NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label Fikri dan PRA-sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikri dan PRA-sekolah. Papar semua catatan

Khamis, Januari 05, 2012

Fikri di hari pertama PRA



Salam bahagia,




Pukul 7 pagi.. dah siap ready nak pergi sekolah dah.. sempat sarapan nasi lemak sebungkus (50sen punya). Fikri pakai kopiah, sebab dah terbiasa masa taski. Dia tanggalkan lepas opahnya tegur. Ibu malas nak tegur, kalo dia nak pakai pun, apa salahnya.



Fikri masih amik tempat yang sama masa di hari transisi lepas.. kawan Fikri tu pakai baju yang tahun lepas.. mungkin akak atau abangnya yang punya kot.. kan main kuning & merah lagi kaler nya..



Ni gaya orang seronok lepas balik sekolah.. Rupanya kena tight-in baju tu.. hehehhe, mana lah ibu tahu.. Uniform ni kena pakai berselang hari.. Isnin pakai uniform, hari selasa baju sukan, begitulah berselang-seli..


Ibu tanya : "Abang belajar apa kat sekolah"
FIkri : "hari ni mewarna, Abang kaler cantik-cantik. takde keluar garisan"
Ibu : "cikgu abang baik ker?"
Fikri : "cikgu yang lelaki garang. dia marah kawan abang sebab kaler sampai kena garisan"
 Guru kelas Fikri namanya cikgu Khusairi.. putih melepak orangnya.. pembantunya nama Ida.
Ibu : "cikgu ajar apa lagi?"
Fikri : "cikgu ajar menyanyi."
Ibu : "abang nyanyi lah ibu nak dengar"
Fikri : garu kepala .... "erkkk.. errrr.. ntah tak ingat lah"
Ibu : "kat sekolah ada makan tak"
Fikri : "takde. tapi cikgu bagi mee goreng" hahhaaa... apa kes la Fikri ni..mee goreng tu makanan lah..


Alhamdulillah, kali ini memang okay.. dan aktiviti di sekolah pun lebih kurang sama apa yg dia buat di rumah semasa cuti sekolah yang lalu. 



Pagi semalam saya pergi dengan Fikri jer, tumpang kereta adik ipar yang nak pergi kerja. Lepas habis jumpa cikgu dan pembantu kelas Fikri dan serahkan semua dokumen yang perlu di isi.. saya pun balik.. balik jalan kaki ja.. tak lah jauh sangat sekolah tu dengan pasar tempat en ayah meniaga.



jalan nak menghala balik.. menuju ke arah pejabat pos Ulu Kinta dan pasar MARA


jalan nak menghala ke sekolah.. alahai.. lupa nak snap gambor bangunan sekolah.. 





berjalan tak sampai 10 minit pun dah sampai ke pasar.. orang kata tak sempat nak basah ketiak pun.. saya agak dalam 100 langkah mungkin.. hehehhe... sampai kat pasar, en ayah antor saya balik ke rumah opah santan naik motor..


Kami dok lepak di rumah opahsantan sehingga jam 3++ petang. Sampai rumah dah jam 4 petang. Mati akal saya kalo dok lelama kat rumah opahsantan.. dah le tak leh online.. walaupun ade AStro, tapi terpaksa follow channel yang depa suka nak tengok.. Tapi yang bestnya saya sempat tengok episod pertama drama Bicara hati.



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Disember 30, 2011

Anak-anak bersuka-ria di program transisi PRA-sekolah



Salam bahagia,

Ni program pagi semalam. Alhamdulillah Fikri diterima untuk mengikuti PRA-sekolah di SKPPH, Ulu Kinta.



Fikri excited sangat sebab dah lama bercuti & tak sabar-sabar nak pergi sekolah.. dan anak dara 2 orang ni, memula ingat nak tinggalkan jer kat rumah opahnya.. tapi depa merengek nak ikut.. lagipun memang dah bersiap pun..


Excited sebab jumpa lagi kawan yang sama-sama belajar di taski ABIM



Fikri kata " sekolah ni cantik.. abang suka sekolah ni, abang nak sekolah sini lah."  Alhamdulillah, first impression Fikri yang positif. Budak yang baju merah tu kawan dia masa di taski ABIM. 




Anis dan Aliya pulak tak lepaskan peluang untuk mencuba semua permainan yang ada di playground sekolah, hanya untuk PRA-sekolah ajer. 





Both side bangunan untuk PRA-sekolah ada playground. Sementara nak menunggu taklimat dimulakan, layan jer lah anak dara 2 orang nih... Fikri dah masuk dalam kelas, dah disediakan aktiviti untuk pelajar.



Sebaik habis jer taklimat untuk ibubapa.. aktiviti anak-anak pun selesai.. seronok benor si Fikri.. cikgu bagi jajan sorang satu...


Ini lah uniform PRA-sekolah Fikri.. nampak gaya dah tak sabor-sabor dah abang Fikri nak pergi sekolah.



Agak leceh sebenarnya bila kena angkut 2-2 anak dara ni ikut sekali.. macam-macam karenah depa berdua nih. Belum pun mula taklimat, anak dara berdua ni dah ajak balik.. lepas tu merengek lapor lah pulak. Masa kat rumah tak nak makan. Pergi beli mee & bihun dikantin, amik sikit jer pun, setengah senduk jer dan 1 biji telur mata kerbau (kecik jer telurnya, gred D kot).. & air milo panas, mahal kan main.. sampai RM3.20.. erkk, bayor jer lah sebab anak-anak dah lapor kan.. kantin sekolah pun nak cekik darah, apa daaa..


itulah kesah semalam, sampai tak sempat nak BW pun semalam, sebab balik dari Ulu Kinta pun dah hampir jam 4 petang, dan saya pulak tetiba jadi dedor-dedor.. layan badan lah dulu.

Malamnya, anak-anak 3 orang ni pulak demam, fuuhh.. tak leh nak tidur lelap dibuatnya.. sedor-sedor dah jam 7.. errkk.. adooii... pastu pagi-pagi tadi kelam-kabut siapkan karangan (antara kerja part time).. mujur lah dah sempat dihantor ke tuannya. Malam tadi en ayah tanya, "sempat ke nak siapkan? dah tu bila nak antor?" hehehhe... "teknologi suamiku, antor guna email la..."



Salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio