STICKY SEHINGGA 8 MAR 2012
Salam bahagia kawan-kawan,
Ini adalah entri Nida... Nida ni memang suka sangat join contest, rasanya dalam 1 bulan beratus-ratus contest & giveaway dia join...
Suka tengok gambar-gambar dalam entri ni.. cantik-cantik...
***************************
Entri Saat Keriangan Anak: Jom Ke Pantai
Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke pantai menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.
Pokok di sana dahannya patah
Pokok bernama si pokok petai
Keriangan anak-anak pelbagai telatah
Teruja sakan bermain di pantai.
Di atas pohon si sarang tempua
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Inilah aktiviti buat semua
Anak-anak dan ibubapa terlibat bersama.
Saat cuti sekolah merupakan satu saat yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anakku. Ketika ini mulalah mereka merencanakan pelbagai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang cuti sekolah sampai kami sebagai ibu bapa pening untuk menapis dan meluluskan segala permintaan mereka.
Tatkala musim cuti sekolah tiba, inilah antara perkara wajib yang akan anak-anakku senaraikan iaitu mandi di pantai. Apabila sudah berada di pantai, pasti pelbagai macam aktiviti yang akan mereka lakukan. Lihat sahajalah gambar-gambar di bawah. Wajah-wajah ceria mereka sudah jelas menunjukkan kegembiraan dan keseronokan apabila dapat bermain di pantai sepuas-puasnya.
| Kami |
Bila sudah berada di pantai, tidak sah kalau anak-anakku ini tidak bermain dengan pasir. Pelbagai bentuk istana yang akan dibina oleh mereka. Mereka tiga beradik akan bekerjasama antara satu sama lain dan kebiasaannya si kakak akan menjadi arkiteknya manakala si adik-adiknya pula akan mengutip kulit kerang, ranting kayu atau apa sahaja yang boleh dijadikan aksesori bagi binaan istana pasir mereka.
Ketika ini aku dan suami hanya melihat telatah mereka dengan senyuman dan membantu sekiranya perlu. Pelbagai aksi dan ragam yang kami saksikan, kadangkala bergaduh pun ada maklumlah si kakak nak bina bentuk begini manakala si adik pula nak bentuk begini, akhirnya masing-masing buat bentuk masing-masing...hehe.
| ♥♥Mereka saling bekerjasama♥♥ |
| Akhirnya inilah hasilnya... Ultraman kata anakku..:) |
Apabila sudah puas bermain dan badan pun dah penuh dengan pasir, kini tibalah saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu acara mandi manda. Anak-anakku ini kalau bab mandi pantai berjam-jam lamanya pun tak kisah, kadangkala puas aku memujuk mereka untuk naik ke darat. Bukan setakat si anak-anak sahaja yang liat nak naik ke darat malah si abahnya pun turut sama liat.
| "Jom naik ke darat".. kata si abah. |
Setelah selesai mandi pantai, perut pasti lapar. Bekal yang dibawa sudah tersedia untuk dijamu. Anak-anak pun sudah mula menunjukkan kepenatan kerana terlalu puas bermain dan berhibur.
Alangkah seronoknya hati kami sebagai ibubapa apabila melihat anak-anak gembira. Inilah antara pengalaman yang paling bermakna buat mereka. Mereka sama-sama membina istana pasir dan ini secara tidak langsung mengasah daya imaginasi dan kreativiti mereka, mereka juga belajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Selain daripada itu hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan lagi.
Anak ceria ibubapa pun gembira. Aktiviti di pantai yang menceriakan semua, menghilangkan tekanan buat seketika dan yang pasti ianya sangat menghiburkan terutama buat anak-anakku.
Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..
Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada
tawamu penghilang gelora resah di dada
telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal
bicaramu mendamai perasaan yang hiba
Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.
Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.
END OF ENTRY
***************************************
nota :
- Nida diberi masa selama 7 hari, mulai 6 Mar 2012, jam 10 pagi sehingga 13 Mar 2012, jam 10 pagi untuk mempromosi n3 ini dan mengajak kawan-kawan untuk klik button retweet, LIKE FB dan +1 sebanyak mungkin.
- Setiap komen mestilah lebih dari 8 patah perkataan. KOmen yang kurang dari 8 patah perkataan akan di padamkan tanpa amaran.
