NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Ahad, Januari 15, 2012

Home » , , » Tumis Ikan duri masin

Tumis Ikan duri masin


Salam bahagia,




ni dia rupa ikan duri masin... antara ikan masin paling murah.





Ini antara menu yang saya paling suka.. mudah & simple


bahan-bahan :
1 ekor ikan duri masin - dipotong & digoreng
2-3 biji bawang mewah * ditumbuk
2-3 ulas bawang putih *
sehiris halia agak2 setengah inci *
cili api (ikut sukatan sendiri, jika saiz besar tu dalam 3-5 biji) *
cili merah @ cabai masak ( saya guna 1 biji jer) *
1 biji buah tomato - potong kecil2
air secukupnya

cara-caranya :
1. tumbuk semua bahan-bahan yang ditanda (*), jika nak senang, kisar jer.. saya suka cara lama, tumbuk guna lesung batu
2. tumiskan bahan2 yang sudah ditumbuk sehingga naik bau, layu dan garing..
3. masukkan buah tomato , tambah air sedikit & masak sehingga tomato nampak sedikit hancur
4. masukkan ikan duri masin yang sudah digoreng, biarkan sehingga tomato betul2 hancur (sebati ) dan siap untuk dihidangkan


tak perlu nak letak garam sebab ikan masin sudah cukup masin. saya suka masak ni, berkuah lebih sikit.. Resepi asalnya letak asam jawa. Saya ubah letak tomato sebab tomato ni banyak khasiatnya.


..





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
16 Comments
Comments

16 comments

15 Jan 2012, 3:39:00 PTG

sy mmg tak pernah beli ikan masin,kecuali org bg baru makan.hehe..

tp klu sekali sekala mkn dengan nasik panas2 pastu ada resepi macam kakyong ni kompom bertambah nasik..:)

15 Jan 2012, 5:37:00 PTG

@Puan Kutu kalo nak masak camni tak leh diet hari tu.. sure nasik makan lebih punya.. hehhehe..

15 Jan 2012, 10:56:00 PTG

nama ikan ni ikan duri ek..tak silap ore klate panggil ikan ape ek.. lupa dah..tp mmg sedap ikan ni..

16 Jan 2012, 8:51:00 PG

Salam Yong,

Sampai ke Shah Alam bau dia Yong!

16 Jan 2012, 10:13:00 PG

wahhh... kak yong dah letak resepi kat sini. izan sbnrnya kurang kenal dgn jenis2 ikan masin ni kecuali ikan masin sepat ngan ikan masin bulu ayam. tapi rasanya yg ni pun pernah beli.

kalau buat ni kompom makan tambah2 kan kak yong... membangkitkan selera gitu...

16 Jan 2012, 10:45:00 PG

@cikpuanhady ikan duri ni juga dipanggil ikan pelotan.. telur dia sedap... ;)

16 Jan 2012, 10:45:00 PG

Lain kali boleh cuba resepi kakyong ni. Yati bab ikan masin ni, selain masak lemak dengan nenas, goreng begitu je, tu je yati tau. Nampak sedap, kakyong. :)

16 Jan 2012, 10:46:00 PG

@MOH KEMBARA hehhehe... kalo makan dgn nasi panas2 memang bertambah2.. lari diet..

16 Jan 2012, 4:42:00 PTG

goreng macam tuh pun sedapkan kak.. tetiba terasa nk mkn ikan masin ngan nasi panas2.. huhu..

17 Jan 2012, 11:09:00 PG

tak pernah beli ikan duri sbb sebelah trg jarang org makan ni..kata akak saya bisa, yer ker?
baru 2-3 hari lepas hubby sebut, may be boleh ler cari & try masak gini..telan air liur nengoknya nih..hahaa

17 Jan 2012, 12:23:00 PTG

@Yati kakyong suka juga masak lemak nenas ni.. tp jrg sgt masak makanan bersantan.. :p nenas pun jarang ade stok di rumah..

17 Jan 2012, 12:25:00 PTG

@ct rahani goreng macam tu pun sedap.. & campurkan dgn bawang/bwgputih/hirisan halia yang digoreng..

17 Jan 2012, 12:27:00 PTG

@MamaYatie x tau pulak ikan ni bisa... heheh..

masa dok Ganu dulu, ayahnde selalu pancing. pancing tepi pantai jer..

bila dah balik perak, jrg dpt makan yg fresh, makan yg dah kering jer..

17 Jan 2012, 12:31:00 PTG

@Izan Ishak memang izan.. sesekala makan ikan masin memang menaikkan selera.. tp x leh makan selalu.. ;)

17 Jan 2012, 2:00:00 PTG

emmm..sedapnya..kalau xde selera mkn masak mcm ni boleh buka selera..makan brtmbah tak ingat....

20 Jan 2012, 11:51:00 PG

ikan duri rupenye ... dok mkn ja xtau nama .. ni klu goreng kering2 mcm kropok sikit,kan kkyong ? bru je grg smlm hidang mentua ... ;)

best resepi ni kkyong..simple n yummy

Catat Ulasan