NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label sad story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sad story. Papar semua catatan

Isnin, Mac 09, 2009

Salam takziah : Untuk terakhir kali


Entry ini kakyong salin dari blog Fajar Seluas Angkasa. kakyong hanya baru mengikuti blog ini belum pun 10 hari.. tetapi, entry yang baru kakyong baca hari ini, ingin sangat2 kakyong kongsikan dengan pengunjung blog ini. Posting2 yang sebelum ini memang meruntun hati., 'melihat' perjuangan seorang anak kecil melawan penyakit yang dideritai, namum Allah lebih menyayanginya. Dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali. AlFatihah untuk adik Amir Yusuf, bayi kecil yang hampir sebaya anak kakyong.

Untuk Terakhir Kali

Posted in peristiwa by fajaril

i. Detik-detik bersama Amir Yusuf

Ayah usap kepala Amir Yusuf. Ibu bacakan bersama surah-surah suci agar dapat mengurangkan kepedihan yang ditanggung oleh dirimu sayang. Bukan saja untuk Amir Yusuf, tetapi juga buat jiwa ayah dan ibu di dalam melalui detik-detik getir ini.

Malam sebelumnya, setelah sekian lama Najla tidak dapat bertemu, akhirnya terlerai juga kerinduan antara Najla dan Amir Yusuf. Berbulan lamanya berada di wad PICU, hanya 2 kali sahaja Najla dapat melihat wajah Amir Yusuf. Itupun tidak sampai lima minit. Kawalan yang begitu ketat tidak membenarkan pelawat memasuki ruangan ini kerana keadaan bayi di dalam sini begitu lemah dan mudah terkena sebarang jangkitan.

Alangkah syukur dan gembira hati ayah dan ibu dengan peluang yang diberikan. Tidak tergambar apakah yang Najla rasai sewaktu melihat Amir Yusuf di dalam keadaan sedatif. Ayah dukung Najla. Ayah terangkan kepada Najla segala mesin, tiub dan wayar kepada Najla. Dari riak wajahnya, penuh dengan rasa sedih dan simpati.

“Najla nak doa untuk adik Amir Yusuf?”

Dengan perlahan, Najla berdoa.

“Ya Allah, sembuhkanlah Amir Yusuf. Najla sayang Amir Yusuf. Ya Allah, permudahkan PhD ibu ayah. Berkatilah, rahmatilah hidup kami.”

Keharuan menerjah hati ayah. Kasih sayang yang mengikat terasa begitu erat dan tulus. Ayah kucup pipi Najla.

Malam itu, Najla pulang ke rumah ditemani Kakak Adibah. Ayah dan ibu terpaksa menemani Amir Yusuf yang begitu memerlukan ayah dan ibu. Dua malam ayah dan ibu setia di sisi. Tanpa secebis rasa jemu. Demi kasih sayang yang tercipta.

Kesan jangkitan di dada Amir Yusuf semakin merebak. Ia semakin memberi kesan yang teruk kepada sistem pernafasan dan melumpuhkan lagi sistem lain di dalam badan Amir Yusuf. Segala usaha dan upaya telah dilakukan oleh doktor. Namun, mereka harus mengakui bahawa tiada lagi yang terbaik dapat mereka berikan. Pedih sekali khabar ini. Ayah dan ibu harus redha.

Kali pertama mendengar berita itu, ayah dan ibu masih lagi mampu bertahan. Inilah ketentuan dari-Nya. Biarpun terasa menggeletar seluruh tubuh, ayah hanya mampu bermohon agar Allah mempermudahkan segalanya.

“Is there any hope?”

“No. I’m sorry.”



Untuk bacaan seterus nya.. sila ke sini
untuk melihat galeri khas.. klik sini

kakyong : terima kasih kerusimalas kerana 'introduce'kan kakyong dengan blog fajar seluas angkasa. Semoga kisah ini memberi manafaat dan menjadi panduan untuk kita meneruskan kehidupan.. sesungguhnya semua kita tidak terlepas daripada dugaan Allah... hanya cara & kaedah sahaja yang berlainan, tetapi kita semua tetap akan diujiNya.


Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio