foto google di internet
Anda kenal Khadijah Hashim?
Khadijah Hashim merupakan penulis idola kakyong yang pertama, penulis idolaku sejak usia remaja. Mengenali nama beliau semasa usia kakyong 11 tahun. Waktu itu kakyong menjadi Pengawas Perpustakaan di sekolah rendah. Walaupun berada di perpustakaan sekolah mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, *masa yang agak terhad* namun peluang untuk menatap buku-buku yang pelbagai tajuk dan genre, itu lah saat yang selalu ditunggu-tunggu. Membaca novel adalah hobi yang mula dipupuk sejak berpeluang membaca novel Khadijah Hashim.
Antara novel Khadijah Hashim yang mula dibaca adalah Badai Semalam dan Merpati Putih terbang lagi. Semasa usia 12 tahun memang sukar untuk memahami cerita yang ditulis. Dan hanya selepas usia mencecah 25 tahun baru berjaya membeli beberapa naskah novel Khadijah Hashim. *sebab dah kerja & ade duit sendiri*.
Kakyong ulangbaca novel Merpati Putih Terbang Lagi semasa di sekolah menengah. Waktu itu pinjam daripada seorang teman, novel dibeli oleh ayahnya sebagai hadiah hari jadi. Waktu usia meningkat remaja, pemahaman pun berbeza semasa usia anak-anak, sentiasa terbuai-buai dengan angan-angan seperti jalan cerita tersebut.
Khadijah Hashim juga ada menulis siri cerita rakyat Si Awang. Boleh rujuk di sini Siri cerita rakyat Si Awang. Jika punya peluang, Insya Allah, kakyong nak cari @ beli siri cerira rakyat ini untuk dibaca bersama anak-anak. *Tak tahu lah kenapa lately ni asyik terfikir nak beli buku-buku siri cerita rakyat.. tak sangka bila di google.. rupanya Khadijah Hashim juga ada menghasilkan siri cerita rakyat.. *

antara koleksi novel Khadijah Hashim milik kakyong.. Insya Allah, bila ade duit lebih, nak menjelajah kedai buku dan mencari lagi beberapa novel yang belum dimiliki
Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.