NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Mac 04, 2009

Home » » Selawat Syifa'

Selawat Syifa'


Kakyong salin dari blog Lenggang Kangkong. Semoga ada manafaatnya.

Selawat Syifa'





















dan ini pula penjelasan tentang isu Selawat Syifa', kakyong ambil dari darussifa.org


PENJELASAN TENTANG KEKELIRUAN SELAWAT SYIFA” DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini

Sedikit Ulasan:

Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam

Webmaster Darussyifa’





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
4 Comments
Comments

4 comments

4 Mac 2009, 9:52:00 PTG

thanks kak yong 4 sharing :-)

5 Mac 2009, 2:38:00 PTG

Salam Kak Yong.

Bagus untuk disebarkan, semoga semua dapat manafaat.

Di blog uncle pun ada n3 selawat ini yang bertarikh 3 december 2008.

6 Mac 2009, 1:51:00 PTG

Salam uncle,

ohh, uncle pun ade n3 ni.. nanti saya p jenguk, Insya Allah

3 Mac 2010, 3:08:00 PTG

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut: Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa’ yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as- Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya.

Fatwa Bil : 2/2007

Kertas kerja ini dikemukakan untuk melapor dan mendapatkan perakuan Majlis mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 29 Januari 2007

MENILAI SELAWAT SYIFA’

Oleh: Dr.Azwira Abdul Aziz, Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita sememangnya sangat dituntut supaya berselawat ke atas baginda, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya”. ( Al-Ahzab, 33: 56 )

Tidak diragukan lagi bahawa lafaz selawat yang terbaik ialah apa yang dikenali sebagai Selawat Ibrahimiyyah yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada para Sahabat dan yang diriwayatkan melalui jalan sanad yang sahih oleh perawi-perawi thiqah serta dijadikan sebagai lafaz selawat dalam solat (sebelum salam). Dalam konteks ini, Imam As-Sayuti berkata:

“Aku telah membaca keterangan Imam As-Subki dalam kitab At-Tabaqat yang diterimanya daripada ayahnya, bahawa sebaik-baik selawat yang dibaca ketika berselawat ialah selawat yang dibaca di dalam solat ketika tasyahhud, iaitu yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Maka sesiapa yang membacanya dia dilihat sebagai telah berselawat dengan sempurna dan sesiapa yang membaca selainnya, maka mereka tetap berada dalam keraguan, kerana bentuk-bentuk selawat yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim itu adalah yang sering diajar oleh Nabi s.a.w. sendiri dan yang sering disuruh supaya kita membacanya”.

( As-Suyuti, Abd Ar-Rahman Ibn Abi Bakr, Al-Hirz Al-Mani, Dalam Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, 1987, Pedoman Zikir Dan Doa, Thinkers Library, Malaysia, hal: 91 )

Catat Ulasan