NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Januari 11, 2012

Home » , » Kayuh laju-laju cepat sampai sekolah

Kayuh laju-laju cepat sampai sekolah



Salam bahagia,



Ini lah dia kuda besi biru tunggangan untuk ibu hantar kakak Anis ke sekolah.. Hampir 5 tahun tak kayuh basikal.. masa mengandungkan Fikri dulu ada juga nak bawa, tapi senak perut rasa macam nak jatuh je isi dalam perut, dan sejak itu 'pencen' naik basikal. winking



Semalam dah memulakan tunggangan. Aliya pun nak ikut sama.. selalunya dia tidur lagi, tapi semangat nak naik basikal baru ibu ni.. jenuh juga mengayuh dari rumah kami ke rumah opah nasi lemak. Sampai rumah opah pun dah 7.50 am, lepas amik naget 2 ketul untuk Anis.. maktam pun tolong hantarkan Anis naik skuter.. tapi ibu nya menyusul juga lah dengan basikal. Ibu nya sampai ke sekolah pun dah pukul 8 pagi, cikgu dah mula bunyikan lagu NegaraKu.





si Aliya.. sibuk nak ngikut.. posing-posing depan sekolah kakak.. dia sibuk sangat  nak minta sekolah : "baby pun nak sekolah sini jugak"



ni pulak time tengahari.. plan nak tinggalkan Aliya di rumah opah.. lagipun seat belakang tu memang tak muat  untuk 2 orang. Saya sebenarnya awal-awal dah beritahu en ayah, saya nak basikal yg KUAT dan SEAT belakang yang lebar & panjang.  SEAT belakang tu penting sebab dah pasti 2 orang anak dara ni tak leh nak ditinggalkan.



Disebabkan Aliya tak nak ditinggalkan kat rumah OPah.. terpaksa lah opah join sekali amik kakak.. kakak pilih nak naik dengan opah.. "tak 'muhat' (muat) naik basikal ibu, nanti jatuh" tongue



OPah singgah kedai nak beli barang sikit.. si Anis pun sibuk nak beli aiskrim.. tapi pujuk2, kita beli len kali lah.. yang sebetulnya ibu nya tak cukup duit.. len kali kena minta duit belanja dengan en ayah.


Jujur nya : saya memang mengah mengayuh basikal.. 1st time setelah bertahun-tahun kan.. stamina pun kurang.. berpeluh jangan cakap lah.. dah macam marathon je gayanya. Malam tadi  : lutut, peha semua sakit.. siap sapu minyak hangat lagi.. heheh.. ada 10 bulan lagi ni, hari-hari nak kena mengayuh ni.. big grin


Jarak dari rumah kami ke sekolah Anis dalam 10 minit jer.. pergi balik dalam 20 minit gitu. Hari ni saya keluar rumah jam 7.40 pagi, (Aliya masih tidur, jadi keluor rumah senyap-senyap) singgah rumah makbonda, cekup 2 ketul karipap buat bekal Anis.. pastu hantar Anis terus ke sekolah. Masa di sekolah tu tak tengok jam pun. ANis tetiba buat pe'el 'keras' macam abang Fikri pulak.. Alhamdulillah, ada kawannya datang dan tarik tangan Anis ajak duduk sekali.. kecik jer budak tu.. tapi nampak sangat berdikari.


Nak balik tu kayuh laju-laju.. konon-konon nak cepat sampai ke rumah.. tapi baru halfway dah lenguh kaki..  mengah pun sama.. berhenti jap.. keluarkan kamera, snap gambar langit.. [gambar tu ada kat SINI] sempat lagi tu, ke mana-mana mesti dengan kamera.. hihihikkk.. Then singgah lagi rumah makbonda, ambik 1 bungkus nasi lemak & beberapa ketul karipap (touch n go jer) . Sampai rumah 8.05 minit. Aliya dah bangun rupanya.. tapi dia tak menangis.. cuma tunjuk muka masam.. "kenapa ibu tinggal baby?"


itu lah kisahnya.. agak-agak boleh kurus kan.. rasa nya kena tambahkan stamina dulu.. 


p/s
masa nak habis kan n3 ni. Aliya tengah melalak kat luor.. ajak jenjalan naik basikal.. hmmm anak oh anak..

salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
13 Comments
Comments

13 comments

11 Jan 2012, 11:58:00 PG

wahhh...kakyong! bestnya dapat kayuh basikal laju2. izan pun last mengayuh masa mengandungkan muhaimin...2002. lama tuh.

mmg kalau dah lama tak naik basikal habislah lenguh satu badan. terus rasa kejang2 kaki.

11 Jan 2012, 12:36:00 PTG

Bestnya kak yong kayuh basikal, sambil hantar anak sambil boleh bersenam..

11 Jan 2012, 2:18:00 PTG

Assalamualaikum Kak Yong,

Tu nampak gayanya kena selalu berbasikal, supaya stamina kembali ummphh dan buleh maintain berat badan, atau turunkan berat badan. Bagus tu barbasikal Yong! Dulu masa akak koje, naik mountain-bike gi balik keja, sampai semua org kenal!

11 Jan 2012, 2:32:00 PTG

kiut basikal tu..nostalgia betul..dah lama tak naik basikal...)

11 Jan 2012, 2:40:00 PTG

best tu kkyong .. kayuh beskal bwk anak2 ... hanie pun lame dah pencen kayuh basikal.. si ank ni pulak xmo jalan kaki walaupun taska dekat...ate cmno ummi nye nk exercise sket?

kngn berbasikal zmn anak dara dulu mmg takleh lupe kan ... ;)

11 Jan 2012, 3:58:00 PTG

Ni yang buat eus tingin nk naik basikal ni.......

11 Jan 2012, 4:45:00 PTG

Ya Allah, baru tersedar..dah brapa tahun yer tak kayuh beskal? tak silap kali akhir masa gi bukit cerakah shah alam..7-8 thn dulu..kekee..

bagus gaks ada beskal kan, leh lumba beskal ngan anak2..depa pun dah ada satu sorang...

11 Jan 2012, 5:47:00 PTG

@Izan Ishak kalo ada peluang boleh la mengayuh lagi Izan..

tp kan makbonda kakyong, okay jer kayuh beskal masa pregnantkan adik2 dulu..

kakyong pula yg tak mewarisi kebolehan tu.. *badan manja*

memang pun Izan.. terkejut semua urat2..

11 Jan 2012, 6:28:00 PTG

@Anamarza baru 2 hari, mengah2 dibuatnya.. walhal tak jauh mana pun..

masa muda dulu memang pergi kerja naik beskal.. lebih jauh, 3 kali jaraknya.. tp steady jer..

11 Jan 2012, 6:32:00 PTG

@MOH KEMBARA memang betul kata kak.. harap2 lepas seminggu takde lah mengah & lenguh2 lagi.. hihiii

berat ni memang kena kurangkan sikit kak limah..

11 Jan 2012, 9:19:00 PTG

salam kakyong,
hehehe.. sempat lagi cepuk karipap! argh.. teringin nak makan karipap!

Haku takde beskal. beskal shinta adalah.. tapi kalau haku naik gerenti gedabub hehe

12 Jan 2012, 2:18:00 PTG

@Puan Kutu..

basikal kiut sbb tuan punya nya pun kiut... hihihikkk... *perasan

12 Jan 2012, 2:44:00 PTG

sy pun sama agaknya k.yong.. kalau kayuh basikal sure pancit.. lama x exercise..

Catat Ulasan