NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label herba alami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label herba alami. Papar semua catatan

Sabtu, April 21, 2012

Kerja kupas kentang sudah di sub-con pada Aliya..



Salam bahagia,


Pembantu cilik di dapur...






Ibunya dulu... lepas kahwin baru reti guna 'peeler' ni.. tapi si Aliya nih.. belum cecah 4 tahun... konfiden kan main...

memula tu tak berani jugak nak bagi.. tapi bila dilarang.. dia melalak semahu-mahunya... jadi... bior jer lah...





Tengok lah.. lutut habis diguna... hahahha....






"sapa nak kemas sepah-sepah ni.... " "Ibu lah... "


okay jugak kan ade pembantu cilik ni.. jimat sket masa... hehheh... takde la lama bebenor nak bertapa di dapur..



btw, yang berjaya meneka gambar di entri warming UP.. jom teka




ialah EKinashikin...

buah ini dipanggil BELIMBING TANAH.. dipanggil juga belimbing bukit

buahnya tersangat lah comel... 1/2 cm pun tak sampai... kecik bebenor..



..






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Mac 01, 2009

JIntan Hitam @ Habbatus Sauda




Bila kita sebut jintan hitam.. orang tak berapa nak amik port.. tapi bila kita sebut Habbatus sauda, baru orang nak beri perhatian lebih.

Bebaru ni adik ipar yang berkhidmat di bawah payung UNIFIL (Misi Keamanan PBB) di Lubnan pulang bercuti untuk tempoh yang singkat. Jadi banyak lah buah tangan yang dibawa dari sana. Antara nya adalah jintan hitam, tapi masa dia keluarkan bungkusan tu, dia tak sebut lah jintan hitam... tapi habbatus sauda.. yang sebetulnya dia pun tak tahu yang orang malaysia panggil benda tu 'jintan hitam'.. masa dok malaysia, tak kenal pun jintan hitam..



Ini lah habbatus sauda yang dibawa dari Lubnan.. satu bungkus tu 2 kg pada harga USD3.oo, kalau convert ke RM lebih kurang RM10.00.

Masyarakat di Lubnan, yang rata-rata berketurunan Arab, menjadikan habbatus sauda sebagai 'perencah' @ 'perasa' dalam semua masakan., terutama pada musim sejuk. Sekarang ni di Lubnan masih lagi musim sejuk. Digunakan sedikit sahaja, macam kita guna garam tu tu.. hanya masukkan secubit. kalau dalam minuman, akan dimasukkan 2,3 biji. Sifat habbatus sauda ni 'panas'.. jadi kita di Malaysia ini, tak boleh lah nak gunakan seperti masyarakat di Lubnan & Timur Tengah.

Kalau nak tahu lebih lanjut akan khasiat jintan hitam, boleh baca di sini.

Boleh juga rujuk di sini. Sangat menarik.


Setakat yang kakyong tahu, jintan hitam ni boleh digunakan :

1. Untuk ibu-ibu yang dalam pantang.. baunya yang wangi, elok dicium, tapi untuk ibu dalam pantang, diminum air rebusan nya.. untuk mengelak angin di kepala.. maklumlah ibu-ibu dalam pantang ni.. memang berangin..

2. Untuk buat tuam baby ~ untuk elakkan kembung & hangatkan baby lepas mandi. Rasanya semua tahu kot nak buat tuam baby ni, ambil dalam segenggan jintan hitam, bunjutkan dalam kain & ikat kemas2. Zaman la ni untuk menuam, dah jarang orang guna bekas bara.. guna seterika jer.. panaskan bunjut tuam kat seterika, agak2 panas yang sesuai.. tuam la kaki, betis, peha, perut, pinggang, pinggul, belakang, bahu dan akhir sekali di ubun. Ulang proses beberapa kali. senang ajer kan.

Di mana nak beli? Boleh cari di kedai runcit mamak.. aci cuba bila sampai kedai tu, "mamak saya mau habbatus sauda satu ringgit.." Kalo dia diam & terus ambik barang, kira okay lah tu..
tapi kakyong penah dapat respond macam ni.. "habbatus sauda tarak jual.." tapi bila sebut jintan hitam, ade pulak..

Tersangat banyak khasiat jintan hitam ni, hinggakan disebut dalam hadis :

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya pada jintan hitam itu terdapat obat untuk segala macam penyakit kecuali kematian

Dan ada juga yang telah menghasilkan produk kesihatan seperti di laman ini dan juga di sini.

Terima kasih sudi membaca, sila lah tinggalkan komen, dan jemput datang lagi.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio