NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, November 20, 2013

MUDAH NYA BEKERJA DARI RUMAH.. ?!

"Mudahnya bekerja dari rumah. " << ini kata seorang teman yang masih bekerja , masih teragak2 mahu berhenti kerja.

Kelihatannya mudah.. tapi jika tiada komitmen, tiada kerja yang mudah.. kerja sendiri @ bekerja dgn orang @ bekerjaya dgn majikan besar >> semuanya perlukan KOMITMEN, SABAR dan terus MENIMBA ILMU.

"Apa KERJA BISNESS yang boleh dibuat dari rumah ? " <<< tanya seorang teman yang merancang untuk bekerja dari rumah..

Banyak sebenarnya xtvt yang boleh dibuat dari rumah..
ikut apa yang kita suka buat dan boleh buat DUIT dan mendatangkan UNTUNG..
kalo kita SUKA tapi TAK UNTUNG, no point jugak kan..

ini kerja yang saya buat :

  1. jual runcit >> saya beli stok dan jual secara runcit
  2. jadi rakan dropship saya >>> saya buka ruang dan peluang untuk mereka yang ingin berniaga tanpa memegang stok  
  3. mjadi rakan dropship bisness lain >> saya mjual barang kwn/syarikat lain tanpa memegang stok
  4. menjual secara borong >> saya bekerjasama dengan stokist produk2 tertentu, bila ada pesanan/belian borong dari agen @ pelanggan, stokist berkenaan akan membuat penghantaran bagi pihak saya. 
  5. sediakan servis >> saya edit template blog, saya buat watermark, saya bantu update akaun bisness kawan2 dan mengajar membuat akaun.


saya bermula dengan no 5 ..
tetapi income tak menentu dan tak banyak permintaan.. mungkin sebab saya kurang membuat promosi. heheh, kurang tahu bab pemasaran pada masa itu. Namun aktiviti ini masih saya teruskan.

kemudian saya melangkah ke no 3..
ALhamdulillah, secara perlahan saya dapat mengumpul modal. keuntungan dari jualan dropship saya simpan dan kumpul.. dapat lah simpan modal untuk beli borong dan beralih ke aktiviti no 1. aktiviti no 3 ini masih saya teruskan walaupun tidak begitu aktif.

Kemudian, bila untung semakin bertambah, saya ambil sedikit untuk belanja sendiri (mainly untuk anak2) dan selebihnya saya guna untuk tambahkan modal pusingan. Saya akhirnya dapat borong lebih banyak stok, dan saya buka pula aktiviti no 2. 

Aktiviti no 4 pula tercetus bila ada customer yang ingin membeli borong (produk tertentu), dan saya mendapat peluang bekerjasama dengan stokist2 yang berkenaan.

Ini lah yang saya buat sekarang.. 
Alhamdulillah, saya suka dengan kerja yang saya buat sekarang. 
Saya ada beberapa sumber untuk menjana pendapatan.

Semua pun dengan IZIN Allah.. 
Perjalanan saya dalam aktiviti kerja dari rumah ini  masih baru..
saya masih perlu banyak belajar.. saya masih perlu bimbingan..
dan saya juga suka membimbing mereka yang ingin bekerja dari rumah.. 





ini antara produk jualan saya - ready stok
saya menjual secara runcit
dan juga membuka peluang 
untuk yang berminat menjadi rakan dropship KYS 

KYS = Kakyong shoppe


salam qaseh sayang,







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, November 15, 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan 2013

Salam bahagia dan salam qaseh sayang,

Cuti sekolah telah bermula..

Apa agaknya agenda dan program cuti panjang ni..?

Saya plan mengisi masa2 bermain dengan anak2 sambil belajar..

Sekarang ini sedang menanti stok wall sticker blackboard ini sampai ke tangan.. tak sabar rasanya nak beraktiviti dengan anak2..

Selain itu, merancang juga utk mjayakan projek buku hijau dgn anak2.. konon2 nya nak bercucuk tanam dgn anak2... hehehe., ibunya bukan kaki menanam pun, cuma akhir2 ini rasa nak bercucuk tanam tu datang bertandang..

Lama blog ini sepi.. moga2 ada kerajinan untuk terus update blog..

Iklan : ada kah anda tahu Qaseh gold ?


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Oktober 15, 2013

Eidul adha @ hari raya haji 2013




 


Salam aidil adha buat semua. 
Buat yang mjalani ibadah korban.. 
Selamat berkorban, semoga diterima Allah..

Sudah 2 tahun, kami menyambut aidil adha di rumah sini jer..
Tak balik ke Ulu Kinta tahun ni..
Pagi2 anak2 sudah mengikut ayahnya ke masjid kg sebelah..
Tahun ini en suami membantu kerja2 melapah daging korban..

Sya tak ikut, di rumah jer..
Jap lagi nak ke rumah makbonda..
Pertama kali raya haji tanpa ayahnde...



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Selasa, Julai 09, 2013

Salam Ramadhan 1434H





Salam bahagia,

Ramadhan datang lagi.. 
Mohon ampun dan maaf
biar lama tidak update blog
kakyong masih aktif di FB
sibuk meniaga online
bukan melupakan rakan blog
hanya masa menjadi kekangan
namun kita tetap boleh terus bersilaturrahim
buat yang ada FB, 
jemput lah pm kakyong bila2 masa.. :)

Semoga Ramadhan ini
kita dapat perbaiki apa yang kurang

tahun ini cabaran berbeza
anak2 semua sudah bersekolah
tahun lepas hanya fikri berjaya habiskan puasa sepanjang hari
tahun ini adalah tahun latihan untuk anis dan aliya
dan tahun latihan yang lebih serius untuk fikri


selamat buat semua..
terima kasih atas ingatan
teman2 blogger yang masih menegur dan pm di FB

Jemput lah singgah ke Kakyong's Shoppe
sepanjang Julai dan Ramadhan ini, kami mjalankan jualan amal
sebahagian besar keuntungan akan disalurkan ke tabung Haryani


salam kasih sayang,




Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, April 18, 2013

Pemenang gyro bowl dan hadiah misteri



Salam bahagia,

Maaf sebab setahun lebih saya perap giveaway ini... sampaikan ada kawan blogger yang dulu belum pregnant, tapi sekarang dah bersalin pun..


saya guna random.or jer.. tetapi saya RUN random sehingga 3 kali.. dan sekali RUN saya ambil 10 nombor.. jadi dari 30 nombor, saya pilih nombor yang banyak sekali 'timbul'..


Nombor bagi setiap peserta boleh rujuk di entry INI.


Jadi yang berjaya @ bertuah itu adalah :

no. 7 
hadiahnya gyro bowl

no.12
hadiah misteri


Tahniah yer..

sila hubungi kakyong di email kakyongshoppe@gmail.com atau PM terus ke FB Kakyong Habibah Yahya.

tiada limit masa untuk penebusan hadiah.
lebih cepat adalah lebih baik.


p.s ada 1 lagi contest yang saya belum selesaikan. harapnya saya dapat selesaikan contest itu dulu sebelum berfikir untuk ON yang baru.. ura2 nak berkongsi contest/giveaway dengan Ummi Hanie.. 



jemput singgah ke Kakyong's shoppe



  • menjual aneka tepung segera - tepung magik, cheezy sauce dan tepung kek segera
  • menjual produk kesihatan - habbatus sauda dan Qaseh Gold



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Sabtu, April 13, 2013

Menyental baju uniform sekolah anak dengan sabun kilat





saya menyental baju uniform sekolah anak-anak dengan sabun ini.. 

1 ketul boleh guna dalam 1 minggu. 1 paket ada 6 ketul, boleh guna selama 6 minggu. 1 paket harga rm3.20, murah dan jimat kan.





Setiap hari saya menyental @ cuci tangan baju sekolah anak-anak. Baju melayu Fikri untuk sekolah agama rakyat memang perlu saya cuci setiap hari, kerana baju ada sepasang sahaja.

Baju uniform putih sekolah kebangsaan dipakai selang sehari - Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Selasa dan Khamis Fikri pakai baju sukan berwarna biru.. maka tidak perlu sangat menyental.

Baju uniform dan baju sukan Pra-sekolah kepunyaan Anis berwarna biru, kerja mencuci sedikit mudah walau masih mencuci tangan.

Baju uniform tadika Islam kepunyaan Aliya berwarna ungu, juga tidak perlu susah-susah menyental. 

Kebiasaannya saya akan terus mencuci uniform anak2 di sebelah petang atau malam. Jika keletihan amat baru saya mencuci keesokkan hari nya.



Setokin anak-anak hanya ada 6 pasang, jadi saya perlu menyental setiap hari.. tak boleh miss. Balik sahaja dari sekolah, saya sudah arahkan anak2 masukkan terus ke bakul, saya akan cuba cuci secepatnya sebelum malam hari. Kadang2 hari mendung belah siang, setokin tak sempat kering.


btw, saya sebenarnya cuma nak beritahu, sabun kilat ni banyak membantu saya.. kotoran degil mudah hilang.. dan tangan saya juga tidak mengelupas atau 'sakit' kerana sabun.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, April 12, 2013

Mengundi di mana?


Salam kasih sayang,


Saya sudah semak?

anda sudah?

jangan lupa semak di website SPR.

jangan lupa tarikh 5 Mei 2013







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Mac 21, 2013

4 bulan tidak berupdate..


Salam kasih sayang,


Sudah lebih 4 bulan, blog ini tiada update.. sunyi sepi..

puan blog tidak lah menyepi.. sibuk saban hari dengan kerja-kerja di rumah yang tidak berkesudahan dan urusan bisness kecilan. 

memang sudah menyimpan azam.. mulai awal tahun 2013, mahu terus menulis dan bercerita hal anak-anak dan kerja yang sedang diusahakan.. namun 'passion' untuk menulis selalu sahaja pudar.. buka sahaja dashboard, rasa blank.. "kosong, kosong, kosong.. "

namun bila 3 bulan di tahun 2013 sudah hampir berlalu, mula rasa meronta2 nak update blog.. ruginya kerana banyak alkesah tahun lalu dan beberapa kesah susah payah mengharung pengalaman baru berniaga online, gagal di catat.. maka ia berlalu tanpa dapat diimbas lagi.. sayang kan.. 



ini gambar pada awal tahun 2013.. kek choc moist yang diadun oleh adik.. guna tepung kek segera jer..


Buat masa ini, jadual seharian memang sibuk.. walaupun ketiga-tiga anakanda sudah bersekolah, tiada gangguan, tetapi ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan.. kadang2 berlari2 nak siapkan satu-satu kerja rumah.. kerana kerja bisness pulak menunggu..


Insya Allah, nanti kita sambung lagi cerita.. penulisan kali ini memang tidak mengharap apa2 komen ataupun dibaca oleh teman2 blog.. cukuplah untuk kenangan dan rujukan sendiri di masa akan datang..

Sejak tidak aktif berblog, akaun Nuffnang, Churp2 dan iklan2 yang lain, saya pun sudah tidak ambil port.. hari2 hanya fikir bagaimana nak UP kan lagi jualan, bagaimana nak kembangkan lagi bisness, produk apa lagi yang mahu dijual.. 


#maaf jika kakyong sudah tidak blogwalking ke blog kawan2.. belum punya kesempatan lagi.. 



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio