NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label Anis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anis. Papar semua catatan

Rabu, Mac 28, 2012

WW : bersantai atas TV



Salam kawan-kawan


Si Anis baru balik sekolah... si ibu sibuk didapur... tak dengar bunyi apa2 kat hall... riso pulak si ibu.. hendap pelan2... rupa-rupanya... tengok syiok bersantai atas TV sambil makan koko crunch..






muka tak bersalah... berkali-kali suruh turun.. dia dengan lemah gemalai jer.. sajer nak bikin hati si ibu HOT,,,


anak dara kome ada macam ni ker?!... suka benor panjat-panjat ni..


salam kasih sayang & rindu... lama nya tak BW..
.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Rabu, Januari 18, 2012

Kakak Anis nak mengelat



Salam bahagia,


Apa yang kakak Anis nak mengelat ni...??? heheh.. jom layan gambor dulu..





Anis sedang kena paksa siapkan kerja sekolah.. ibu kena pantau.. kena duduk sebelah dia.. sebabnya kakak nak main ngelat.. ade ke patut Anis minta tolong Aliya yang kalerkan kerja sekolah kakak.





Aliya sebenarnya pun 'SEDIH' jugak sebab tak leh nak tolong buat kerja sekolah kakak.. jenuh jugak lah si ibu memujuk si Aliya nih... "kerja sekolah kakak, biar kakak yang buat sendiri.."




Akhirnya, 2-2 dah ade kerja masing-masing.

Cabaran dah bermula.. Anis ni dia rajin ke sekolah.. tapi dia susah nak duduk di meja dan siapkan kerja sekolah sampai siap.. kena tunggu dia siapkan.. tu pun siap satu, pastu dia lari pergi main.. Ibu pun tak leh nak memaksa sangat.. as long dia nak siapkan sikit-sikit.  Alhamdulillah.

Tapi yang tak tahan tu.. tepat jam 5.30 petang, dia terus nak pergi main, kadang-kadang di rumah jiran, kadang-kadang main kat lorong depan dengan anak-anak jiran. 

"Ibu... boleh tak naik main kat jalan dengan kawan-kawan"  dah larang pun tak leh.. layan jer lah, asal jangan main gaduh-gaduh sudah..




ini suasana bermain di hari minggu.. meriah.. ramai.. sebab cucu makcik yang depan rumah ni pun ada.. tiap hari minggu memang cucu-cucunya datang bertandang.. 


Si Anis ni bila dah letih main di petang hari.. sebelum jam 9 malam memang dia dah tidur.. kadang-kadang 8.30 malam dia dah masuk bilik.. jadi belah malam memang takde harapan nak sambung aktiviti belajar dengan dia..



p/s
saya ni tak jumpa formula lagi camne nak 'tackle' Anis ni supaya dia mahu belajar dengan tekun.. dia suka & rajin pergi sekolah.. tapi malas nak siapkan kerja sekolah.. tak suka menulis dan mewarna. Bila ibu cakap, ade ajer jawapan dia.. - dah pandai menjawab dah sejak dah sekolah ni.



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Januari 13, 2012

Hari hujan, tak boleh pergi sekolah



Salam bahagia,


Hujan dari petang semalam membawa ke malam dan terus renyai hingga ke pagi hari ini..



sweater pink ni kawan Ibu bagi.. Anis sayang sangat sweater ni..


Anis : "hujan la ibu.. tak boleh pergi sekolah. nanti basah"
Ibu : "takper.. nanti atok datang.. atok ade baju hujan"

Jadi, pagi ni Anis pergi sekolah dengan atok..




NI budak kecik yang bangun seawal jam 6.30 pagi.. lepas salin CD (lampin kain), dia tak mau mandi, jadi tukar baju & seluor baru jer. 


*nota : Time hujan dan malam yang sejuk.. memang harus pakaikan Anis & ALiya lampin kain. Anis lately ni, sejak sekolah, dia tidur lena, sampai kencing tilam pun tak sedor.. dedulu tu dia tahu juga nak bangun malam ke bilik air. 


p/s
la ni Aliya hari-hari ajak pergi jalan-jalan naik basikal.. tengok dalam gambar tu, dia siap sedia dok atas basikal.. sambil mulut dok jerit  "cepat lah ibu... cepat!!" huhuuu.. sabor jer la..




Anis kat sekolah.. ibu tunggu kakak pakai kasut... 
cikgunya kata Anis pendiam kat sekolah.. tak bercakap..
masa ibu pergi amik tu riuh mulut dia bercerita..
baru cikgunya tegur : "owwhhh, ramah rupanya.. dalam kelas dia diam jer"




salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio