NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Isnin, Julai 23, 2012

Home » , » hari ke 3 Ramadhan 2012

hari ke 3 Ramadhan 2012


Salam bahagia


Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke 3 Ramadhan..




Fikri (6y) - 
berjaya harungi 2 hari puasa sehingga maghrib.. sudah 6y, jadi saya encourage/pujuk juga utk dia bertahan walau dah jam 3/4 ptg dia mengadu lapar.. of course la tak perfect, sbb saya nampak dia cuit air milo aliya, hihiii.. tengok dari segi fizikal tidak lah melepek sangat, tapi dia mengadu 'panas', tak cukup air memang panas lah kan.. saya suruh tidur/rehat.. hmm, takde nya dia nak tidur di siang hari.. masa berbuka makannya sedikit ajer.. sebelum tidur dia makan nasi, tak sampai sesenduk pun.. sebelum jam 9.30 malam dah lelap. 2 hari ni dia kata tak best, sebab ayahnya tak bawa pergi ke masjid untuk terawih. *kesian..

Hari ni Fikri bersahur & berpuasa di rumah opah.. harapnya atok santan bawa Fikri ke surau @ masjid. Kegembiraan meraikan Ramadhan pasti lah lebih gembira untuk anak seusia Fikri. 






Anis (5y) -
1st time training berpuasa tahun ini.. jam 10 pagi dah bolos.. segala makanan yang ade di rumah dia makan.. hari ke2, saya hanya benarkan dia minum jer.. so sesi minum milo sahaja sampai 4 kali sehingga menjelang maghrib.. waktu berbuka, makannya boleh tahan jugak banyaknya.. lapor bebenor gayanya.. sama juga dengan abangnya sebelum jam 9.30 malam dah 'lebuh'. 
Hari ni bangun bersahur dengan ibu.. makannya sikit ajer.. kurma tak mau makan, tak sampai 5 minit lepas makan dia pun sambung tidur.. 
hari ni Anis bercuti, cuti peristiwa.. baru jer tadi ingatkan Anis "hari ni kakak puasa kan.. tak boleh makan , tak boleh minum, tak boleh gaduh" Anis jawab :'bibir kakak kering"... hmmm, ade jer jawapannya.. 

Esok Anis akan sekolah : maka masa bersahur akan berganjak ke jam 7 pagi.. 


Aliya (4y) -
Yang kecik ni memberontak.. tak mau puasa.. 'baby kecik lagi' , 'baby lapar'.. hari kedua, awal pagi saya hanya bancuhkan dia milo.. jam 1 tengahari, dia menangis, 'baby lapar, ibu ni tak sayang baby tak bagi baby makan'.. kesian, 4 kali bertambah nasi (kiranya habis 2 senduk nasi) makan dengan sup... memang lapor bebenor tu.. teruk kan ibu dera baby berlapar. 
hari ni, hari ke3.. sebelum jam 9 ni, dia dah makan.. pasti dia cakap 'hari ni baby nak puasa'.. ibunya jawab 'okay, lepas ni dah tak boleh makan tau".. si Aliya angguk jer.. heheh.. tengok jer lah akal dia.. 


nota :
melatih anak-anak kecil mula berpuasa ni, memang ada pelbagai ragam nya.. ada ibu yang biarkan sahaja dulu, biarkan anak tidak berpuasa dengan alasan anak masih kecil.. tapi pada saya, saya nak anak2 tahu kehadiran Ramadhan, merasai bagaimana rasanya berpuasa, walaupun hanya beberapa jam.. lagipun usia 4-5 tahun adalah sesuai untuk masa latihan berpuasa. Sekurangnya depa tahu, ini bulan Ramadhan, orang Islam tak makan di siang hari, selain tu saya ajar juga anak-anak.. dalam bulan Ramadhan tak boleh bergaduh..

Anis & ALiya lately ni kerap bergaduh.. kadang2 tu sampai main tarik2 rambut.. huhuuu... tensi jer ibunya tengok.. kadang2 dah habis ayat dah nak cakap.. end up "sapa2 gaduh2 tu memang tak sayang ibu kan.. ibu pun tak nak sayang anak2 yang suka bergaduh.." 


salam Ramadhan,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
6 Comments
Comments

6 comments

23 Jul 2012, 9:27:00 PG

Alhamdulillah..samalah kita..kalo en suami shif malam, sahur dgn nurin.1st day Nurin pose 1/2 hari, pukul 1 t/h ayahnya kata dia melepek..bila dipegang kaki/tangan semua dah sejuk2. Risau jadinya, jadi suh dia berbuka.Semalam dah dpt tune, penuh juga akhirnya. Nadhira mmg tak pose..tak smp setengah hari dah menggelupur nak makan..hahaa..Mysara kecik sngt lagi..

23 Jul 2012, 10:53:00 PG

kan kak, biar mereka tahu sekarang ni bulan ramadhan, 3-4 jam je pun takpelah...

tp anak2 yus dah boleh puasa penuh, Abid pun tahun ni dah 2 hari penuh, tahun lepas seminggu pun tak sampai yang penuhlah. Yang lain puasa juga sampai pukul 12. Balik sekolah je makan...hihi

23 Jul 2012, 4:33:00 PTG

Bagus cara ni kakYong, kita melatih mereka untuk berpuasa.
Alah Bisa Tegal Biasa kan :)

26 Jul 2012, 5:08:00 PTG

Baguslah dari kecil dh puasa...saya xpuasa pn lg waktu umur2 diaorg ni..hehe

25 Ogo 2012, 9:48:00 PTG

selamat hari raya kak ...
maaf zahir batin..

lama benar ita tak singgah sini...

30 Ogo 2012, 7:39:00 PTG

Salam Aidilfitri

Catat Ulasan