NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label muslimah modesty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muslimah modesty. Papar semua catatan

Khamis, Januari 29, 2009

Di mana nak bersalin.. pilihan untuk muslimah





baru tukor gambor baru.. ade ke rupa ibu pregnant..



Teman ni sebenornyer teringatkan perbualan teman dengan jiran sebelah kiri (jiran yang belah kanan jiran corner lot) pasal hal orang pompuan ler. Teman pun baru dapat tahu (baru tu pun 2 3 bulan yang lepas ler) yang suami jiran teman ni dah koje gomen, koje dengan kementerian kesihatan, ntah apa jawatan suami nyer idak le teman tanya. Dia dok saran kat teman kalo ade masalah dengan hal-hal @ masalah layanan di klinik @ hospital, kabo le kat dia, boley ler tolong-tolong apa yang patut. Teman angguk ajer ler. Sambil tu bersembang-sembang le juga hal anak-anak sebab anak dia yang kecik dan anak teman yang no3 ni beza 5 bulan jer jaraknyer. Anak dia lahir Feb 2008, anak teman Jul 2008.

Jiran : bersalin di mana anak yang kecik ni?

Teman : tempat biasa, Ar-Ridzuan. (Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan)

Jiran : berapa kena?

Teman : seribu lebih, bersalin normal.

Jiran : Laa., naper tak bersalin GH (hospital besar Ipoh). Dah banyak kemudahan sekarang ni, suami pun boleh masuk. buat aper ler buang duit ribu-ribu bersalin kat swasta.

Teman : **(wink senyum senyum..)** situ doktor perempuan, melayu. Kalo GH bukannyer boleh request doktor pompuan melayu. kena marah lagi ade ler. Lagipun serik rasanya bersalin di GH.

Jiran : kenapa?

Teman : hmm.. doktor tengking-tengking suruh neran. pehtu masa dok ter'kangkang' tu.. punyer le ramey doktor & bidan pelatih ngerumun..

Jiran : laa.. macam tu ker, masa saya ari tu ok jer, Alhamdulillah ler.

Teman : nak buat camaner ker, nasib memasing ler kan. sebab tu ler bersalin yang ke2 & ke3 ni akak g Ar-Ridzuan. sebabnya 1/doktor perempaun melayu islam; 2/bidan & misi baik-baik belaka bagi sokongan yang positif tak tengking-tengking marah-marah; 3/anak disambut dengan bacaan basmallah & takbir..


Tu ler antara sembang-sembang seberang tembok nyambil-nyambil sidai kain. Teman harap jiran teman faham akan maksud kata-kata teman tu. Kalo ade lebih ramey lagi yang bertanya pun teman akan jawab seperti itu, 3 sebab utama kenapa teman bersalin di Pusat Rawatan Islam (PRI). Sebab yang ke-3 tu ler yang buat teman datang lagi untuk bersalin di PRI.

baby Pictures, Images and Photos

Ya Allah, mengalir laju air mata teman tatkala doktor bertakbir saat menyambut kedatangan bayi teman ke dunia baru. Masya Allah, dalam tempoh tak sampai 15 minit, anak sudah di tangan suami untuk di azan & di iqamah. Tidak kah sejuk perut ibu mengandung saat bayi nya lahir disambut dengan kalimah Allah. Mungkin teman belum lagi dalam golongan muslimah sejati hatta hamba Allah yang taat, jauh sekali. Tapi itu lah keajaiban dan nikmat dalam jiwa yang teman rasai sebaik melahirkan. Bidan ingatkan teman menangis sakit,.. bukan.. bukan sakit tapi bersyukur.. bersyukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi.

Mengimbau saat melahirkan di GH (hospital gomen),.. yang teman tak boleh nak lupa.. doktor tu pompuan benggali, kasar pulak layanannyer.. dalam saat teman kesakitan tu, kenapa la di'izin'kan pelatih-pelatih mengerumuni pesakit. Tak ade ker prosedur untuk meminta kebenaran pesakit untuk di'kerumuni' sedemikian ruper. 8 jam teman melawan sakit, teman minta di'vakum' tetapi doktor tu tetap jerit-jerit suruh teran.. sudahnya datang 2 orang doktor pakar lelaki, sorang cina, sorang india.. vakum.. dalam tempoh tak sampai 1 minit.. bayi meluncur keluor.. dah biru, bisik bidan. doktor benggali tu sempat lagi marah teman sebab anak dah biru.. teman antara sedor dengan idak jer.. samar-samar jer pandangan teman.. letih benor rasanyer.. udah ler pagi tadi tak dibagi deme breakfast.. YA Allah, aku berjanji selepas ni aku takkan bersalin di sini lagi. Itu lah azam teman.

Bukan teman tak redho, redho.. mungkin itu lah kifarah atas dosa-dosa teman sebelum & sepanjang bersalin. Bersangka baik lah dengan Allah, mungkin kerana itu lah, teman akhirnya mencari alternatif lain sebagai tempat bersalin.

Alhamdulillah, mujur le teman ade simpanan sikit, boley le bersalin di swasta (PRI).. nak bersalin di swasta yang lain pun boley (boleh juga request nak doktor mana), tapi tinggi sikit ler belanja nya.

Teman selalu berfikir, adakah hospital gomen boleh sediakan sedikit kemudahan untuk wanita islam @ muslimah dalam hal bersalin ini.

  1. disediakan doktor muslim (tak kesah lah lelaki @ perempuan, sebaiknyer perempuan ler) sebaik mengenalpasti ibu yang hendak bersalin adalah muslimah
  2. ibu yang hendak bersalin tidak dijadikan 'bahan kajian' pelatih (bidan @ doktor pelatih) selain mendapat persetujuan dari ibu tersebut
  3. melatih doktor-doktor dan bidan-bidan agar lebih tertib dan bersopan dalam ucapan dan layanan terhadap ibu yang hendak bersalin.
  4. sum-of-all, tolong ler sediakan satu unit khas/wad bersalin khas untuk muslimah
Gamaknya kalo PAS & PR dapat kuasa memerintah nanti, boleh ke penuhi permintaan teman ni, yer ler sampai bila muslimah-muslimah mampu REDHO.. tak semua kita-kita ni berduit hatta ke PRI sekalipun kurang-kurang RM1,200 kena disediakan.

Terima kasih sudi singgah di Menyibuk ajer..
Sudi-sudi le tinggalkan komen.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio