NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Sabtu, Mac 28, 2009

Home » , , » Buah Dabai

Buah Dabai




Semasa tinggal di Sibu, Sarawak.. buah dabai adalah antara buah yang selalu ayahnde beli. Buah ni berwarna ungu pekat, seperti warna anggur hitam. Isinya berwarna kuning & rasanya lemak-lemak gitu.. biji nya keras, tapi bila diketuk isi dalam bijinya boleh dimakan. Kakyong sudah berpuluh tahun.. hampir 20 tahun tidak merasa buah ini.. sungguh-sungguh rindu nak makan buah dabai. Khabarnya buah ini bermusim dan hanya boleh didapati di Sarawak dan Brunei ajer.





Semasa dok google pasal buah dabai ini, terjumpa blog ni yang memberi penerangan yang begitu jelas pasal buah dabai. Untuk tahu camana nak makan buah dabai, boleh tengok kat blog dia ni.

Di laman ini pun ada maklumat tentang buah dabai, klik, komersial dabai


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
11 Comments
Comments

11 comments

28 Mac 2009, 11:51:00 PTG

Buah dabai??

Yong,,rasanya lemak2 manis ke..lemak2 pahit?






-->>Teringat laks anak sedara pangge buah dambai untuk buah anunyer..huhu

29 Mac 2009, 8:51:00 PG

salam kak maymot..

dah 20 tahun saya pun hampir lupa rasa lemak nya.. yang pasti bukan lemak2 pahit..

org serawak, meh ler tolong coverline sket.. mana si Kirana ni..

29 Mac 2009, 9:40:00 PTG

huhu~ cam sedap je kak yong cite..
ayu xpenah makan..
nak g cari neh.. sat g kempunan lak..
kat semananjung xda jual ke kak?

29 Mac 2009, 9:45:00 PTG

Dah lebih 50 tahun hidup tidak pernah lagi merasa buah ni. Semalam Kak Long ada di Kucing, kalau uncle dapat maklumat awal, uncle akan minta dia beli dan kirimkan. Malangnya jam 3.30 tadi Kak Long dah belayar pulang ke Teluk Sepanggar.

29 Mac 2009, 11:45:00 PTG

salam ayuni..

buah ni di brunei & sarawak jer.. di sarawak pun khabar nya ade tempat2 tertentu jer..

29 Mac 2009, 11:47:00 PTG

salam uncle

kalo ikut kata si Kirana, sekrang ni belum musim nyer lagi.. tak tahu lah pulak saya bila musim nyer..

Tanpa Nama
30 Mac 2009, 11:41:00 PG

salam..
pernah rase buah ni..
sememangnya sedap..
rase lemak2.tak tahu nak cakap macam mana..
cara makannya kena rendam ngan air panas..
lepas tu gaul ngan sedikit garam..
masa kat maktab saarawak miri selalu dapat makan buah ni..
dah 9 tahun tak dapat makan..
tahun lepas suami kawan g ke kuching kebetulan musim dapat lah merasa buah dabe(ikut loghat sarawak) ni

4 Apr 2009, 10:24:00 PTG

Yesss...Kirana dah datang utk selamatkan Kakyong ku.

Dabai...sedap dan berlemak. Tapi mesti kene dgn jenisnya jgak. Ada jgak dabai yg tak sedap, rasa masam2 je. Kalo yg berlemak tu biasanya yg bulat2 dan kontot2, isi kekuningan.

Skrang bukan musim nyer.... Tunggu kalo ada nnti Kirana akan poskan sebijik sorang kat korang semua. Wakakaka....

Tanpa Nama
1 Okt 2009, 12:04:00 PTG

Saya nak perbetulkan ckit pasal cara nak rendam buah dabai ni......jgn rendam dalam air yang terlalu panas....cukup sekadar air suam2 kuku.....bila isinya dah lembut ckit.....buangkan air tersebut dan tutupkan hingga betul2 lembut....boleh dimakan dengan menggaulkannya dengan garam atau kicap masin.....terpulang kepada selera anda....ada jugak yang bubuh sedikit gula.

Ada satu lagi cara ialah dengan menjemur buah dabai tersebut sehingga ianya isinya lembut....

tapi zaman saya budak dulu.....saya letak je dalam mulut bila isi lembut, trus je makan....senang....(tu zaman budak2)

24 Nov 2011, 8:52:00 PG

I miss buah dabai....kws sundar,lawas, swk byk tuuu

24 Nov 2011, 9:41:00 PG

terima kasih ake sudi meninggalan komen..

tahun lepas, sahabat kakyong dari sibu ada kirimkan buah dabai.. sungguh.. terubat rasa rindu...

Catat Ulasan