NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label nota ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nota ibu. Papar semua catatan

Isnin, Mei 12, 2014

Rindu sama kamu , blog Keluarga Ibu 3A



Salam rindu salam qaseh..

masih ada rupanya pelawat blog kecil ni..

sangat lama tidak menulis..

terlalu sibuk dengan urusan bisnes..

ada kala terdetik mahu menulis dan berkongsi aktiviti terkini..

namun masa itu amat terbatas,..

sajer menjengah ke laman Nuffnang..

hmm.. tidak hampa, masih ada iklan yang memberi income...




Insya Allah, kakyong akan kembali menulis..

cuma rentak menulis mungkin berbeza dari dulu..

semoga dapat berkongsi perkara yang baik2 dan dimanafaat kan..


Kita adalah apa yang kita fikirkan

Fikir yang baik2, sangka yang baik2.
Hasilnya pasti yang baik2..

Terus membuat kebaikan, semoga terus digandakan kebaikan dan manafaat utk kita dan semua nya..

salam rindu..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, April 13, 2013

Menyental baju uniform sekolah anak dengan sabun kilat





saya menyental baju uniform sekolah anak-anak dengan sabun ini.. 

1 ketul boleh guna dalam 1 minggu. 1 paket ada 6 ketul, boleh guna selama 6 minggu. 1 paket harga rm3.20, murah dan jimat kan.





Setiap hari saya menyental @ cuci tangan baju sekolah anak-anak. Baju melayu Fikri untuk sekolah agama rakyat memang perlu saya cuci setiap hari, kerana baju ada sepasang sahaja.

Baju uniform putih sekolah kebangsaan dipakai selang sehari - Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Selasa dan Khamis Fikri pakai baju sukan berwarna biru.. maka tidak perlu sangat menyental.

Baju uniform dan baju sukan Pra-sekolah kepunyaan Anis berwarna biru, kerja mencuci sedikit mudah walau masih mencuci tangan.

Baju uniform tadika Islam kepunyaan Aliya berwarna ungu, juga tidak perlu susah-susah menyental. 

Kebiasaannya saya akan terus mencuci uniform anak2 di sebelah petang atau malam. Jika keletihan amat baru saya mencuci keesokkan hari nya.



Setokin anak-anak hanya ada 6 pasang, jadi saya perlu menyental setiap hari.. tak boleh miss. Balik sahaja dari sekolah, saya sudah arahkan anak2 masukkan terus ke bakul, saya akan cuba cuci secepatnya sebelum malam hari. Kadang2 hari mendung belah siang, setokin tak sempat kering.


btw, saya sebenarnya cuma nak beritahu, sabun kilat ni banyak membantu saya.. kotoran degil mudah hilang.. dan tangan saya juga tidak mengelupas atau 'sakit' kerana sabun.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Disember 03, 2011

Saat yang akan dirindui : Makan ber-empat




Salam bahagia,

Hari ni layan gambor jer lah yer.. okay sebelum tu nak khabo kan.. bahawa sekarang ni hanya 2 blog saya ini aje yang akan berupdate :




Jadi terpulang lah pada kome nak follow salah satu atau dua-dua..  


Dan satu lagi, Insya Allah, contest Ibu Sihat Anak Riang akan dibuat penjenamaan semula... tunggu ya pengumuman nya nanti.   


Seterusnya, layan jer lah yer gambor anak-anak berempat nih. Sejak si Haris ada kat sini, budak-budak ni dah jadi semakin kuat makan.. masak apa jer, semua licin..  semua makan rebut-rebut..  








Sengaja bagi depa makan berjemaah, bior berkongsi dan belajar bertolak ansur.. tapi adat lah anak-anak kan.. main-main seronok-seronok pastu gaduh, nanti Fikri datang mengadu abang Haris buat dia, pastu Haris pulak mengadu Fikri buat dia..   Ibunya tak leh nak amik side mana... sudahnya kena denda baca buku banyak-banyak kali... 



..
sudilah support saya kat SINI.. tolong klik button & tinggalkan komen
..


salam kasih sayang & selamat berhujung minggu,
.




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Disember 01, 2011

Beralih arah



Salam bahagia,



saya jumpa kat google



Mulai hari ini, saya akan menulis n3 di sini pula... memandangkan blog kakyong72.blogspot.com pun dah semakin sesak.. yer lah tu... hihiii   happy

Yang sebenarnya, saya nak memudahkan kawan-kawan blog untuk meninggalkan komen, sebab di blog sana tu.. kotak komen nya kejap ada kejap tak mahu keluor.. biasalah guna kotak komen intensedebate tu kan..

Nak dibuang kotak komen tu sayang lah sangat nya.. sebab saya sudah guna sejak bulan May 2010.. jika saya buang maka semua komen2 kawan-kawan takkan dapat dibaca lagi.. huhuu... tak best lah kan..

Lagipun, blog yang itu telah saya menten selama hampir 3 tahun.. jadi saya ingat saya nak beralih-arah ajer lah.. saya aktif kan ajer blog yang sedia ada nih. winking

KOnon-konon nya membuat penjenamaan semula blog ibualiya.blogspot.com ni... dah lama juga saya biarkan bersawang.. 


Semua n3 baru ini adalah kesinambungan dari kesah-kesah dar blog kakyong72.blogspot.com


Saya harap lepas ni, mudah lah kawan-kawan nak tinggalkan komen. 


JIka ada yang nak UNFollow blog yang sana pun tiada masalah pada saya.. cuma saya tetap buka blog yang sana untuk umum, cuma tiada lah lagi update n3 baru di sana.


Saya sebenarnya belum habis customize blog ini... bloglist belum update lagi, dan banyak lagi lah yang perlu saya buat untuk blog ini.. tapi blog ini dah mula aktif dan akan terus aktif.. 


JIka ada masalah dengan komen , saya tak check lagi ade word verification atau tidak, sila beritahu yer.. cuma saya nak ingatkan kotak komen tu memang saya moderatekan.. jadi jangan risau jika komen tak keluor.. nanti bila saya online saya akan semak semua komen dan publish.




salam kasih sayang,

..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio