Salam bahagia,
Terima kasih buat semua teman, kawan sejak dari sek rendah, kawan semasa di MRSM, kawan semasa di UUM, kawan semasa zaman bekerja, juga kenalan blog dan kawan semasa sudah tidak bekerja sekarang ini. Terima kasih atas ingatan dan doa kalian. Terima kasih pada facebook la kan sebab ade ruang alert birthday tu..
67 friends posted on Kakyong Habibah's timeline for her birthday.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghirup udara segar & nikmat hidup di usia 40's...
Tak boleh nak perasan muda lagi.. heheh...
Harapan saya... mencuba untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin dan melihat anak-anak membesar dengan sihat dan menjadi orang berguna pada bangsa dan negara.
Saya tak boleh nak letakkan diri sama dengan kawan-kawan yang lain.. sebab ramai kawan-kawan saya pada usia saya ni, anak-anak dah berada di sekolah menengah.. tapi saya ni anak baru jer masuk PRA.. belum pun sekolah rendah.. kadang-kadang tak patut kan kita terlalu berharap Allah panjangkan umur kita..
saya hanya manusia biasa.. saya ingin mendidik dan luangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga. Seharusnya saya tidak mensia-sia setiap saat yang ada untuk dihabiskan bersama anak-anak dan keluarga. Saya tidak ingin memikirkan apakah bakal terjadi sekiranya umur saya diambil awal, kerana saya yakin Allah punya perancangan sebaiknya untuk anak-anak. Yang pasti, saya harus risau jika saya tidak mengisi masa yang ada dan tidak mengasuh anak-anak sebaiknya pada usia kecil mereka.
salam kasih sayang & selamat berhari minggu,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : diari SAHM,
usia meningkat tua