NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label my notes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my notes. Papar semua catatan

Ahad, Mei 24, 2009

Khadijah Hashim


foto google di internet

Anda kenal Khadijah Hashim?

Khadijah Hashim merupakan penulis idola kakyong yang pertama, penulis idolaku sejak usia remaja. Mengenali nama beliau semasa usia kakyong 11 tahun. Waktu itu kakyong menjadi Pengawas Perpustakaan di sekolah rendah. Walaupun berada di perpustakaan sekolah mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, *masa yang agak terhad* namun peluang untuk menatap buku-buku yang pelbagai tajuk dan genre, itu lah saat yang selalu ditunggu-tunggu. Membaca novel adalah hobi yang mula dipupuk sejak berpeluang membaca novel Khadijah Hashim.

Antara novel Khadijah Hashim yang mula dibaca adalah Badai Semalam dan Merpati Putih terbang lagi. Semasa usia 12 tahun memang sukar untuk memahami cerita yang ditulis. Dan hanya selepas usia mencecah 25 tahun baru berjaya membeli beberapa naskah novel Khadijah Hashim. *sebab dah kerja & ade duit sendiri*.

Kakyong ulangbaca novel Merpati Putih Terbang Lagi semasa di sekolah menengah. Waktu itu pinjam daripada seorang teman, novel dibeli oleh ayahnya sebagai hadiah hari jadi. Waktu usia meningkat remaja, pemahaman pun berbeza semasa usia anak-anak, sentiasa terbuai-buai dengan angan-angan seperti jalan cerita tersebut.

Khadijah Hashim juga ada menulis siri cerita rakyat Si Awang. Boleh rujuk di sini Siri cerita rakyat Si Awang. Jika punya peluang, Insya Allah, kakyong nak cari @ beli siri cerira rakyat ini untuk dibaca bersama anak-anak. *Tak tahu lah kenapa lately ni asyik terfikir nak beli buku-buku siri cerita rakyat.. tak sangka bila di google.. rupanya Khadijah Hashim juga ada menghasilkan siri cerita rakyat.. *



antara koleksi novel Khadijah Hashim milik kakyong.. Insya Allah, bila ade duit lebih, nak menjelajah kedai buku dan mencari lagi beberapa novel yang belum dimiliki



Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Mei 11, 2009

Anak yatim menjaja di jalanan

Pernah tak anda terserempak dengan anak-anak sekolah *yang claim diri mereka daripada rumah anak yatim @ rumah tahfiz anak-anak yatim* menjaja @ menjual barangan *seperti kalender, poster ayat-ayat AlQuran, cd@vcd, ubatan herba balm dsb* di supermarket/pasaraya besar/hyper market seperti Tesco, Billion, Giant.

Semasa zaman bujang, kakyong memang kerap terserempak dengan anak-anak ini. Atas dasar kasihan maka kakyong pun belilah kalender yang diunjukkan, walaupun sudah punya banyak kalendar.. walau harga tidak munasabah, 1 kalender dijual dengan harga RM10.. tetapi ku layan juga, kerana kasihan.

Tetapi kini, kakyong menjadi muak & hangat hati kerana anak-anak ini bukan setakat menjual barangan dengan relahati, tetapi memaksa kita membeli nya.. hingga pernah beberapa kali kakyong bertanya & bercakap begini dengan mereka.

ky (kakyong) : adik ni dari mana ni? *waktu kejadian di Tesco Extra, Ipoh, jam 6 petang, hari Ahad*

anak1 : dari xxxxx. *satu tempat di negari jelapang padi malaysia*

ky : sape yang hantar kat sini? datang naik apa?

anak1 : ustad, naik kereta.

ky : ni pukul berapa nak balik ni?

anak1 : sat lagi usrad mai amik.

kemudian berlangsung lah sesi si anak1 menawarkan barangan nya supaya di beli.. anak-anak ni memang sudah diajar gaya bahasa untuk menjual barang-barang yang di bawa. barang itu dijual dengan harga RM20. sebelum tu, depa kata "kak, abang.. beli barang derma untuk anak-anak yatim xxxx. "

suami ky : kalo bayar RM10 jer boleh?

anak1 : tak boleh, sebab harga RM20.

suami ky : tak per lah.. barang2 ni abang dah ade dah.

anak1 : bang, tapi ni untuk derma anak yatim.. abang mesti beli.

anak-anak ni terus mendesak suami & kakyong untuk membeli barangan depa. Memang kesian tengok muka anak-anak ni, macam nak menangis pun ada. Kakyong terfikir sejak pukul berapa kah anak-anak ni berada di pasaraya itu? Sudah makan kah anak-anak ini? hati tu memang belas & kasihan tetapi bila dipaksa membeli *so called menderma? * hati ni jadi marah.

ky : dik, ade tak ustad ajar pasal ikhlas? nak menderma ni kena ikhlas, bukan kerana dipaksa.. adik nanti kirim salam sama ustad ya. *dalam dok marah tu, hulur lah juga beberapa keping RM1. *

Bukan marah kepada anak-anak ini, tetapi marah kepada pihak yang diberi amanah untuk menjaga & menyediakan makan pakai anak-anak ini. Hari minggu sepatutnya hari untuk anak-anak ini berehat di asrama, di samping membuat ulangkaji pelajaran @ membuat aktiviti riadah yang sehat. Bukannya berkeliaran merata jalanan, memujuk @ 'memaksa' orang awam 'menderma' membeli barangan yang mereka bawa.

Kenapa anak-anak ini yang wajah bersih tulus mulus di'suruh' @ 'paksa' membuat pekerjaan sebegini. Tiadakah alternatif lain untuk memohon bantuan daripada pihak kerajaan atau badan-badan tertentu. Usah lah dibuat anak-anak ini seperti peminta sedekah.. jika mak ayah mereka masih ada, tentu mak ayah depa pun tak nak anak-anak ini buat kerja seperti ini.

Semalam, semasa di station Petronas, terserempak pula dengan seorang anak gadis.. mungkin dalam usia sekolah menengah.. menjaja balm.. atas nama sebuah sekolah tahfiz anak-anak yatim. Waktu itu jam sudah menginjak ke pukul 8 malam. hati terdetik, kenapa anak ni dibiarkan berada di station tersebut pada malam hari? seorang diri pulak tu.. esok tidak bersekolah kah anak ini? Bukan kah sepatutnya anak ini sudah patut berada di asrama, bersolat jemaah dengan kawan-kawan, atau mengulangkaji pelajaran @ membuat persediaan untuk persekolahan hari esok.???

Jika benarlah banyak rumah anak-anak yatim yang kesuntukan biaya *terutama rumah anak2 yatim persendirian*, adalah baik jika mohon bantuan media *RTM (TV/Radio), media prima (TV3, Tv9), suratkhabar arus perdana* untuk menyampaikan maklumat akan keperluan rumah-rumah anak yatim tersebut.

Atau pun syarikat gergasi patut lebih prihatin akan nasib rumah-rumah anak yatim yang tidak punya nama.. yang berada di pedalaman yang jauh dari kemudahan... *bukan hanya saban tahun menderma (terutama bulan Ramadhan) ke rumah anak-anak yatim yang sah-sah sudah mewah hingga melimpah ruah..* Lihat-lihat lah sama rumah anak yatik yang tidak fofular dan serba daif.


Kedhaifan Madrasah Anak Yatim... jauh lebih teruk dari di Acheh (kata seorang aktivis) Pictures, Images and Photos
foto ini hanya hiasan semata



Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, April 17, 2009

TIPS Belajar Cemerlang

Salam

Sudah hampir bersawang blog ku ini, kesian dikau blog Menyibuk ajer.. mohon ampun dan maaf . Apa pun hari ni, kakyong nak berkongsi sedikit tips belajar (khusus untuk sesiapa jua yang masih dalam pengajian kolej/universiti).

Kakyong tidak lah pandai sangat pun, tetapi sekadar untuk mengimbau kembali kenangan & memori semasa di kampus UUM SIntok. Hmm, rindu sangat dengan keterikan sinaran matahari tengahari nyer yang membuat kulit kakyong sunburn & menggelap. Rindu jua dengan keriuhan PKP (Pusat Kegiatan Pelajar) dan The Mall (khabarnya sekarang di panggil Varsity Mall.. rasa2 nyer lah). Rindu juga dengan team gamelan.. rindu dengan gambang ku yang sudah lama tidak pernah ku pegang.. pandai lagi kah daku bermain gambang.. hihi

Okay, sebelum kakyong share tips belajar yang tidak seberapa ni, ingin dimaklumkan bahawa teknik , taktik & cara belajar boleh diadaptasi & digunapakai oleh sesiapa jua, Cuma tahap ‘penyerapan’ & pemahamana adalah bergantung kepada keupayaan individu sendiri.

1. Membaca sekali lalu topic kuliah untuk esok hari

~ maksudnya, malam sebelum kuliah @ sebelum masuk kuliah, ambillah kesempatan men’go-thru’ tajuk @ subjek yang akan dikuliahkan ‘sekali lalu’.. maksudnya baca saja, faham @ tidak itu belakang cerita. Sebab tujuan membaca adalah untuk member sedikit tapak@asas dalam minda. Bukan untuk mengingat @ memahami secara mendalam. Sekurang-kurang pembacaan sekali lalu ini akan memberi gambaran tentang tajuk kuliah yang akan dikuliahkan oleh pensyarah. Ini adalah lebih baik daripada tidak membuat persediaan @ pembacaan sekali lalu langsung.


2. Mengulangkali nota kuliah hari yang sama selama 5-10 minit untuk setiap subjek

~ Sebaik berakhir harii kuliah, biasa di sebelah petang @ malam. Biasakan diri untuk mengulangkaji @ membaca kembali nota-nota kuliah pagi/petang tadi.. maksudnya nota kuliah hari yang sama mesti diulangkaji pada hari yang sama. Jangan disimpan & tunggu bulan depan baru nak baca & ulangkaji. Sebab nya, bila kita ulangkaji pada hari yang sama, kita akan refresh apa yang pensyarah sebut & jelas dalam kuliah. Insya Allah, apa yang diulangkaji akan disimpan di minda dengan lebih jelas.

Macamana nak urus masa?!! Senang ajer.. tempoh 5-10 minit tak lah panjang mana. Sebaik balik dari lunch.. sementara berehat, selak lah sekejap nota kuliah subjek A. Mungkin juga sewaktu menanti masuk waktu solat, selak lah seketika nota kuliah subjek B. Waktu petang, mungkin ada janji dengan kawan untuk berjogging, sementara menanti kawan datang, selaklah sekejap nota kuliah subjek C. Malam pula mungkin ada mesyuarat dengan persatuan, sementara menunggu semua hadir, selaklah juga nota kuliah subjek D. Sebelum tidur, kalo rasa belum mengantuk & tiada tutorial & ‘assignment’ yang perlu dibuat, selaklah nota kuliah subjek E. Ini semua contoh sahaja okay.. daripada merepek meraban dengan kawan-kawan, baik gunakan 5-10 minit masa terluang dengan mengulangkaji.


3. Membuat peta-minda untuk setiap topik bagi satu2 subjek kuliah.

Setiap kali habis dikuliahkan satu topic, buatlah satu peta-minda. Gunalah kertas A4 & pen berwarna (dolu2 kakyong guna magic kaler). 1 topik 1 peta minda & semua peta minda simpanlah dalam fail khas @ disekalikan dengan nota kuliah. Jangan campur-adukkan dengan subjek lain. Nanti dah nak ulangkaji untuk exam dah letih nak menyusun pulak.

Bila dah ade peta minda, buat lah lagi ulangkaji menyeluruh untuk topic itu. Kenalpasti perkara2 yang tidak difahami. Esok nya berjumpa lah dengan Pensyarah. Kemudian kemaskini kan nota kuliah & peta-minda, jangan tunggu-tunggu esok @ lusa, buat hari itu juga.!!


4. Buat assignment seawal mungkin.

Jangan di perap & dipekasam kan. Tak faham tentang assignment, terus lah berjumpa dengan Pensyarah. Jangan lah jual mahal dengan pensyarah, nanti merana diri.
Jika dipekasamkan, maka di saat akhir, anda juga lah yang rugi bila assignment anda tidak berkualiti & dapat markah pun kurang.

5. Tidur mesti cukup.

Tak usah lah stay-up late.. konon2 nak study.. hampeh, semua tu penipu.. kecuali anda memang orang yg belajar malam.. tapi kalo ikut nasihat Dr Shukhri Abdullah (semasa kakyong ikut program Smart Learning.. 19 tahun yang dulu) tidur awal & cukup adalah penting untuk minda yang cergas. Petua supaya senang nak tidur, minum air milo 1 jam sebelum nak tidur. Tapi setengah orang memang senang tidur, pantang dapat bantal.. terus mengheloh.

6. Minum air masak.

Biasakan membawa 1 botol air masak. Minum air setiap kali habis satu-satu kuliah, untuk segarkan minda! Air adalah oksigen untuk minda. Yer la kadang-kadang kuliah nya berturut2 dan berterusan dari pagi sampai ke tengahari. Jadi bawa lah bekal air masak. Jangan lah malu. Masa zaman kakyong dulu, Chinese student ke sana ke mari mengusung botol mineral water yang besor tu. Ade juga yang bawa botol Tupperware yang besor, sikit pun tak malu.

7. Sangat-sangat disyorkan agar perkara 1,2,3 dibuat dalam kumpulan belajar (study group).. dan kakyong berharap anda tahu akan kebaikan & bagus nya belajar berkumpulan, jadi tak perlulah kakyong huraikan apa itu study group.


Insya Allah, jika anda AMALKAN tips kakyong ini, anda pasti boleh mendapat keputusan CEMERLANG.. PERCAYA lah.. (kakyong ni best student tau..!! pernah dapat 4.0.. u all tak percaya ker..!!)



sumber adalah pengalaman peribadi semata-mata.


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Mac 30, 2009

Buah Tomato



Antara buah dalam kategori sayur yang paling kakyong gemor adalah buah TOMATO. Kakyong suka makan mentah atau pun dicampur dalam masakan. Kalo masak kari atau sambal ikan, mesti nak boh buah tomato.. boleh kata tomato memang selalu dicampur didalam hampir semua masakan (yang biasa di masak ler..), seperti sambal sardin, sayur campur, mee/bihun/keateow/pasta goreng, sandwich dan juga sambal belacan. Dan dalam freeze ia merupakan stok yang sentiasa ada..





Adakah tomata sejenis buah atau sayuran?

Untuk tahu jawapannya boleh refer ke sini.. http://www.sciencebob.com/questions/q-tomato_fruit_vegetable.php

Secara asas nya, jika ia mempunyai biji yang boleh dibuat benih.. maka ia diklasifikasikan sebagai BUAH. Jadi tomata adalah sejenis BUAH. Sebab itu tomato disebut sebagai BUAh tomata. Pernahkah ia disebut sebagai sayur TOMATO. Ummm




Kakyong google dan jumpa macam-macam info pasal buah tomato ni.. Rupanya banyak khasiat buah tomato ni.

Antaranya :

1. hampir 90% kandungan tomato adalah air, jadi ia bersifat duretik dan baik untuk membuang toksin dalam badan.


2. walaupun tomato rasanya masam tetapi ia bersifat alkali, yang mana ia membantu mengimbangi pH ke'nuetral'an di dalam tubuh kita. Pengambilan terlalu banyak makanan yang bersifat asid boleh menyebabkan kita cepat lesu, sakit kepala, sakit sendi, masalah penghadaman, lenguh-lenguh otot ~ ini antara contoh nyer. Sekarang ni di pasaran ada di jual satu termos/bekas air yang boleh menukar air menjadi beralkali, harganya pun boleh tahan juga, lebih kurang RM380++. Namanya Miracle Flusk.. untuk tahu lebih, klick pada perkataan miracle flusk.

so tak yah buang duit beli gadget memahal, jadikan memakan buah tomato sebagai amalan harian.. aci tak... !


3. Buah tomato juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin larut-air yang memang bersifat anti-oksidan. Anti-oksidan ni umpama cat pada besi yang bertujuan untuk melindungi besi daripada berkarat. Jadi tomato boleh jadi bahan pelindung untuk ketahanan badan kita.

maklumat lebih lanjut tentang vitamin C, rujuk di http://ohioline.osu.edu/hyg-fact/5000/5552.html


4. Tomato juga dikatakan amat berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser. Unsur/elemen yang menjadikan buah tomato berwarna merah dikenali sebagai likopen. Likopen ini bila dihadam akan disimpan di hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit. Ia dikatakan dapat membantu untuk membebaskan radikal bebas daripada merosakkan sel-sel tubuh.

untuk baca lebih lanjut tentang likopen, boleh rujuk http://www.lycopene.org/faq.aspx


5. Buah tomato juga boleh digunakan untuk awet muda, iaitu menghaluskan wajah dan menghindari jerawat. Caranya : pilih buah tomato yang dah masak ranum, potong kecil-kecil dan diramas, ambil air nya dan sapu la ke muka. Biarkan kering. Kemudian baru di cuci dengan air suam. Kalo diamalkan selalu, Insya Allah berseri-seri wajah.. Sunshine

6. Boleh juga untuk atasi masalah gusi berdarah dan sakit perut. Caranya : Buah tomata di jadikan minuman harian, sekali sehari... maksudnya minum jus tomato. Blend 1 biji tomato yang sederhana besar, dapat 1/2 gelas pun dah okay, tambah air jadikan segelas. Sebaiknya diminum tanpa gula. Selamat mencuba.


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Mac 28, 2009

Buah Dabai




Semasa tinggal di Sibu, Sarawak.. buah dabai adalah antara buah yang selalu ayahnde beli. Buah ni berwarna ungu pekat, seperti warna anggur hitam. Isinya berwarna kuning & rasanya lemak-lemak gitu.. biji nya keras, tapi bila diketuk isi dalam bijinya boleh dimakan. Kakyong sudah berpuluh tahun.. hampir 20 tahun tidak merasa buah ini.. sungguh-sungguh rindu nak makan buah dabai. Khabarnya buah ini bermusim dan hanya boleh didapati di Sarawak dan Brunei ajer.





Semasa dok google pasal buah dabai ini, terjumpa blog ni yang memberi penerangan yang begitu jelas pasal buah dabai. Untuk tahu camana nak makan buah dabai, boleh tengok kat blog dia ni.

Di laman ini pun ada maklumat tentang buah dabai, klik, komersial dabai


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Mac 16, 2009

Bila hari hujan




best bila hari hujan...
sebab kain baju belum sempat kering
jadi malam ni kurang satu kerja rumah

best bila hari hujan..
boleh bersantai dengan anak-anak
boleh melompat dengan anak-anak di katil

best bila hari hujan..
malam boleh tidur awal sikit
sebab anak-anak asyik nguap jer

best bila hari hujan..
perut asyik lapor jer
macam-macam rasa nak makan..


untuk semua, kakyong belanja ni...



coffee Pictures, Images and Photos

makan sama-sama nyer, jangan rebut-rebut..

Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Mac 08, 2009

Pengunjung setia

Thank You Pictures, Images and Photos

terima kasih Pictures, Images and Photos


Sepatutnya report ini dah keluar awal, tapi sebab kakyong dok sibuk dengan macam-macam.. hihihi.. biasa lah kan.. so asyik ter'postphone' ajer en3 ni.

laporan statistik bulan Februari ~ blog mana yang rajin menjenguk blog Menyibuk ajer.. jatuh kepada (kakyong senaraikan yg ziarah 10 kali & ke atas jer) :

1. Blog wak Albanjari - Albanjari online ~ hit 223
(tapi ni susah nak justify, sebab awal Feb 2009, kakyong beri award pada wak AlBanjari & wak plak telah tayang award tu di blog, termasuk 'memahsyur'kan sekali link ke blog kakyong.. so, takde details, siapa yang dtg dari situ.. apapun terima kasih pada wak, sebab dah beri promosi percuma untuk blog Menyibuk ajer.. pada bulan Feb 2009. & kakyong pun dah minta wak deletekan link ke blog kakyong tu.. tak nak ler orang kata kakyong numpang fofular blog wak)

2
. Uncle Mountdweller ~ hit 22

3. Hijaudamai - Tumbuh pada yang patah ~ hit 22

4. ISA - IkutSukaAku ~ hit 18

5. IbuKauthar@Salwa - Baiti Jannati, Usrati Habibati ~ hit 16

6. Shitsurei shimashita - NagaPerang ~ hit 11

7. kak Maymot - i love u-u love me ~ hit 10

8. Ayuni - Only me can judge myself ~ hit 10

9. kakyong juga menerima kunjungan yang datang melalui cbox/shoutmix ~ hit 40++
(tak dapat nak justify sebab tak tahu siapa.. hihi..)



Apa pun, kakyong mengucapkan terima kasih kepada yang sudi datang ziarah, (walau nama tidak disebut) sudi membaca & memberi komen, di samping ditag & mengetag untuk lebih saling mengenali. Insya Allah, semoga perkenalan ini akan berpanjangan. Sekiranya ada tak puashati @ ada cadangan, sudi-sudi lah kabor kan pada kakyong. Almaklum lah, kakyong ni Ibu yang ber'anak kecil.. jadi, kekadang sibuk dengan anak-anak, jadi tak dapat nak respond dengan segera @ update entry baru setiap hari. Harap sudi difahami.

Thank You




Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Mac 07, 2009

Gatal tangan


Sebenarnya dari semalam lagi dah plan nak buat sedikit modifikasi.. konon-konon nak tukar background layout ajer. Boring lah pulak asyik tengok ikan koi statik tu. Tapi bila selalu rasa macam susah jer nak baca bila background tranparent cam sebelum ni.. so spend la sikit masa untuk cari blogger template yang background putih @ warna patel.

Dah jumpa sebetulnya.. siap dah save & demo kat blog satu lagi.. kakyong ade satu blog ni, blog suka-suka.. blog ni untuk demo template jer.. LOL.. tu ler kita ni tak pakar IT, so terpaksa lah guna cara macam tu.

So pagi tadi, masa anak-anak masih tidur lagi.. start le buat operasi menggodek-godek untuk buat makeover.. tup tup sampai satu tahap.. blog tak boleh nak VIEW. PREVIEW boleh, tapi bila nak view blog tak boleh.. jadi macam 'hang' gitu'. Alamak, camana nak buat.. since anak-anak dah bangun.. so tinggalkan lah kerja make-over ni.. sambil dok selesaikan kerja rumah & layan anak-anak main.. sambil tu dok pikir, camana nak buat.. since lepas tu nak masuk dapur plak.. so terlupa lah kejap.

Lepas zohor tadi.. godek-godek lagi.. try sana, try sini.. akhirnya dapat juga view.. bila cuba nak recall balik.. tak ingat pulak step-step nyer.. yer lah, kejap clik sana. kejap clik sini.. mujur la semalam dah abck up semua widget2 yang nak guna semula... akhirnya selesai juga sesi make-over ni..

tapi tu ler.. makan masa la pulak.. anak dah bising suruh download upin ipin.. Insya Allah, akan kekal lama kot layout yang ini.

Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 23, 2009

Apa kata Tun M : Timah bukan Perak

TIMAH BUKAN PERAK
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 22, 2009 7:42 PM | Permalink | Comments (104) | TrackBacks (0)


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



kakyong :

pun tak sabor juga nak menanti episod drama bila DUN bersidang nanti.. Moga-moga kebenaran akan terselah jua..

apa pun ade saper pernah tengok kapal korek warisan sejarah di Batu Gajah.. kakyong sempat singgah situ semasa dalam perjalanan pulang dari Changkat Tin ke Ipoh beberapa bulan yang lepas.. ishh.. sian nyer tempat tu.. takde saper yang jaga.. terbiar jer.. yang ade.. lembu & anjing2 liar... huhu.. sedih.. setahun lepas masa Tajol pun macam tu juga.. patutnya tempat tu harus dijaga sebagai satu lokasi pelancongan negeri Perak.. hmm.. saper nak jawab ni.. Insya Allah kalo ade kesempatan balik kampung lagi.. kakyong nak singgah lagi, nak amik gambor.. hari tu luper..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Februari 17, 2009

Apa boleh dibuat dengan Belimbing buluh




Semalam kakyong mendapat buahtangan dari jiran sebelah kiri, Mas nama jiran kakyong tu. Tu ler yang dalam foto tu (1) buah limau barli (2) buah nangka (3) belimbing buluh

Limau barli & buah nangka tu dah hampir langsai kami anak-beranak 'mengerjakan' nyer... cuma masalah nyer.. Belimbing buluh ni.. apa nak buat yer..

kalo nak masak lemak kuning dengan ikan.. kakyong tak gemor sangat masakan berlemak ni.. ni fenin dok pikir nak masak @ dibuat apa belimbing buluh ni..

kakyong ingat masa kekecik dulu, opah selalu buat cuci tangan lepas siang ikan.. yer le lepas siang ikan, kan bau nyer hanyir lekat di tangan.. jadi bila cuci dengan belimbing buluh, wangi le semula tangan... maksudnyer hilang le bau hanyir tu..

tapi yang jiran bagi ni muda lagi.. takkan nak buat cuci tangan.. ish ish,...

agak2 ade sesapa yang boleh memberi cadangan tak...






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio