NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Mac 11, 2009

Home » , , » Nak kahwin... jodoh lambat

Nak kahwin... jodoh lambat








Jodoh, ajal maut, rezeki di tangan Allah. Ini lah ungkapan yang sering diucapkan bila bercerita @ bercakap hal persoalan jodoh. Dan ramai juga anak-anak dara yang kakyong kenali yang mula rasa ‘takut’ bila usia sudah meningkat 25 tahun, tapi belum juga punya pasangan. Dan tak kurang juga yang mula menumpukan matlamat hidup untuk mencari pasangan bila sampai ke usia 25 tahun.


Gelihati juga, bila ada yang berkata.. susah la kalau dah umur 20 tapi takde pakwe @ boyfren. Jadi tumpuan hidup sepenuhnya digunakan untuk mencari pakwe. Disitu lah aktiviti ‘mencantikkan’ diri ~ bukan setakat mesti sentiasa berpakaian cantik & up-to-date dengan fesyen/gaya semasa, gaya solekan, gaya dandanan, fesyen tudung, dan segala-gala lah yang berkaitan hal kecantikan ~ dijadikan persaingan di kalangan rakan-rakan. Sudahnya, duit gaji bulan-bulan habis digunakan untuk membeli baju, alat solek & perhiasan diri.


Kakyong bukan nak bercerita panjang pasal alat solek @ perhiasan diri, sebetulnya nak beritahu.. usah risau sangat pasal hal jodoh ini. Yang penting adalah diri kita. Cantik luaran bukan ukuran bahagia. Cantik diluar biarlah seimbang dengan cantik di dalam.

Apa yang kakyong ingin sarankan pada anak-anak dara @ adik-adik ku yang masih solo.. fikirkan beberapa perkara ini dulu sebelum menjadi tak keruan kerana lambat bertemu jodoh.
1. Tanggungjawab pada diri sendiri sudahkan di langsaikan , contoh masih dalam pengajian 1st degree @ diploma. Sekarang ni, bukan senang nak belajar, kos nya sangat tinggi, walau dapat pinjaman PTPTN, kendian hari perlu nak dibayar. Jadi belajar lah sampai habis, jangan sekerat jalan.. jangan berhenti belajar sebab nak kahwin. Nanti hutang tu tetap beban yang perlu ditanggung.


2. Tanggungjawab pada ayahbonda, contoh membantu ayahbonda dalam hal persekolahan adik-adik, hulurkan sekadar mampu apa salahnya membantu semasa kita 'berada,' & 'berwang' nanti bila sudah berkahwin, nak hulur RM50 sebulan pun susah. Bersyukurlah bila kita dapat menabur bakti pada ayahbonda.
3. Persediaan masa depan sendiri, contoh ada kerjaya @ kerja yang baik, membuat tabungan-tabungan untuk jangka panjang. Bukan simpan duit untuk kahwin sahaja, sebab itu kakyong tulis tabungan-tabungan. Bermakna you harus punya lebih daripada 1 tabungan, samada dalam bentuk pelaburan amanah dsb.

4. Kesediaan diri untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar, iaitu isteri dan ibu. Jangan excited sebab kawan-kawan semua dah kahwin, jadi kita pun sibuk juga nak kahwin. Tapi lupa nak siapkan diri dengan ilmu-ilmu menjadi isteri yang membahagiakan suami, dan persediaan untuk menjadi ibu juga harus diambil tahu. Jangan dengar cakap orang ‘alah, dah kahwin nanti tahu lah’.. tak boleh macam ni. Ilmu yang baik tidak datang secara semulajadi @ otomatik, tapi ilmu yang tidak baik & mengundang duka dalam perkahwinan, tak perlu kita belajar pun, memang otomatik dia datang.

doa mohon jodoh Pictures, Images and PhotosAlign Center

5. Ketahanan diri. Ini bukan pasal you kena pandai berkarate, bersilat atau apa jua ‘Do’. Tapi kekebalan hati you untuk berdepan dengan ujian.. contoh, putus tunang, dipermainkan, dikecewakan oleh jejaka pujaan hati. Ketahanan diri ni juga bukan lah boleh you bentuk sehari dua. Tapi amalan seharian, doa & sentiasa bersangka baik pada Allah, Insya Allah you takkan hilang pertimbangan diri & frust sampai menonggeng. Sedih tu biasalah.. tapi janganlah sampai you jadi benci pada lelaki (contoh ajer, tapi memang pernah berlaku), atau bertekad tak nak kahwin sampai bila-bila. Bersangka baik pada Allah adalah unsur yang akan membantu you untuk meningkatkan ketahanan diri. Anggaplah dia tu memang bukan untuk you sebab Allah dah ‘reserve’kan you dengan seseorang yang lebih baik.


Panjang dah merepek ni.. hajat tu memang nak tulis lagi. Tapi cukuplah setakat ini. maaflah kalo tulisan ni hanya menumpu pada anak-anak dara.. bukan apa, yang ramai tak kahwin @ masih belum bertemu jodoh adalah anak-anak dara. Tak disangkal ade juga teruna-teruna yang terlajak.
Jodoh... Pictures, Images and Photos

Kakyong hanya menulis dari pengalaman. Kakyong pegang pada prinsip.. jika kita baik & menjaga maruah diri, Insya Allah, pasti Allah temukan kita dengan jodoh yang baik juga. Jangan mengeluh jika belum bertemu jodoh kerana pasti ada hikmah nya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Allah mahu kita berbakti lebih pada ayahbonda, membantu adik-adik, @ mahu kita menimba ilmu lebih dalam lagi. Sebaiknya usah persiakan masa yang ada untuk berduka lara kerana tak kahwin @ jodoh tak sampai lagi. Wallahu’alam.


Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
23 Comments
Comments

23 comments

11 Mac 2009, 5:44:00 PTG

betul tu kak yong namun ada segelintir terlalu takut menghadapi sebarang kemungkinan dalam perkahwinan. Masa bercinta berjanji setia hidup susah bersama tp dah kawin susah u, senang i.
keluarga, saudara, rakan2 & org luar leh menasihati, mengingati tp diri kita juga yg menentukannya.

11 Mac 2009, 7:20:00 PTG

salam dik nagaperang,

hidup ni memang penuh dengan ketidaktentuan.. tak kira lah semasa belajar, bekerja @ di alam rumahtangga.. yakin pada Allah, yakin pada diri sendiri.. yang penting kita sama2 tahu matlamat kenapa kita berkahwin, sebab tu sebelum kahwin disuruh cari betul2.. hihi.. bukan setakat tengok pada rupa, kelulusan & kerjaya.. ISlam dah beri panduan kan..

11 Mac 2009, 8:41:00 PTG

Salam Kak Yong,

Apa yang Kak Yong perkatakan itu sangat-sangat betul dan tepat.

Sememangnya banyak perkara yang perlukan perhatian dan persediaan termasuk sikap dan sebagainya.

12 Mac 2009, 6:01:00 PG

saya sokong pendapat tu..semoga Allah sentiasa memberi hidayah kpd kita tp kita kena mintaklah kan ..hehehehe

12 Mac 2009, 12:33:00 PTG

salam uncle

mungkin uncle boleh berkongsi rahsia uncle mengeratkan hubungan dalam rumahtangga.. buat lah satu en3, tak kisah la apa tajuk, asal beri manafaat utk kekalkan kebahagian berkeluarga..

12 Mac 2009, 12:37:00 PTG

salam nagaperang,

yer, utk dapat jodoh yg baik kena minta dengan Allah.. kalo tak minta (dgn cara berdoa & berusaha) takkan dapat.

kakyong dulu amalkan ayat seribu dinar & doa spt dlm foto yg pertama tu.. tp doa yg kakyong baca tu dalam Arab & lebih panjang.. mungkin boleh minta dengan Rdhanz.. dia kan ngaji kat Mesir.. :))

18 Mac 2009, 11:25:00 PTG

kak yong,saya dh 29thn relax je xde gf pun!hehehe

18 Mac 2009, 11:57:00 PTG

salam helmi,

lain orang lain kerisauan nyer.. tak per, pak sedara yg baik, Insya Allah.. nanti dpt jumpa mak sedara yg baik utk anak2 sedara.. hihi..

29 Mac 2009, 12:09:00 PTG

salam hi2 kak yong..

tertarik pulak bace post kak yong nie.setelah along sy bg link ini.
sy rase..link ini harus bg mama sy yg bace...hehhee...org tua biasalakn..risau je memanjang..hehee..btol kak yong kate tu..tak pe jodoh lmbt ke tak...yg penting persiapan diri luar dn dlm dulu kn...

29 Mac 2009, 1:23:00 PTG

salam andraputri,

terima kasih, kakyong sekadar berkongsi pengalaman.. sbb kakyong juga tidak ditakdirkan bertemu jodoh awal,.. yang penting jadikan orang yg positif, jika awal jodoh nya.. ALahmdulillah, apa pun lambat @ cepat jodoh, persiapan diri ke arah kehidupan baru perlu disipakan seawal mungkin.. jgn tunggu bila dah jumpa baru nak siap-sedia.. :)

u muda lagi.. enjoy ur life.. & jaga diri n hiasi peribadi..

Tanpa Nama
4 Dis 2009, 5:10:00 PTG

time kasih kak yong...emmm sejuk hati cket baca... seblum ni tiap2 ari org dok tanya ble nk kawen... kadang2 tension saya....saya pompuan...xkan saya nk meminang anak teruna oranf

22 Dis 2009, 3:08:00 PTG

cik Anon,
semoga bermanafaat.. Insya Allah, minta sungguh2 dgn Allah, Allah mendengar doa hambanya yg ikhlas meminta.

9 Apr 2010, 3:44:00 PTG

berlapang dada ler banyak2 ek... jangan risau sangat dan jangan runsing sangat dengan komen orang sekeliling, kan

Tanpa Nama
28 Apr 2010, 11:56:00 PG

Kak Yong..

Saya dulu kak memang focus..semua lelaki saya tak layan. Cukup sebagai kawan. Dah habis belajar..sibuk kerja..sedang sibuk kerja sedar2 kawan2 dah ramai yg kawin. Jumpa calon tp terputus dipertengahan. Lepas tuh dah susah nak cari..last2 saya jer yg tak kawin-kawin lagi.

Saya rasa x salah nak cari calon diusia muda..tp biar bertempat jaga syariat.

Kalau masih belajar, biar sama2 berjaya. Mungkin ditahun akhir atau pertengahan belajar di U adalah masa yg sesuai.

Bila dah kerja, pergaulan terhad di office sahaja. Masa di U jer lah boleh jumpa dgn ramai orang. Ini pandangan saya lah..

Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Tapi diusia 29 tahun saya rasa teramat susah nak cari calon..

Stress..dah kadangkala saya nangis sorang2. Cemburu melihat kwan2 yg dah berkeluarga.

4 Mei 2010, 9:14:00 PG

adik cik Anon,
kakyong penah berada di tempat adik..
pls read my further ulasan di link ini
http://kakyong72.blogspot.com/2010/05/mencari-cinta-jodoh-lewat.html

Tanpa Nama
24 Apr 2011, 3:55:00 PTG

saya da nak masuk 30thn hjung tahun ni tp masih belum bertemu jodoh..sedih bila kawan2 baik semua da beranak pinak..mmg ada berkawan tp kemudian senyap mcm tu je..saya buat solat hajat mnta dipermudahkan jodoh..semoga Allah mudahkan jodoh saya..amin..

24 Apr 2011, 4:05:00 PTG

cik Anonymous,

DIk akak pun kahwin masa umur 32.. akak dpt rasa perasaaan adik tu..
sabar lah.. Insya Allah segala doa & permintaan adik yg ikhlas pasti akan terjjawab nanti.. Allah menguji kerana sayang.. jangan sedih2.. Semoga adik bertemu jodoh yang baik & akan bersama selamanya hingga ke syurga...

Tanpa Nama
1 Jul 2011, 4:34:00 PTG

akak..saye suke entri akak..saye tgh sdey sbb bru jer putus stlh 8thn bercinta..kate2 akak jd smgt sy..hope sy akan jumpe jodoh saye mase akan dtg..aminn..setiap yg berlaku ade hikmahNya..hanya Dia yg Maha mengetahui..

1 Jul 2011, 4:36:00 PTG

Be strong & tough dik.. all the best

Semoga bertemu pasangan yang lebih baik & taat perintah Allah

20 Sep 2011, 3:12:00 PTG

kdg2 sy sedih nape bile sy syg kt org,org ssh nk syg kt kite..(@_@)

21 Sep 2011, 9:04:00 PG

Fayizhah,

dugaan tu.. Insya Allah, pasti akan bertemu dgn dia yg sangt menyayangi Fayizhah... jgn putus asa

Tanpa Nama
21 Dis 2011, 2:51:00 PTG

saya pon dh 30an..lom kawin. Bercinta sakan, setia bagai nak rak. Namun..dh takde jodoh. Rasa tak adil, tp cuba fikir yg positive. Sy cuba sematkan keyakinan bahawa semua ni ada hikmahnya..Insyaallah

22 Dis 2011, 12:23:00 PG

@Tanpa Nama simpati dengan anda.. Insya Allah, semoga masa akan merubat luka dan semoga bertemu si dia yg setia sehingga ke akhir hayat..

Catat Ulasan