NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Jun 13, 2012

Sambal udang peria katak

Salam bahagia,

hari ni share resepi lagi... masih lagi dalam mode warming up untuk berblog...

Actually resepi ni senang jer nak bikin.. Atas permintaan Ummi Hanie.. ni la saya kongsikan


snap guna henfon


bahan-bahan :

10 ekor udang sederhana besar - ni saya beli dari pakcik van, 10 ekor = RM3
1 biji peria katak
1 biji buah tomato - saya memang pemakan buah tomato yg TEGAR
2-3 sudu makan cili giling
2-3 ulas bawang kecil/merah - ditumbuk
sedikit halia - juga ditumbuk
1 labu bawang besar, dipotong bulat @ separa bulat
garam & gula


cara masak
1. peria katak di potong & direndam dalam air garam - dlm 10-15 minit
2. panaskan minyak & tumis bawang & halia sehingga naik bau & garing
3. masukkan cili giling.. masak sampai pecah minyak - perlahan kan api, biar cili tu garing elok , masukkan gula sedikit utk cantikkan warna sambal ..
4. masukkan buah tomato & peria katak - & sedikit air, kacau bagi peria masak sedikit (2-3 minit jer)
5. pastu masukkan udang & bawang besar.. kacau sampai udang betul2 masak..
6 siap untuk dihidangkan..



snap guna kamera 8MP


dan lunch kami hari ni layan sekali dengan tempe goreng tepung magik





p.s maaf yer kawan, pelan2 baru nak BW semula ni... please welcome me back to blogging world.. :)




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Jun 11, 2012

Udang 3 rasa



Salam bahagia,







Resepi simple jer..


bahan-bahan
300g udang
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
3-5 biji cili api -diketuk (ikut suka nak letak banyak @ sikit)
1- 2 sudu makan sos tiram ( x sukat pun..)
2 -3 sudu sos chili (pun x sukat juga)
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit nenas didadu (x de stok)
batang sader (x de stok)
1 labu bawang besar dipotong bulat
sedikit air & perasakan garam


cara masak.
1. tumis bawang putih & halia, sehingga naik bau & garing
2. masukan buah tomato, sos tiram, sos cili, kacau 1-2 minit
3. masukkan air, saya masukkan air panas, pastu terus masukkan udang & bawang, kacau sampai udang elok masak
4. jika yang kurang makan garam, tak yah boh garam pun okay.. rasa dulu sebelum masukkan garam.

siap untuk dihidangkan..



yang ni snap guna kamera henfon.. ;) 3MP jer.. 



p/s : masih & sedang mcari mood untuk berblog semula.. rindu sangat2 dah nak BW & baca cerita kawan2.. tapi tu lah.. la ni malam jer dah kena off lappy.. nak BW via hfon tak berapa nak expert lagi..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio