saya menyental baju uniform sekolah anak-anak dengan sabun ini..
1 ketul boleh guna dalam 1 minggu. 1 paket ada 6 ketul, boleh guna selama 6 minggu. 1 paket harga rm3.20, murah dan jimat kan.
Setiap hari saya menyental @ cuci tangan baju sekolah anak-anak. Baju melayu Fikri untuk sekolah agama rakyat memang perlu saya cuci setiap hari, kerana baju ada sepasang sahaja.
Baju uniform putih sekolah kebangsaan dipakai selang sehari - Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Selasa dan Khamis Fikri pakai baju sukan berwarna biru.. maka tidak perlu sangat menyental.
Baju uniform dan baju sukan Pra-sekolah kepunyaan Anis berwarna biru, kerja mencuci sedikit mudah walau masih mencuci tangan.
Baju uniform tadika Islam kepunyaan Aliya berwarna ungu, juga tidak perlu susah-susah menyental.
Kebiasaannya saya akan terus mencuci uniform anak2 di sebelah petang atau malam. Jika keletihan amat baru saya mencuci keesokkan hari nya.
Setokin anak-anak hanya ada 6 pasang, jadi saya perlu menyental setiap hari.. tak boleh miss. Balik sahaja dari sekolah, saya sudah arahkan anak2 masukkan terus ke bakul, saya akan cuba cuci secepatnya sebelum malam hari. Kadang2 hari mendung belah siang, setokin tak sempat kering.
btw, saya sebenarnya cuma nak beritahu, sabun kilat ni banyak membantu saya.. kotoran degil mudah hilang.. dan tangan saya juga tidak mengelupas atau 'sakit' kerana sabun.
Owh.... mana nk cari sabun kilat ni?
BalasPadamjenuh menyental baju depa ni kan..time tak sempat saya humban je dlm en.wm huhu
BalasPadam@Mama Adam
BalasPadamdikedai runcit biasa ada rasanya..
satu lagi sabun cap kapak, warna kuning., tu pun boleh jugak..
@MamaYatie
BalasPadamguna sabun biasa cth sabun ketul fab/daia/bio-zip x brp nak mahu hilang kotorannya..
sabun kilat ni memang mesra benor.. tangan pun ok jer.. x lah rasa kering atau jd mengelupas..
Sabun kilat tak pernah jumpa. Sabun kuning ketul cap kapak, pernah guna satu zaman dolu. Kena guna balik. Nak cuba bereksperimen dengan baju sekolah anak dan pinggan mangkuk.
BalasPadam