Salam bahagia,
Apa yang kakak Anis nak mengelat ni...??? heheh.. jom layan gambor dulu..
Anis sedang kena paksa siapkan kerja sekolah.. ibu kena pantau.. kena duduk sebelah dia.. sebabnya kakak nak main ngelat.. ade ke patut Anis minta tolong Aliya yang kalerkan kerja sekolah kakak.
Aliya sebenarnya pun 'SEDIH' jugak sebab tak leh nak tolong buat kerja sekolah kakak.. jenuh jugak lah si ibu memujuk si Aliya nih... "kerja sekolah kakak, biar kakak yang buat sendiri.."
Akhirnya, 2-2 dah ade kerja masing-masing.
Cabaran dah bermula.. Anis ni dia rajin ke sekolah.. tapi dia susah nak duduk di meja dan siapkan kerja sekolah sampai siap.. kena tunggu dia siapkan.. tu pun siap satu, pastu dia lari pergi main.. Ibu pun tak leh nak memaksa sangat.. as long dia nak siapkan sikit-sikit. Alhamdulillah.
Tapi yang tak tahan tu.. tepat jam 5.30 petang, dia terus nak pergi main, kadang-kadang di rumah jiran, kadang-kadang main kat lorong depan dengan anak-anak jiran.
"Ibu... boleh tak naik main kat jalan dengan kawan-kawan" dah larang pun tak leh.. layan jer lah, asal jangan main gaduh-gaduh sudah..
ini suasana bermain di hari minggu.. meriah.. ramai.. sebab cucu makcik yang depan rumah ni pun ada.. tiap hari minggu memang cucu-cucunya datang bertandang..
Si Anis ni bila dah letih main di petang hari.. sebelum jam 9 malam memang dia dah tidur.. kadang-kadang 8.30 malam dia dah masuk bilik.. jadi belah malam memang takde harapan nak sambung aktiviti belajar dengan dia..
p/s
saya ni tak jumpa formula lagi camne nak 'tackle' Anis ni supaya dia mahu belajar dengan tekun.. dia suka & rajin pergi sekolah.. tapi malas nak siapkan kerja sekolah.. tak suka menulis dan mewarna. Bila ibu cakap, ade ajer jawapan dia.. - dah pandai menjawab dah sejak dah sekolah ni.
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : Anis,
kesah anak-anak,
pendidikan awal anak