NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Khamis, Januari 05, 2012

Home » , , , » Fikri di hari pertama PRA

Fikri di hari pertama PRA



Salam bahagia,




Pukul 7 pagi.. dah siap ready nak pergi sekolah dah.. sempat sarapan nasi lemak sebungkus (50sen punya). Fikri pakai kopiah, sebab dah terbiasa masa taski. Dia tanggalkan lepas opahnya tegur. Ibu malas nak tegur, kalo dia nak pakai pun, apa salahnya.



Fikri masih amik tempat yang sama masa di hari transisi lepas.. kawan Fikri tu pakai baju yang tahun lepas.. mungkin akak atau abangnya yang punya kot.. kan main kuning & merah lagi kaler nya..



Ni gaya orang seronok lepas balik sekolah.. Rupanya kena tight-in baju tu.. hehehhe, mana lah ibu tahu.. Uniform ni kena pakai berselang hari.. Isnin pakai uniform, hari selasa baju sukan, begitulah berselang-seli..


Ibu tanya : "Abang belajar apa kat sekolah"
FIkri : "hari ni mewarna, Abang kaler cantik-cantik. takde keluar garisan"
Ibu : "cikgu abang baik ker?"
Fikri : "cikgu yang lelaki garang. dia marah kawan abang sebab kaler sampai kena garisan"
 Guru kelas Fikri namanya cikgu Khusairi.. putih melepak orangnya.. pembantunya nama Ida.
Ibu : "cikgu ajar apa lagi?"
Fikri : "cikgu ajar menyanyi."
Ibu : "abang nyanyi lah ibu nak dengar"
Fikri : garu kepala .... "erkkk.. errrr.. ntah tak ingat lah"
Ibu : "kat sekolah ada makan tak"
Fikri : "takde. tapi cikgu bagi mee goreng" hahhaaa... apa kes la Fikri ni..mee goreng tu makanan lah..


Alhamdulillah, kali ini memang okay.. dan aktiviti di sekolah pun lebih kurang sama apa yg dia buat di rumah semasa cuti sekolah yang lalu. 



Pagi semalam saya pergi dengan Fikri jer, tumpang kereta adik ipar yang nak pergi kerja. Lepas habis jumpa cikgu dan pembantu kelas Fikri dan serahkan semua dokumen yang perlu di isi.. saya pun balik.. balik jalan kaki ja.. tak lah jauh sangat sekolah tu dengan pasar tempat en ayah meniaga.



jalan nak menghala balik.. menuju ke arah pejabat pos Ulu Kinta dan pasar MARA


jalan nak menghala ke sekolah.. alahai.. lupa nak snap gambor bangunan sekolah.. 





berjalan tak sampai 10 minit pun dah sampai ke pasar.. orang kata tak sempat nak basah ketiak pun.. saya agak dalam 100 langkah mungkin.. hehehhe... sampai kat pasar, en ayah antor saya balik ke rumah opah santan naik motor..


Kami dok lepak di rumah opahsantan sehingga jam 3++ petang. Sampai rumah dah jam 4 petang. Mati akal saya kalo dok lelama kat rumah opahsantan.. dah le tak leh online.. walaupun ade AStro, tapi terpaksa follow channel yang depa suka nak tengok.. Tapi yang bestnya saya sempat tengok episod pertama drama Bicara hati.



salam kasih sayang,
.

Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
9 Comments
Comments

9 comments

5 Jan 2012, 4:02:00 PTG

sekolah pra ni tak semua sekolah baju sama ya kakyong. Kalau kat sini biru kuning...hehe

seronok fikri pergi sekolah ya, baguslah tu kak...

5 Jan 2012, 4:23:00 PTG

waaahh...abg fikri seronok kat sekolah baru yer..bagus la mcm tur..saya rasa pada masa ni dah nampak dah hasil keja kuat kak yong bg kelas tuition sejak bbrp bulan sudah..tahniah & keep it up kak yong!!

5 Jan 2012, 6:51:00 PTG

Bagus Fikri! Seronok nampaknya dia sekolah.
Hafizan tak masuk pra, kami kekalkan dia kat Pasti juga. :)

5 Jan 2012, 10:28:00 PTG

Tahniah.. best laa Fikri.. dah dapat uniform.. Syahid tak dapat lagi uniform.. pakai t-shirt putih n seluar track jer dulu.. selamat maju jaya..;)

5 Jan 2012, 11:14:00 PTG

dah selamat la tu
nampak gaya abang fikri suka dengan suasana baru tu

5 Jan 2012, 11:46:00 PTG

hehe fikri cool jer,suka tgok budak2 yg baru mula sekolah nie..pakai kopiah tu comel apa..:)

info yg sy baca,budak tadikan pra ni ssh nak mengingat apa yg mereka belajar disekolah,ibu bapa sebaiknya tanya tentang pngalaman n apa yg mereka buat disekolah..

tp sy pun suka tanya aiman belajar apa kt sekolah?haha dah terbiasa kan..

6 Jan 2012, 1:16:00 PG

comel je fikri pakai kopiah, apa salahnya kalau dia suka pakai kan..

ada entri pasal kakyong..ngee..

http://www.ceritaindahkami.com/2012/01/belle-of-december.html

6 Jan 2012, 5:01:00 PTG

gud boy fikri.. sonok dia gi skool.. :)

9 Jan 2012, 5:20:00 PTG

amboi cntiknye..uniform fikri ;)

Catat Ulasan