NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label perak news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak news. Papar semua catatan

Sabtu, April 04, 2009

Penyejuk hati Atok & Opah




milik siapa kah si baby comel ini..?

cerita selanjutnya sila refer di blog en Ajijoi..

Foto ini pun kakyong kidnap dari blog beliau..

suka sangat tengok ruper baby yang masih dalam hari ni....




Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.









Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Februari 23, 2009

Apa kata Tun M : Timah bukan Perak

TIMAH BUKAN PERAK
By
Dr. Mahathir Mohamad
on February 22, 2009 7:42 PM | Permalink | Comments (104) | TrackBacks (0)


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



kakyong :

pun tak sabor juga nak menanti episod drama bila DUN bersidang nanti.. Moga-moga kebenaran akan terselah jua..

apa pun ade saper pernah tengok kapal korek warisan sejarah di Batu Gajah.. kakyong sempat singgah situ semasa dalam perjalanan pulang dari Changkat Tin ke Ipoh beberapa bulan yang lepas.. ishh.. sian nyer tempat tu.. takde saper yang jaga.. terbiar jer.. yang ade.. lembu & anjing2 liar... huhu.. sedih.. setahun lepas masa Tajol pun macam tu juga.. patutnya tempat tu harus dijaga sebagai satu lokasi pelancongan negeri Perak.. hmm.. saper nak jawab ni.. Insya Allah kalo ade kesempatan balik kampung lagi.. kakyong nak singgah lagi, nak amik gambor.. hari tu luper..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Februari 22, 2009

Molek gak tolong sebar


Gambor ni kakyong cilok dari blog Manjung Mari


Meh sini reramey tolong ler sesama mewar-warkan maklumat & makluman-makluman..


Tapi sebelum mewar-warkannyer.. molek benor dibaca & difahami dulu..

Sila rujuk kat SINI

Sekian, Shukran jazilan.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, Februari 07, 2009

TAK BERAPA NAK FAHAM

Understand Pictures, Images and Photos



Seingat teman ler, sewaktu barisan PR hendak membentuk kerajaan di Perak pada march 2008.. banyak sungguh halangan & rintangan. Nak angkat sumpah pun amik masa berhari-hari.

Tetapi.. bila barisan Najib merampas Perak & nak membentuk kerajaan.. macam tak nyempat-nyempat.. kelam-kabut.. tau-tau Perak dah ade MB baru..

Pelik jugak teman... masa bulan March 2008.. barisan ADUN BN pulau majlis angkat sumpah... maka angkat sumpah tertangguh.. kali ini barisan ADUN PR pulau majlis angkat sumpah.. tapi majlis tetap berlangsung...

ni yang teman susah nak faham.. mungkin memang teman yang tak ceghodik.... !?





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Februari 05, 2009

Hikmah.. fikir... & sabar..

thinking Pictures, Images and Photos

apa dah jadi ni.... isshhh, susahnyer....


FMA: Thinking is hard Pictures, Images and Photos

apa nak buat yer... susah nya nak pikir... pikir lah lagi.. pikir..


Zolo Thinking Pictures, Images and Photos


angin naik ke kepala dah....

moga-moga ade lah jalan penyelesaian nyer nanti


hikmah Pictures, Images and Photos


luahan penulis akan situasi negeri perak darul ridzuan.. negeri tanah tumpah keringatku..



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Januari 30, 2009

CUTI UMUM DI NEGERI PERAK PADA 3 FEBRUARI

January 29, 2009 ·

IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, Selasa depan sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlanii yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shahpada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati dan menunjukkan kasih sayang rakyat pada Seri Paduka Sultan Perak.

Written by anuarhas · Filed Under Berita Perak, Terkini


Ehsan dari PERAKDAILY.COM

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio