NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Rabu, Mac 18, 2009

Home » , » Peminat kopi

Peminat kopi

Peminat kopi

caphecuoichieu Pictures, Images and Photos

Kakyong memang sangat suka minum kopi.. kalo kopi o, kakyong mesti nak kopi kampong. Kopi kampong serbuknya kasar. Tapi dok Ipoh kadang2 susah nak cari, jadi pilihan kakyong adalah kopi che nah. Selain tu kakyong suka juga Nescafe ditambah coffee-mate, tapi kakyong tak minum Nescafe biasa tapi yg decaffeinated @ caffeine –removed. Orang selalu kata kata tak elok minum kopi ni sebab berkafein.



Apa itu kafein ??

Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah. Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam degupan jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses penyingkiran rasa pahit itu.



Kafein bukan hanya terdapat didalam kopi.. (peratusan kafiein dalam kopi adalah yang tertinggi) tetapi juga di dalam minuman yang lain, seperti :

hot coco Pictures, Images and Photos

minuman coklat panas @ hot coco

Lipton tea Pictures, Images and Photos

teh, tak kira lah ape brand..

juga di dalam minuman bergas


Jika ingin tahu kandungan kafein yang ada untuk kopi & jenis-jenis minuman yang lain serta ubat-ubatan.. boleh rujuk pada jadual di bawah ni..


Jenis Makanan & Minuman

Kandungan Kafein (mg)

Dos

Kopi Tapis/Saring

100 – 150

satu cawan

Kopi Segera

50 – 70

satu cawan

Teh

30 – 90

satu cawan

Teh Uncang

65

satu cawan

Kopi Nyah Kafein

1 – 6

satu cawan

Minuman Kola

72

360g

Soda Oren Sunkist

42

360g

Minuman Coklat Panas

5

satu cawan

Kek Coklat

20 – 30

satu potong

Ubat-ubatan



Ubat Migrain

100 mg/dos


Analgesik

15 - 40 mg/dos


Batuk/Selsema

15 – 125 mg/dos


* maklumat diatas diperolehi dari www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html



Kesan kafein terhadap individu adalah berbeza, tetapi disyorkan pengambilan kafein untuk sehari tidak melebihi 100 gm.. so kalo nak minum kopi tu.. nescafe, kopi O, coffee latte/expresso.. huhuhh.. sendiri mau ingat lah yer... 1 @ 2 cawan sehari jer.

Boleh mendatangkan mudarat jika minum kopi lebih daripada 7 cawan sehari. Memang lah bila minum kopi, kita akan berasa lebih bertenaga, bersemangat, otak akan terangsang untuk bekerja dengan laju.. tetapi jika kafein dah berlebihan, akan datang pulak masalah insomnia (masalah tak boleh tidur). Susah tu kalo tak dapat nak tidur. Bila tak tidur, badan tak mendapat cukup rehat secara semulajadi. Siapa yang susah nanti.. nanti datang pulak penyakit-penyakit lain.. seperti dalam posting Kirana, Sindrom Penat Kronik..

Namun minuman seperti teh, koko panas boleh diminum lebih daripada satu cawan, jika mengikut jumlah kandungan kafein... Apapun dalam pemakanan bersederhana adalah lebih baik. Lebih baik beringat-ingat dan menjaga cara pemakanan dari sekarang, sebelum penyakit menghuni dalam badan.

Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
7 Comments
Comments

7 comments

18 Mac 2009, 3:33:00 PTG

Kirana paling banyak minum tak kira air ape kecuali air gas agak kureng la. Mgkin sbb dulu kirana pnah kene urine infection. Dktor advise minum air byk2. Lama2 jadi tabiat lak. Tapi mesti yg panas2 baru sedap....

18 Mac 2009, 7:01:00 PTG

salam.. laa kak, criusly baru tau caffein tu kire drug ae?
haha. slow nye saye!
patotla bole addicted!
thnx 4 da info. tmbh skit knowledge. hee..! :D

18 Mac 2009, 7:17:00 PTG

salam kirana

memang elok banyak minum air suam/masak.. masa akak kat kampus dulu budak2 cina selalu bawa botol air besor.. huhu, budak melayu melenggang jer.. bila tanya, depa ckp, air tu oksigen utk otak.. sbb tu la depa cepat pick up sbb depa byk 'oksigen' kat otak.. ahaksss..

air manis cukup hadkan 1 @ 2 kali sehari jer.. mcm iklan dlm tv tu, kurangkan gula dlm minuman, tambahkan manis dalam senyuman .. hihi

18 Mac 2009, 7:20:00 PTG

salam i.Z.z.A.t.Y

kalo consume berlebihan akan jadi mcm drug lah.. boleh jadi ketagih.. ubat2an pun kalo salahguna & diguna overdos.. mcm ubat batuk tu, kan boleh jadi ketagih.. byk juga kes org addict dgn ubat batuk, hari2 g beli kat klinik.. btw, kakyong pun baru tahu, dlm ubat batuk pun ade kafein.. huhu..

18 Mac 2009, 10:01:00 PTG

Pehhh, dulu saya slalu kirim kat x-bos saya kopi che nah tu. La ni tak dapat dah. Kat KL takde jual lak tu. Memang best kopi che nah tu.

Skrg saya rajin layan cham iaitu kopi campur teh. Nak gak blaja2 minum green tea ke herbal tea ke tapi tak lalu sokmo....huhu

19 Mac 2009, 1:42:00 PTG

>>salam.. temanpun peminat kopi.. godamjer kopi aper pun.. tu yang berantu nak gi kopitiamtu..
>>kak yong ipoh kat ner?? temanni orang bota dulu2 keroje kat ipoh lama ini dah pindah kinrara..tak tanyapun teman nak cerita juger..

21 Mac 2009, 9:35:00 PTG

akak ni minat gak kopi dan sewaktu dgn nya,,tapi masalah sket bila minom selalu...nanti tekak perit,mula la dapat sakit tekak,huhu...

Catat Ulasan