Salam bahagia,
Ni pokok cermai hutan (mak saya kata cermai hutan.. tapi saya tanya dengan google, ada yang panggil cermai belanda, ada juga panggil cermai mekah.. ).. antara pokok kayu yang ada kat rumah makbonda saya.. buahnya yang merah dan oren tu.. merah tu memang dah masak ler..
di blog wannura - cermai ini disebut sebagai cermai asam
ini buah yang muda.. masih hijau
ni buah yang sedang-sedang.. oren warnanya..
close up.. kamera cikai tu yang payah nak snap.. saya edit sikit bagi sharp gambar ni
ini yang masak ranum.. rasanya manis-manis masam dan ada rasa kelat dihujung lidah.. hehhe.. rasanya memang sangat berbeza dengan bua cermai biasa.. daun pun lain sangat.
saya google lagi.. cermai ini juga di panggil cermai burung. dipanggil juga ceri brazil, ceri surinam atau nama saintifiknya Eugenia uniflora. Boleh juga baca di wikipedia.
wahh.. banyak betul nama buah cermai ni... buat yang belum tahu, semoga hari ni kita sama-sama dapat pelajaran baru (saya pun banyak belajar semasa nak siapkan n3 ni).. makbonda saya cakap, sedap kalo masak asam.. saya tak pernah masak lagi guna buah cermai hutan ni. Buah cermai hutan ni kaya dengan vitamin C.
Boleh kot di katakan sebagai buahan tempatan..
salam kasih sayang,
.
