NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label fruit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fruit. Papar semua catatan

Isnin, Mac 30, 2009

Buah Tomato



Antara buah dalam kategori sayur yang paling kakyong gemor adalah buah TOMATO. Kakyong suka makan mentah atau pun dicampur dalam masakan. Kalo masak kari atau sambal ikan, mesti nak boh buah tomato.. boleh kata tomato memang selalu dicampur didalam hampir semua masakan (yang biasa di masak ler..), seperti sambal sardin, sayur campur, mee/bihun/keateow/pasta goreng, sandwich dan juga sambal belacan. Dan dalam freeze ia merupakan stok yang sentiasa ada..





Adakah tomata sejenis buah atau sayuran?

Untuk tahu jawapannya boleh refer ke sini.. http://www.sciencebob.com/questions/q-tomato_fruit_vegetable.php

Secara asas nya, jika ia mempunyai biji yang boleh dibuat benih.. maka ia diklasifikasikan sebagai BUAH. Jadi tomata adalah sejenis BUAH. Sebab itu tomato disebut sebagai BUAh tomata. Pernahkah ia disebut sebagai sayur TOMATO. Ummm




Kakyong google dan jumpa macam-macam info pasal buah tomato ni.. Rupanya banyak khasiat buah tomato ni.

Antaranya :

1. hampir 90% kandungan tomato adalah air, jadi ia bersifat duretik dan baik untuk membuang toksin dalam badan.


2. walaupun tomato rasanya masam tetapi ia bersifat alkali, yang mana ia membantu mengimbangi pH ke'nuetral'an di dalam tubuh kita. Pengambilan terlalu banyak makanan yang bersifat asid boleh menyebabkan kita cepat lesu, sakit kepala, sakit sendi, masalah penghadaman, lenguh-lenguh otot ~ ini antara contoh nyer. Sekarang ni di pasaran ada di jual satu termos/bekas air yang boleh menukar air menjadi beralkali, harganya pun boleh tahan juga, lebih kurang RM380++. Namanya Miracle Flusk.. untuk tahu lebih, klick pada perkataan miracle flusk.

so tak yah buang duit beli gadget memahal, jadikan memakan buah tomato sebagai amalan harian.. aci tak... !


3. Buah tomato juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin larut-air yang memang bersifat anti-oksidan. Anti-oksidan ni umpama cat pada besi yang bertujuan untuk melindungi besi daripada berkarat. Jadi tomato boleh jadi bahan pelindung untuk ketahanan badan kita.

maklumat lebih lanjut tentang vitamin C, rujuk di http://ohioline.osu.edu/hyg-fact/5000/5552.html


4. Tomato juga dikatakan amat berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser. Unsur/elemen yang menjadikan buah tomato berwarna merah dikenali sebagai likopen. Likopen ini bila dihadam akan disimpan di hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit. Ia dikatakan dapat membantu untuk membebaskan radikal bebas daripada merosakkan sel-sel tubuh.

untuk baca lebih lanjut tentang likopen, boleh rujuk http://www.lycopene.org/faq.aspx


5. Buah tomato juga boleh digunakan untuk awet muda, iaitu menghaluskan wajah dan menghindari jerawat. Caranya : pilih buah tomato yang dah masak ranum, potong kecil-kecil dan diramas, ambil air nya dan sapu la ke muka. Biarkan kering. Kemudian baru di cuci dengan air suam. Kalo diamalkan selalu, Insya Allah berseri-seri wajah.. Sunshine

6. Boleh juga untuk atasi masalah gusi berdarah dan sakit perut. Caranya : Buah tomata di jadikan minuman harian, sekali sehari... maksudnya minum jus tomato. Blend 1 biji tomato yang sederhana besar, dapat 1/2 gelas pun dah okay, tambah air jadikan segelas. Sebaiknya diminum tanpa gula. Selamat mencuba.


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Mac 28, 2009

Buah Dabai




Semasa tinggal di Sibu, Sarawak.. buah dabai adalah antara buah yang selalu ayahnde beli. Buah ni berwarna ungu pekat, seperti warna anggur hitam. Isinya berwarna kuning & rasanya lemak-lemak gitu.. biji nya keras, tapi bila diketuk isi dalam bijinya boleh dimakan. Kakyong sudah berpuluh tahun.. hampir 20 tahun tidak merasa buah ini.. sungguh-sungguh rindu nak makan buah dabai. Khabarnya buah ini bermusim dan hanya boleh didapati di Sarawak dan Brunei ajer.





Semasa dok google pasal buah dabai ini, terjumpa blog ni yang memberi penerangan yang begitu jelas pasal buah dabai. Untuk tahu camana nak makan buah dabai, boleh tengok kat blog dia ni.

Di laman ini pun ada maklumat tentang buah dabai, klik, komersial dabai


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio