Salam bahagia,
4 Jan 2012, uruskan abang Fikri hari pertama Pra di Ulu Kinta.. 5 Jan 2012, baru dapat uruskan tadika untuk Anis pulak. Sian Anis, lewat 1 hari masuk tadika.
Alhamdulillah, Anis dapat juga masuk ke tadika perpaduan di taman sebelah, dekat lah dengan rumah opah dan atok nasi lemak.
Sebelum jam 7 pagi tu saya dah kejutkan dia.. tapi pukul 7.15 baru mandi.. itu pun dia dok terketar-ketar.. sejuk.. dah siap pakai baju.. dia pakat sambung tidur/baring depan tv pulak..
kat sekolah ni.. tengok dia pegang bot.. cikgu buatkan.. masa ni saya sedang siapkan isi semua borang.. malas nak ulang-alik 2-3 kali., jadi saya isi semua, lagipun surat beranak memang dah dibuat salinan, gambar pun dah disiapkan.
Untuk kelas 5 tahun ni, memang ramai juga anak murid nya.. lebih 20 orang.. yang dalam gambar ni baru separuh.. ada separuh lagi yang cikgu & pembantunya dok ligan soh dok depan nih... memang maca-macam telatah budak-budak ni.. mana yang aktif tu, memang buat tak tahu jer apa yang cikgu cakap.. sibuk dok selongkar mainan, ada yang menyorok di balik kabinet/rak buku.. yang menangis tu biasa lah. Di mana-mana tadika pun, yang kerap menangis adalah budak lelaki.. fenomena biasa.. budak perempuan jugak yang cool & berani.
Anis pulak, Alhamdulillah.. dia tak buat
perangai macam Fikri dulu.. bila saya sudah selesai isi semua borang dan dokumen, saya beritahu Anis..
Ibu : "Ibu nak balik ni, nanti lepas sekolah atok datang amik tau"
Anis : angguk jer
Ibu : "kakak dengar cakap cikgu tau!"
Anis : angguk lagi
Saya terus jer keluor dari kelas dia.. tak toleh belakang dah pun..
MInggu ni waktu sekolah hingga jam 11 pagi jer.. atoknya lewat sebab ada urusan, jadi pakcik Zan yang tolong amikkan Anis.. Saya masa tu tak terus balik rumah pun, dok lepak kat rumah makbonda. Jam 11 tu Anis balik, senyum lebor dia.. suka lah tu.
Ibu : "seronok ke sekolah kakak"
Anis : senyum senyum.. "seronok.."
Ibu : "cikgu ajar apa hari ni"
Anis : "cikgu buat bot.. pastu kakak kaler bulat-bulat.. cikgu ajar nyanyi dengan kawan-kawan.. kakak main permainan" (kat tadika tu memang ada set playground)
Alhamdulillah, harap-harap nya Anis dapat belajar bergaul dan catch-up kenal huruf dan nombor. selebihnya memang saya akan follow up dengan aktiviti belajar di rumah.
Yuran untuk tadika perpaduan: pendaftaran (termasuk buku, uniform dan baju sukan) = RM160. Yuran bulanan RM10 jer. Makanan disediakan. Waktu belajar : 8 pagi - 12 tengahari.
p/s
hari ni ade budak kecik yang bosan dok rumah sensorang... esok lah sambung citer pasal budak kecik ni..
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : Anis dan tadika perpaduan,
kesah anak-anak,
pendidikan awal anak