NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label kuih vadeh/vadey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih vadeh/vadey. Papar semua catatan

Selasa, Januari 17, 2012

Kali pertama buat kuih vadeh @ vadey



Salam bahagia,


Kueh vadeh ni memang antara kueh yang saya suka sangat... tiap kali ke pasar malam mesti nak beli.. kadang-kadang jumpa (yang melayu buat la), kadang-kadang tak jumpa.

Pernah baca dalam blog kawan (maaf tak ingat sapa), beberapa bulan lepas. Dok pesan kat suami belikan kacang dal.. sampai ke sudah dia tak beli-beli. Tapi sejak dah ade basikal ni.. panjang lah sikit langkah.. hehehhe... big grin





Resepinya saya google jer.. macam-macam style ada.. yang saya buat ni belasah jer guna bahan-bahan yang ada di rumah.

Bahan-bahannya :

1 pack kacang dhal - dalam 200g, saya beli RM1 jer
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili masak - dihiris , boleh juga guna cili kering
1 sudu teh jintan manis/kasar - ditumbuk sedikit
1 sudu makan serbuk kari
2-3 sudu makan tepung gandum
beberapa helai daun kari - takde, saya ganti dengan daun sup & daun bawang
garam secukup rasa.. 1 sudu teh memadai




cara-caranya

  • kacang dhal di rendam semalaman. saya rendam pagi, petang tu baru masak
  • cuci bersih kacang dhal, toskan dan kisar dalam blender. Saya kisarkan semua sekali, yang pasti akan ada kacang yang tak hancur..jangan letak air, jika nak letak air pun sikit ajer.. jangan blender stuck jer..
  • kemudian masukkan kacang yang dah blend dalam bekas.. campurkan bawang & cili yang telah dihiris, jintan manis, serbuk kari, dan daun kari serta garam - gaul rata
  • tambahkan tepung gandum jika adunan lembik
  • jika guna cili kering, - rendam cili, bila cili dah kembang, gunting/hiris halus (saiz ikut suka, nak besar ke kecik)



  • panaskan minyak.. biarkan minyak betul-betul panas. 
  • masukkan adunan dalam sudu @ senduk dan ratakan (agak2 lah jangan tebal sangat).. kemudian tolak masuk ke dalam kuali.. saya guna sudu makan yang besar sedikit, jika guna senduk macam besor sangat jadi kuihnya.
  • masak dalam api sederhana.. balik-balik kan.. masak hingga nampak garing, @ golden brown.


 sesuai untuk minum petang.. layan dengan teh o @ kopi o



Untuk adunan 200gm kacang dhal tu saya dapat lebih 20 biji.. anak-anak tak suka makan, jadi saya beri separuh pada jiran. Lain kali saya ingat nak masukkan ikan bilis yang dikisar, supaya ada rasa yang lebih sedap.. hehehhe.. sesuka jer nak modify resepi kan.. *kita yang nak makan kan..*  

btw, letak daun sup & daun bawang tu macam tak sesuai jer.. kena letak daun kari jugak.. baru la feeling-feeling makan vadeh ala-ala mamak punya.


nota :
tak boleh makan banyak-banyak kacang dhal ni.. kentut bau busuk.. hahaha..


salam kasih sayang,
.




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio