Salam bahagia,
btw, cerita & gambar-gambar kat kampung tu kita cerita esok lah yer..
Untuk anak-anak
- nak pastikan proses belajar di rumah terus ON
- nak tambah ilmu dan mencari lebih banyak alat bantu belajar untuk anak-anak
- nak pastikan Anis celik huruf dan nombor.. tahun ni Anis dah masuk tadika
- nak pastikan Aliya juga celik nombor.. selalu tu bila mengira asyik melompat2 jer nombor yang disebut
- pastikan Fikri boleh membaca dengan lancar, tanpa perlu mengeja
- pastikan Fikri boleh membaca English pula..
- pastikan Fikri mahir sifir menambah & menolak .. pada umur 5 tahun dah boleh faham aktiviti penambahan nombor.. cuma menolak tu jer yang dia lambat nak pick up
- pastikan kemahiran motor halus Anis bertambah baik..
- nak mengasah bakat bercerita pada Anis.. saya baru perasan kemampuan ANis ni, sebab dia boleh ingat setiap patah ayat yang saya bacakan dari buku cerita yang simple-simple. Dia tak kenal huruf, tapi ingatan dia kuat.
- nak mulakan ajar anak-anak mengaji, sebelum ni On & off jer.. jadi tahun ni kena buat on daily basis
- nak pastikan Fikri boleh membaca & menghafal beberapa bacaan penting dalam solat, dah 6 tahun kan, jadi harus dah mula
fuuuhh.. banyak dah saya listkan ni azam saya untuk anak-anak ni.. cukup lah sehingga takat ini.. saya harap ianya semua dalam kemampuan saya
Untuk diri sendiri
- mahu meningkatkan ilmu dan kefahaman agama.. sebelum ni selalu dengor di TV.. program tanyalah ustaz, tanyalah ustazah.. tahun ni nak cuba attend majlis ilmu samada di surau, mahupun ditempat2 yang berdekatan kawasan rumah.. (yang senang saya nak pergi dan boleh angkut anak-anak sekali)
- nak mencari lebih ruang dan peluang untuk tambah pendapatan.. selain cuba cari duit online, saya juga amik upah menaip dan menjahit cross-stitch, cuma belum plan untuk buat tuisyen sebab ruang masa agak terhad.
- penampilan : hahah.. yang ni saya kurang amik port sangat.. cuma harap-harap tahun ni dapat belikan untuk diri sendiri beberapa helai blaus muslimah, dan tshirt untuk basahan harian. Tshirt semua dah lusuh.
- yang penting sekali, belajar menguruskan masa dengan lebih baik, antara urusan/kerja rumah, anak-anak dan juga masa saya mengadap lapyy & online (berblog, buat kerja online, buat kerja menaip dsb)
Untuk blog
- cuba untuk berkongsi kesah pendidikan @ pembelajaran anak-anak di rumah, saya hanya kongsi apa yang saya buat..
- nak kenal lebih ramai kawan blog & harap dapat belajar sesuatu dari kawan-kawan blog juga
- nak tambah pendapatan pasif blog - fokus pada Nuffnang, Churpchurp dan HeartBeat.. yang lelain tu saya hold dulu.. tahun lepas kurang fokus, maka income pun kureng..
- nak join lebih banyak contest & giveaway.. again ini semua tertakluk pada masa. (macam2 nak buat. ntah cukup masa ke tak)
- juga fokus pada kerja customize blog..
Untuk family
- semoga perniagaan suami bertambah maju dan kami ade duit lebih untuk cuti-cuti Malaysia
- cuti-cuti Malaysia idaman saya adalah nak bawa anak-anak ke tempat yang menarik seperti Petro sains, muzium, .. pendek kata, saya nak bawa anak-anak ke Kuala Lumpur.. sebab dah 3 tahun lebih tak jejak kaki ke sana, sambil jenguk adik, boleh juga jumpa kawan-kawan blog kan..
apa kena dengan Anis ni?? esok lah sambung cerita |
JIka kome nak customize blog tapi tak reti nak godek-godek sendiri.. saya sedia membantu. klik sini laju-laju.
.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..