NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Isnin, Mac 30, 2009

Home » , , » Buah Tomato

Buah Tomato



Antara buah dalam kategori sayur yang paling kakyong gemor adalah buah TOMATO. Kakyong suka makan mentah atau pun dicampur dalam masakan. Kalo masak kari atau sambal ikan, mesti nak boh buah tomato.. boleh kata tomato memang selalu dicampur didalam hampir semua masakan (yang biasa di masak ler..), seperti sambal sardin, sayur campur, mee/bihun/keateow/pasta goreng, sandwich dan juga sambal belacan. Dan dalam freeze ia merupakan stok yang sentiasa ada..





Adakah tomata sejenis buah atau sayuran?

Untuk tahu jawapannya boleh refer ke sini.. http://www.sciencebob.com/questions/q-tomato_fruit_vegetable.php

Secara asas nya, jika ia mempunyai biji yang boleh dibuat benih.. maka ia diklasifikasikan sebagai BUAH. Jadi tomata adalah sejenis BUAH. Sebab itu tomato disebut sebagai BUAh tomata. Pernahkah ia disebut sebagai sayur TOMATO. Ummm




Kakyong google dan jumpa macam-macam info pasal buah tomato ni.. Rupanya banyak khasiat buah tomato ni.

Antaranya :

1. hampir 90% kandungan tomato adalah air, jadi ia bersifat duretik dan baik untuk membuang toksin dalam badan.


2. walaupun tomato rasanya masam tetapi ia bersifat alkali, yang mana ia membantu mengimbangi pH ke'nuetral'an di dalam tubuh kita. Pengambilan terlalu banyak makanan yang bersifat asid boleh menyebabkan kita cepat lesu, sakit kepala, sakit sendi, masalah penghadaman, lenguh-lenguh otot ~ ini antara contoh nyer. Sekarang ni di pasaran ada di jual satu termos/bekas air yang boleh menukar air menjadi beralkali, harganya pun boleh tahan juga, lebih kurang RM380++. Namanya Miracle Flusk.. untuk tahu lebih, klick pada perkataan miracle flusk.

so tak yah buang duit beli gadget memahal, jadikan memakan buah tomato sebagai amalan harian.. aci tak... !


3. Buah tomato juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin larut-air yang memang bersifat anti-oksidan. Anti-oksidan ni umpama cat pada besi yang bertujuan untuk melindungi besi daripada berkarat. Jadi tomato boleh jadi bahan pelindung untuk ketahanan badan kita.

maklumat lebih lanjut tentang vitamin C, rujuk di http://ohioline.osu.edu/hyg-fact/5000/5552.html


4. Tomato juga dikatakan amat berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser. Unsur/elemen yang menjadikan buah tomato berwarna merah dikenali sebagai likopen. Likopen ini bila dihadam akan disimpan di hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit. Ia dikatakan dapat membantu untuk membebaskan radikal bebas daripada merosakkan sel-sel tubuh.

untuk baca lebih lanjut tentang likopen, boleh rujuk http://www.lycopene.org/faq.aspx


5. Buah tomato juga boleh digunakan untuk awet muda, iaitu menghaluskan wajah dan menghindari jerawat. Caranya : pilih buah tomato yang dah masak ranum, potong kecil-kecil dan diramas, ambil air nya dan sapu la ke muka. Biarkan kering. Kemudian baru di cuci dengan air suam. Kalo diamalkan selalu, Insya Allah berseri-seri wajah.. Sunshine

6. Boleh juga untuk atasi masalah gusi berdarah dan sakit perut. Caranya : Buah tomata di jadikan minuman harian, sekali sehari... maksudnya minum jus tomato. Blend 1 biji tomato yang sederhana besar, dapat 1/2 gelas pun dah okay, tambah air jadikan segelas. Sebaiknya diminum tanpa gula. Selamat mencuba.


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
8 Comments
Comments

8 comments

30 Mac 2009, 6:30:00 PTG

mentah? 0wh tidak~ hehe~

30 Mac 2009, 10:19:00 PTG

Salam kakyong.

Dulu masa budak-budak dan remaja uncle suka makan tomato terutama makan mentah yang hijau. Tapi entah mengapa bila usia meningkat selera juga berubah. Cuma kalau dah ada dalam mee tau sayur makan jugalah.

31 Mac 2009, 10:02:00 PG

salam kEy..

hahah.. belajor makan yang mentah key.. ni mesti kes kalo makan nasi ayam, tomato nyer sedekah kat orang..

31 Mac 2009, 10:05:00 PG

salam kembali uncle..

suami pun tak makan tomato.. sejak tahu khasiat tomato ni, ade le ckp kat suami... 'kalo ayah nampak tua dari ibu, nasib la...! makan tomato ni bleh awet muda ni..' dia leh jawab balik, 'kang kalo awek ngorat ayah, ibu gak yg hangin'.. ke situ plak pk nyer..

31 Mac 2009, 2:38:00 PTG

salam perkenalan kakyong..

Buah tomato wajib ada kat fridge saya.

Hubby suka sangat makan sambal tomato. beberapa kali sy dok tanam tomato. kadang ada la berbuah.. kadang hampeh!

baru2 ni tumbuh plak tomato di tepi garaj berbuah pulak ;) teringat masa sy hamburkan biji tomato kat situ.. bila ku tanam xnak subur bila ku hambur je.. siap boleh mkn hasilnya :p

31 Mac 2009, 4:25:00 PTG

salam Shinta,

salam kenal.. nanti kakyong dtg melawat blog nyer..

wah best nya ade pokok tomato.. kdg2 rezeki ni dtg dlm bentuk tdk kita tak terpk.. betui tak.. tu pasal ler yg tabur2 dia elok subur, yg dok jenuh dijaga tak memberi hasil.. :D

1 Apr 2009, 4:37:00 PTG

sama la ngan akak...tomato mesti ada standby dlm fridge...timun pun standby gak wat lauk emergency...

kalau xde idea sgt nk masak sayur apa..wat je salad tomato ngan timun ngan telur rebus..pastu taruk tomato sos ngan sos cili...
:)

1 Apr 2009, 10:29:00 PTG

salam kak maymot
kad salad tu kalo taruk mayonis pun sodap... lagi kaw..

Catat Ulasan