Salam bahagia,
Suami saya bercerita, hari sabtu lepas di pasar tempat suami meniaga, datang lah seorang bapa ni dengan anaknya. Anaknya (sebaya Fikri) menjerit-jerit nak pergi sekolah.
anak : "nak pergi sekolah. nak pergi sekolah, nak pergi sekolah" [cer bayangkan anak tu dok terjerit-jerit tapi ayah nya selamba jer & terus pilih ikan, sayur & beli santan di tempat suami]
ayah : tengok jer gelagat anak
anak: " sekolah 5 hari. ni baru 3 hari, belum 5 hari lagi. nak sekolah, nak sekolah!!" [ni le akibat bila sekolah start hari Rabu.. hihii]
ayah : "ok, kejap lagi kita pergi tengok sekolah. kalau ada cikgu baru kita balik rumah, salin baju"
anak : masih melalak. "nak pergi sekolah. nak pergi sekolah"
dan si ayah dan anak pun berlalu.
...
Pakcik yang meniaga sebelah suami bertanya : " Anak kamu tak melalak ke nak sekolah?"
En Ayah : dengan bangga nya jawab "Anak saya kenal hari."
...
|
gambar penghias entri sahaja |
Fikri pun sebenarnya baru sahaja 'mengenal hari'. Saya detect ni semasa dok buat 'pop-kuiz' antara dia dan Haris, masa cuti sekolah yang lalu. Rupanya 2-2 tak mengenal hari. Kemudian bermula lah, sesi mengajar mengenal hari.
Tak susah sebenarnya, yang pasti fakta yang kita pastikan anak tahu :
- ada 7 hari dalam seminggu
- pastikan anak tahu turutan hari dari Isnin hingga Ahad
- pastikan anak tahu eja nama hari
- ajar anak - hari Isnin hingga Jumaat adalah hari bersekolah
- ajar anak - hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti
- kena juga ajar anak , ayah kerja hari apa & ayah cuti hari apa
- lelain tu sila tambah sendiri..
Untuk latihan anak mengenal hari, setiap hari kita kena rajin tanya anak, "hari ini hari apa?" "esok hari apa" "selepas hari rabu hari apa?" tanya secara random. Insya Allah, lelama anak terbiasa.. jangan harap anak akan kenal hari secara semulajadi.. sebab 2 tahun di tadika, kita ingat anak dah pandai macam-macam, hakikatnya tidak..
sekian.
salam kasih sayang,
.
Anda tahu LMFAO tu apa?
Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.
Sini pun menarik juga : ajar kenal hari,
pendidikan awal anak