NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Isnin, Mei 11, 2009

Home » , » Anak yatim menjaja di jalanan

Anak yatim menjaja di jalanan

Pernah tak anda terserempak dengan anak-anak sekolah *yang claim diri mereka daripada rumah anak yatim @ rumah tahfiz anak-anak yatim* menjaja @ menjual barangan *seperti kalender, poster ayat-ayat AlQuran, cd@vcd, ubatan herba balm dsb* di supermarket/pasaraya besar/hyper market seperti Tesco, Billion, Giant.

Semasa zaman bujang, kakyong memang kerap terserempak dengan anak-anak ini. Atas dasar kasihan maka kakyong pun belilah kalender yang diunjukkan, walaupun sudah punya banyak kalendar.. walau harga tidak munasabah, 1 kalender dijual dengan harga RM10.. tetapi ku layan juga, kerana kasihan.

Tetapi kini, kakyong menjadi muak & hangat hati kerana anak-anak ini bukan setakat menjual barangan dengan relahati, tetapi memaksa kita membeli nya.. hingga pernah beberapa kali kakyong bertanya & bercakap begini dengan mereka.

ky (kakyong) : adik ni dari mana ni? *waktu kejadian di Tesco Extra, Ipoh, jam 6 petang, hari Ahad*

anak1 : dari xxxxx. *satu tempat di negari jelapang padi malaysia*

ky : sape yang hantar kat sini? datang naik apa?

anak1 : ustad, naik kereta.

ky : ni pukul berapa nak balik ni?

anak1 : sat lagi usrad mai amik.

kemudian berlangsung lah sesi si anak1 menawarkan barangan nya supaya di beli.. anak-anak ni memang sudah diajar gaya bahasa untuk menjual barang-barang yang di bawa. barang itu dijual dengan harga RM20. sebelum tu, depa kata "kak, abang.. beli barang derma untuk anak-anak yatim xxxx. "

suami ky : kalo bayar RM10 jer boleh?

anak1 : tak boleh, sebab harga RM20.

suami ky : tak per lah.. barang2 ni abang dah ade dah.

anak1 : bang, tapi ni untuk derma anak yatim.. abang mesti beli.

anak-anak ni terus mendesak suami & kakyong untuk membeli barangan depa. Memang kesian tengok muka anak-anak ni, macam nak menangis pun ada. Kakyong terfikir sejak pukul berapa kah anak-anak ni berada di pasaraya itu? Sudah makan kah anak-anak ini? hati tu memang belas & kasihan tetapi bila dipaksa membeli *so called menderma? * hati ni jadi marah.

ky : dik, ade tak ustad ajar pasal ikhlas? nak menderma ni kena ikhlas, bukan kerana dipaksa.. adik nanti kirim salam sama ustad ya. *dalam dok marah tu, hulur lah juga beberapa keping RM1. *

Bukan marah kepada anak-anak ini, tetapi marah kepada pihak yang diberi amanah untuk menjaga & menyediakan makan pakai anak-anak ini. Hari minggu sepatutnya hari untuk anak-anak ini berehat di asrama, di samping membuat ulangkaji pelajaran @ membuat aktiviti riadah yang sehat. Bukannya berkeliaran merata jalanan, memujuk @ 'memaksa' orang awam 'menderma' membeli barangan yang mereka bawa.

Kenapa anak-anak ini yang wajah bersih tulus mulus di'suruh' @ 'paksa' membuat pekerjaan sebegini. Tiadakah alternatif lain untuk memohon bantuan daripada pihak kerajaan atau badan-badan tertentu. Usah lah dibuat anak-anak ini seperti peminta sedekah.. jika mak ayah mereka masih ada, tentu mak ayah depa pun tak nak anak-anak ini buat kerja seperti ini.

Semalam, semasa di station Petronas, terserempak pula dengan seorang anak gadis.. mungkin dalam usia sekolah menengah.. menjaja balm.. atas nama sebuah sekolah tahfiz anak-anak yatim. Waktu itu jam sudah menginjak ke pukul 8 malam. hati terdetik, kenapa anak ni dibiarkan berada di station tersebut pada malam hari? seorang diri pulak tu.. esok tidak bersekolah kah anak ini? Bukan kah sepatutnya anak ini sudah patut berada di asrama, bersolat jemaah dengan kawan-kawan, atau mengulangkaji pelajaran @ membuat persediaan untuk persekolahan hari esok.???

Jika benarlah banyak rumah anak-anak yatim yang kesuntukan biaya *terutama rumah anak2 yatim persendirian*, adalah baik jika mohon bantuan media *RTM (TV/Radio), media prima (TV3, Tv9), suratkhabar arus perdana* untuk menyampaikan maklumat akan keperluan rumah-rumah anak yatim tersebut.

Atau pun syarikat gergasi patut lebih prihatin akan nasib rumah-rumah anak yatim yang tidak punya nama.. yang berada di pedalaman yang jauh dari kemudahan... *bukan hanya saban tahun menderma (terutama bulan Ramadhan) ke rumah anak-anak yatim yang sah-sah sudah mewah hingga melimpah ruah..* Lihat-lihat lah sama rumah anak yatik yang tidak fofular dan serba daif.


Kedhaifan Madrasah Anak Yatim... jauh lebih teruk dari di Acheh (kata seorang aktivis) Pictures, Images and Photos
foto ini hanya hiasan semata



Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
14 Comments
Comments

14 comments

11 Mei 2009, 5:49:00 PTG

Salam Kak Yong,

Perkara sudah menjadi kebiasaan sekarang ni... berlambak2 kat petrol pump.

Apa yang saya selalu buat ialah... bertanya samada diorang dah makan belum?

Kalau jawapannya sudah atau belum sekalipun, saya tetap hulurkan RM5 seorang jika dua orang, jika seorang RM10 untuk belanja makan. Sambil berpesan berkali2 supaya duit tersebut digunakan untuk belanja makan, bukannya untuk masuk tabung derma tu.

Namun untuk beli barangan tersebut tidak sama sekali, kerana akan menggalakkan jualan mereka dan mengalakan pihak tidak bertanggung jawap terus mempergunakan anak2 ini.

11 Mei 2009, 8:20:00 PTG

Salam kakyong

Kat sini juga macam tu terutama di pintu bank-bank. memang sehingga malam pun ada.

Satu persoalan, mereka ini dibela sebagai anak yatim atau sebagai hamba untuk dapatkan duit?

Mohon sesiapa yang tahu kedudukan sebenarnya. Alangkah malangnya mereka, sudahlah yatim dijadikan hamba pula.

12 Mei 2009, 8:12:00 PG

salam ISA,

makna nyer bukan sesuatu yg pelik lah yer.. hmm, kakyong ingatkan isu kecik jer.. rupenya satu m'sia mcm ni... hmm, tak boleh dibiarkan ni... tak elok pada pandangan mata & apa pulak pandangan masyarakat bangsa lain.., seolah2 anak2 yatim melayu Islam ni tidak terbela nasib nyer

12 Mei 2009, 8:15:00 PG

salam Uncle,

adakah ini 'sindiket'..??!! kalo sudah ketara di mana pun ade mereka ni.. bukan ke sindiket nama nyer??

kakyong selalu pk, mungkin ini hanya kes terpinggir (kat Ipoh ajer kot?!).. kalo di kelantan pun byk? di tempat en ISa pun ade... apa kes ???

sedey kalo keadaan begini berterusan..

12 Mei 2009, 1:20:00 PTG

salam...

kita tak pasti benda tu benar2 dtg dari rumah anak yatim atau anak2 yatim tu diajar utk meminta sedekah..
kalau boleh.. mintak alamat atau no phone ustaz derang tu..
byk benda boleh dibuat utk mengutip derma.. bukan jadik peminta sedekah...
kesian mereka...
pihak yg menjaga anak2 yatim ni tak patut la biarkan mereka begitu.. walau teruk tak de duit sekalipun... jaga mereka dengan ikhlas dan ajar cara hidup yg betul.. bukan sebagai peminta sedekah kan...

semoga ade pihak yg ambil tindakan..

12 Mei 2009, 6:49:00 PTG

salam rizza,
betui juga kata rizza tu.. mungkin jika ade peluang terserempak lagi dgn anak2 ini, akan cuba kakyong dpt kan maklumat2 yang penting.. mungkin selepas itu boleh dibuat tindakan susulan...

Tanpa Nama
14 Mei 2009, 7:39:00 PG

oooo..kat sabah ni pun ada agak tapi kurang ckit lah.

14 Mei 2009, 9:45:00 PG

hmm.. tu la kan.. kalau tak bagi kesian.. kalu bagi wallahualam kita pun tak tau duit tu sampai kedepa ke tak? kalu kat kl nie bersepah2....yang derma untuk anak yatim, bukan setakat budak2 jea orang dewasa pun byk..
kadang bagi jugak, masa bagi niat aje kerana Allah..
tapi tu la patut ada kawalan dari pihak berkuasa bende nie..
my personal opinion, mmg suka bagi derma direct ke org2 yang memerlukan kat kampung2, kat anak yatim direct...

16 Mei 2009, 7:02:00 PG

MamaTiara ~ oo, di Sabah pun ade jugak.. ni sudah jadi kes satu M'sia ni..

Nadnye ~ memang perlu kawalan, kalo tak perkara ini akan terus berleluasa.. sebab kita pun tak tahu anak2 ni amat meemrlukan bantuan @ hanya jadi agen pihak2 tertentu...

Tanpa Nama
18 Mei 2009, 5:28:00 PTG

SAYA PERNAH TANYA BUDAK BUDAK TU. MEREKA TU SEBENARNYA BUKAN SEMUA ANAK ANAK YATIM TAPI DIPAKSA MENGAKU ANAK ANAK YATIM MEREKA TU KEBANYAKANNYA ANAK2 KUMPULAN TU. CUBA CEK KAT MANA TAHFIZ BEBUDAK TU? TAJWID PUN TUNGGANG LANGGANG. MUQADDAM PUN TAK HABIS HAFAL. FARDHU AIN JANGAN TANYA LEE. ADA YANG KATA DALAM SEBULAN TU SEMINGGU PUN TAK MASUK KELAS. KALAU TAK PERCAYA LU TANYA SENDIRI.

19 Mei 2009, 12:49:00 PG

ni bukan kes baru tapi takde tindakan diambil. Kesian budak-budak tu...

24 Mei 2009, 8:18:00 PG

saya pun macam tak faham kenapa fenomena ini terus berlaku...

24 Mei 2009, 1:10:00 PTG

en/cik Anon,
hmm.. kalo gitu, nape tak report pada pihak yg berkenaan.. ?! nak report kat saper yer kalo kes macam ni..
sian anak2 tu diekspoitasi utk tujuan wangringgit semata2..

Sherrina,
pernah buat report ker?

ummi afifah,
kalo tdk kerana kepentingan & tamak haloba $$$$$, apakah lagi sbb yg lebih wajar...

Tanpa Nama
24 Mei 2009, 3:26:00 PTG

Semalam saya singgah makan di R&R Sg Buloh, maka datanglah beberapa orang budak budak tu dengan resit amal anak yatim dan tak ketinggalan BAM AJAIB mereka. Salah seorang datang kepada saya "kami dari sekolah amal anak yatim minta sumbangan pakcik untuk sekolah amal anak anak yatim" sambil menunjukkan resit sumbangan. Saya berlagak seperti orang mereka dan bertanya "Dik ni anak siapa" Muka dia berubah tapi dia jawab juga anak polan" "ooo polan tu dia duduk kat mana sekarang?" Buat buat kenal je tak sedar dia kena tipu.Dengan berkeyakinan dia jawab ayah dia duduk di .... "Ok takpalah" saya kata kat budak tu. Dia pun pergi. Saya cakap kat kawan saya "Dengar tak? Mula tadi cakap anak yatim bila ditanya rupanya ada mak bapak lagi. Bapak dia bodoh sebab suruh anak dia doakan dia mati cepat supaya anak dia jadi anak yatim. Dan bapak dia suka dia dan anak buat dosa menipu orang". Cerita ni betul saya tak tipu. Kat akhirat nanti saya yang kena jawab.

Catat Ulasan