 'disable right-click', sangat tak best sebab bila kita klik link terus terbuka link tu dan pada masa yang sama, kita tak boleh nak terus membaca entri tu. Jadi untuk blog yang 'disable right-click' sila lah buat link yang akan terbuka ke tab yang baru, baru lah entri anda tu dikira 'mesra'.


Kalau dulu kita kena taip kod  target="_blank"  tapi sekarang ni tak perlu dah.. interface blogger yang baru ni dah sediakan kemudahan.





Rujuk cara nya ikut gambar di atas ni.  highlight kan perkataan atau gambar yang ingin diletakkan link , kemudian :


  1.  klik pada menu link
  2. masukkan link berkenaa
  3. jangan lupa tick pada kotak "open this link in a new window" dan klik butang 'OK'







Kalau tengok di bahagaian html.. akan nampak koding target="_blank" automatik telah ada situ.


Sekian, selamat mengamalkan nya tiap kali membuat link.


salam kasih sayang,
.

6 ulasan:

  1. pada yg disable right klik tu mmg wajib buat nie..klu tak sakit hati juga nak baca entri depa.keke..

    BalasPadam
  2. alahai kak yong... baru izan tau ni. tak pernah tick selama ni pun. kena alert lah pasni.

    BalasPadam
  3. hihi..perasan juga pasal box tu..tapi kekadang terlupa nak tick..

    BalasPadam
  4. ooooo....baru tau kak...
    selama ni memang buta kayu...

    BalasPadam
  5. gud tutorial ni kak.. tq k.yong!

    BalasPadam
  6. TQ kak berkongsi... kini baru ku tahu.. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen kome..