- KOtak komen untuk entri ini akan di lock pada 13 Mar 2012, jam 10 pagi.
- jika kurang faham camana nak bantu untuk memberi poin kepada Nida.. sila baca sini >> penilaian untuk contest ibu sihat anak riang.
tips :
- Setiap pemilik entri diberi hak untuk membalas/menjawap setiap komen yang diberi
- Button retweet boleh tweet banyak kali..
salam kasih sayang dan selamat memberi point untuk Nida,
.
semoga berjaya, masa bersama keluarga memang menyeronokkan, memori yang indah untuk dijadikan kenangan
BalasPadamsaya cuba bantu apa yang mampu dgn klik sharing button yang ada di entri ini.
BalasPadamLepas main air pasti lapar tu!
BalasPadam@Kimmie terima kasih kimmie support nida..
BalasPadamnida ni tgk sibuk skrg ni..
mmg rajin k.nida ni ... mana2 ga/contest ade je dier.. ;)
BalasPadamgudluck n dah tekan2 button
good luck kak nida.. moga kak nida berjaya dalam contest ni.... gambar semua cantik2 :-)
BalasPadambestkan bergembira & berlibur bersama-sama. Support kaknida, good luck
BalasPadamgood luck nida!
BalasPadamsuka sngt tengok gambar2 mereka bersuka ria kat pantai..tp saya paling suka gambar anak2 nida lompat tur..hehe..cute..
Cantik semua gambar2 kat atas ni, nampak jelas keriangan di wajah anak2 :)
BalasPadamBila kita diberi masa camni, memang kena fokus 24jam ngadap sambil raih undi :)
BalasPadam@kakyong
BalasPadamaduhhhh... semalam hampir seminggu ke Northland setelah balik dari Wellington... hari ni baru boleh mengadap laptop...
Terima kasih Kak Yong memahami...
@kimmie
BalasPadamsesungguhnya keluarga adalah aset yang paling berharga... tanpa mereka bak bahtera kosong yang hanya punya jurukemudi tanpa juragan dan penumpang.
@Kimmie
BalasPadamTerima kasih kerana memahami... moga Allah membalas kebaikan Kimmie.. amin.
Sekarang urusan Visa sudah selesai... namun masih berdebar menunggu keputusan, mohon doa agar segalanya berjalan dengan lancar..Insya Allah
@Jobless Girl
BalasPadamLapar, letih, dahaga.. semuanya ada. Tapi yang paling penting ialah kepuasan bermain.
@Ummi Hanie
BalasPadamKebetulan dalam cuti tanpa gaji ni.. lepas ni kalau dah balik semula mengajar, dah takleh nak join lagi..hehe
@IntaNBerliaN
BalasPadamThanks Ina..
kebetulan persekitaran di sini cantik.. tu yg gambar cantik kot..hehe
@Lelord
BalasPadamKenangan terindah bersama keluarga di rantau orang... Thanks Lelord.. good luck juga buatmu :)
@MamaYatie
BalasPadamThanks Mamayatie... budak-budak ni memang suka melompat..hehe. Agaknya kalau kita melompat, cute lagi tak ek :p
@Myra Jay
BalasPadamSatu kenikmatan bila melihat anak-anak gembira.... rasa ceria bila melihat senyuman di wajah mereka
@Myra Jay
BalasPadamTerus terang Kak Nida kata bahawa akak ni memang tak pandai nak raih undi... sebab tu kalau kontes yg jenis raih undi ni selalu "failed"..hehe. Kebetulan pula dua minggu ni memang sangat bz dengan urusan visa, medicak check up, surat sumpah kelakuan baik, pengesahan borang dan macam-macam lagilah.. ditambah pula kini kami sibuk ke tempat yg belum dilawati kerana tak lama lagi dah nak balik Malaysia, jadi bulan-bulan terakhir ni jadual agak padat.
Takpelah niat akak sekadar nak memeriahkan kontes Kak Yong... disamping boleh berkenalan.
dengan ini penilaian bagi 40% markah utk n3 ini ditutup :
BalasPadampoin yang dikumpul (tak rasmi)
komen = 20
+1 = 4
tweet = 4
LIKE = 6
terima kasih kepada semua yang telah menyokong. :)