Ini lah habbatus sauda yang dibawa dari Lubnan.. satu bungkus tu 2 kg pada harga USD3.oo, kalau convert ke RM lebih kurang RM10.00.
Masyarakat di Lubnan, yang rata-rata berketurunan Arab, menjadikan habbatus sauda sebagai 'perencah' @ 'perasa' dalam semua masakan., terutama pada musim sejuk. Sekarang ni di Lubnan masih lagi musim sejuk. Digunakan sedikit sahaja, macam kita guna garam tu tu.. hanya masukkan secubit. kalau dalam minuman, akan dimasukkan 2,3 biji. Sifat habbatus sauda ni 'panas'.. jadi kita di Malaysia ini, tak boleh lah nak gunakan seperti masyarakat di Lubnan & Timur Tengah.
Kalau nak tahu lebih lanjut akan khasiat jintan hitam, boleh baca di sini.
Boleh juga rujuk di sini. Sangat menarik.
Setakat yang kakyong tahu, jintan hitam ni boleh digunakan :
1. Untuk ibu-ibu yang dalam pantang.. baunya yang wangi, elok dicium, tapi untuk ibu dalam pantang, diminum air rebusan nya.. untuk mengelak angin di kepala.. maklumlah ibu-ibu dalam pantang ni.. memang berangin..
2. Untuk buat tuam baby ~ untuk elakkan kembung & hangatkan baby lepas mandi. Rasanya semua tahu kot nak buat tuam baby ni, ambil dalam segenggan jintan hitam, bunjutkan dalam kain & ikat kemas2. Zaman la ni untuk menuam, dah jarang orang guna bekas bara.. guna seterika jer.. panaskan bunjut tuam kat seterika, agak2 panas yang sesuai.. tuam la kaki, betis, peha, perut, pinggang, pinggul, belakang, bahu dan akhir sekali di ubun. Ulang proses beberapa kali. senang ajer kan.
Di mana nak beli? Boleh cari di kedai runcit mamak.. aci cuba bila sampai kedai tu, "mamak saya mau habbatus sauda satu ringgit.." Kalo dia diam & terus ambik barang, kira okay lah tu.. tapi kakyong penah dapat respond macam ni.. "habbatus sauda tarak jual.." tapi bila sebut jintan hitam, ade pulak..
Tersangat banyak khasiat jintan hitam ni, hinggakan disebut dalam hadis :
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya pada jintan hitam itu terdapat obat untuk segala macam penyakit kecuali kematian
Dan ada juga yang telah menghasilkan produk kesihatan seperti di laman ini dan juga di sini.