NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Januari 25, 2012

Home » , » Sup kentang & cendawan

Sup kentang & cendawan



Salam bahagia..


4 hari tak update blog.. BW pun tak.. bukan malas.. tapi sibuk dengan men'tuisyen'kan orang nak exam.. dan sibuk buat kerja offline.. . hihihikkk..  masih adap lappy, tapi tak leh nak online pun.. sebab kerja ni kena fokus.. hari ni pun ada lagi kerja yang tak siap.

Plan asalnya cuti CNY saya ingat nak buat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah.. ajar Matematik dan Bahasa Inggeris.. tapi, kerja yang ditangan pun masih banyak.. susah pulak nak uruskan masa.. jadi settle kan dulu kerja yang ada ni.. pasni baru start dengan kelas tuisyen budak sekolah rendah pulak. 


Okay, hari ni just nak buat entry pendek jer.. jom masak sup kentang & cendawan.. actually nak buat sup kentang & tomato macam kat blog kak NZA.. tapi buah tomato dah habis stok.. jadi berinspirasikan resepi dari blog kak NZA, terhasil lah sup kentang & cendawan




Bahan-bahan :


  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji kentang 
  • 1 paket cendawan tiram (cendawan ni jer yang ada), kalau nak guna cendawan lain pun boleh
  • sedikit ikan bilis (sebagai perisa @ penyedap) - option tak mau pun boleh
  • garam secukup rasa
  • daun sup 
  • susu segar 

bahan-bahan ni cukup untuk 2-3 orang makan sampai kenyang..




Cara masak :

  • tumis bawang, kentang & ikan bilis, masak sehingga kentang  masak
  • kemudian masukkan cendawan, masak hingga cendawan cukup masak
  • biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam blender dengan susu 1 cawan, kisar halus
  • kemudian, panaskan semula atas dapur.. jika nak cair, masukkan lebih susu, jika tak suka susu banyak, boleh tambah air masak. masak kan sekejap jer.. dalam 2-3 minit gitu..





Ini lah hasilnya... sedap dimakan dengan roti, roti bakar.. kalo nak feeling-feeling makan kat restoren hebat, boleh makan dengan roti perancis.. 


Anak-anak tanya, "ibu, ibu masak apa ni?"
Ibu : "sup macam kat pizza tu.." 
Anak-anak : "Sup pizza tu sedap ke ibu?"
Ibu : "Ibu masak lagi sedap.." 

hehehhe, macam lah anak-anak pernah sup kat pizza.. selama ni makan pizza pun sebab besday party sepupu-sepupu depa.. mana ada sup.


Sup ni ALiya jer yang suka.. Anis buat-buat tak nampak.. Fikri pun sama.. 


Selamat mencuba..


p/s
Insya Allah, bila ada kelapangan nanti, kakyong akan BW pelan2..


salam kasih sayang,


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
16 Comments
Comments

16 comments

25 Jan 2012, 1:05:00 PTG

sedaptu... memang kegemaran kalau nak hirup2tu....

25 Jan 2012, 1:11:00 PTG

sedapnya kak yong.. izan bercadang nak buat, tak terbuat2 lagi... sedap tu cicah roti kan!

25 Jan 2012, 4:35:00 PTG

nampak sedap kakyong, nanti nak cuba juga lah...

25 Jan 2012, 6:36:00 PTG

uii sedap..bley try buat gak nti.

klu sup pizza tu en suami dan aiman mmg suka.tp sup nie takde rasa macam mushoom soup kt pizza kan sbb takde mushroom.hehe..

25 Jan 2012, 8:57:00 PTG

Shinta suka makan sup kat pizza. nak beli cream of mushroom mahal.. setin RM4-5 dah tu sekali masak je. memang teringin nak belajar masak sup ni.. mujur kakyong publish hehehe.. tima kasih!

rupanya senang je buat sup tu yer.. okeh. malam ni juga aku try..tapi eh! susu segar takde!!

26 Jan 2012, 8:04:00 PG

sedap .. saya suka tu kakyong , kalau dekat kompom hantar anak tuisyen dengan kakyong hehee

26 Jan 2012, 10:28:00 PG

sedap betul bila baca resipi dia..kalo buat pasti lg sedap ;) nnt nak cuba resepi kakyong nih..

26 Jan 2012, 11:53:00 PTG

@Cho Zila kalo nak diet.. jangan letak kentang.. letak batang saderi sbb dia byk serat.. ;)

26 Jan 2012, 11:54:00 PTG

@Izan Ishak memang sedap cicah dgn roti.. x sempat nak buat roti bakar pun.. celup cam tu jer.. hihiii

26 Jan 2012, 11:55:00 PTG

@~ yus ~ memang sedap Yus.. kalo anak2 suka layan.. buat sendiri jer.. Yus kena tambah sukatan bahan lah yer.. anak2 ramai... ;)

26 Jan 2012, 11:56:00 PTG

@Puan Kutu ada la sikit2 rasa cendawan.. sbb guna cendawan tiram.. tp memang lain la dr yg pizza.. sbb depa letak byk msg & lada sulah.. yg ni free lada sulah.. ;)

26 Jan 2012, 11:57:00 PTG

@Nong Andy susu segar tu utk memekat kan lagi rasa lemak berkrim.. boh air biasa pun boleh.. tp kalo nak lebih kick memang kena letak susu.. susu cair pun boleh.. tp kakyong prefer susu segar..

27 Jan 2012, 12:01:00 PG

@puanbee untuk Bee kena kurangkan kentang.. tp sesekala makan kentang okay.. sbb kental utk kentalkan/padatkan otot2.. mcm kakyong ni la, suka makan kentang.. bdn berat terlebih KG, tp org tak nampak gemuk.. ;)

heheh.. belum sempat lagi nak buat tuisyen utk budak2 Bee..

27 Jan 2012, 8:33:00 PG

@ibu MZW @ farah idayuInsya Allah.. sila lah cuba.. ;)

28 Jan 2012, 9:22:00 PTG

hari tu saya pun hentam cendawan ni kak yong..hangen sngt cari cendawan hak bulat tu payah benor..hahaa..kalo ada daun saderi & carrot pun boleh tambah kak yong...terliur pulak rassa..

30 Jan 2012, 2:45:00 PTG

@MamaYatie daun sup tu daun saderi la yatie.. tp kalo ade btg saderi lagi best.. :)

a'a, kalo kat kedai2 runcit ni payah nak jumpa cendawan butang.. cendawan tiram jer lah yg mudah & murah.. tp kena tgk s/ada masih fresh lagi ke tak..

Catat Ulasan