Salam bahagia,
hari jumaat lepas, hari kedua ke sekolah... pakai tshirt putih & seluar sukan biru, uniform belum dapat lagi.. tak tau pun warna apa uniformnya, sebab memang tak nampak contoh pun kat sekolahnya
Aliya dengan muka baru bangun tidur.. nak ikut kakak pergi sekolah.. MakTam (adik saya) bawa Aliya hantor kakak pergi sekolah naik skuter..
layan diri tengok CD magic english sensorang... dia tak leh nak fokus pun.. kejap-kejap dia intai luar grill, pastu suruh buka grill, keluor ke laman, tuju ke pintu pagar.. "mana kakak ni? kenapa kakak lambat ni? " Saya tengok jer dari jauh..
tak nak tangkap gambor pun... ni muka tak mandi nih.. salin baju jer.. baju angry bird ni saya beli masa
balik kampung hari tu.. depa singgah kat Sitiawan, di kedai Yang Yang.. murah lah sikit dari yang dijual di Ipoh.
Layan bosan.. dia mewarna gambar naga yang abang Fikri lukis.. tapi tak habis pun dia mewarna... dia buat sekejap.. pastu keluor rumah nak main beskal pulak..
basikal ni dah lama tersadai... saya malas nak betulkan.. tapi hari tu terpaksalah betulkan juga rantai nya & ketatkan skru.. adoooiii , dah la tangan saya ni tak berapa kuat.. tapi boleh lah dia main-main kejap..
hari ni, Aliya bangun jam 8.30 pagi.. dia buat perangai bila tengok kakak dah tak ada kat rumah.. aduhh... lepas pujuk-pujuk, dia kata nak main basikal kat luor jalan pulak.. pagi ni mendung di tempat saya ni.. (mendung tak bererti hujan) boleh lah layan dia main beskal jap.. dia dah siap salin baju.. so kena lah stop di sini dulu..
till then.
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : Aliya,
diari SAHM,
kesah anak-anak