NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 20, 2009

Suami yang baik

Entri ini ku ambil dari blog kak atty, untuk peringatan diri sendiri & manafaat bersama.

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
    Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.


  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
    Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
    Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

  • Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

  • Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
    cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
    cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

  • Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

  • Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

  • Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

  • Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.







Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Isnin, Jun 08, 2009

Doa untuk anak-anak

entri ni sumbernya dari blog kakHas - my notes entry

Salam to all...

Just nak share with you all this doa. Doa ni saya dapat semasa menghadiri kuliah zuhur during lunch time at my office. (tak ingat the exact date bila... kalau tak silap early this year!).

Menurut ustaz tu (minta maaf...nama ustaz pun tak ingat siapa! :D) doa ni elok diamalkan ketika:
  1. Bersama anak-anak
  2. Teringat anak-anak
  3. Ternampak kelibat anak-anak
  4. Melihat anak-anak
Kelebihan doa ini adalah supaya anak-anak kita menjadi seorang anak yang baik dan akhlak anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Menurut ustaz itu lagi, dalam keadaan dan zaman sekarang, kita tidak mahu anak2 kita terjerumus dan terpengaruh dengan anasir2 luar yang akan merosakkan akhlak anak2 kita. Beliau memberi contoh bagaimana sikap dan akhlak anak2 muda remaja di luar sana sekarang ni. Oleh itu beliau terpanggil untuk memberi dan mengajar kami doa di bawah supaya dapat kita amalkan bersama.

Alhamdulillah, menjelang habis kuliah, kami semua dapat menghafal doa tersebut. Marilah kita semua sama2 amalkan doa ini. Dan juga sentiasa memohon kepada Allah supaya anak2 dan keluarga sentiasa berada dalam Lindungan Allah s.w.t. Amin.



Terima kasih sudi membaca & berkunjung ke blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, April 17, 2009

TIPS Belajar Cemerlang

Salam

Sudah hampir bersawang blog ku ini, kesian dikau blog Menyibuk ajer.. mohon ampun dan maaf . Apa pun hari ni, kakyong nak berkongsi sedikit tips belajar (khusus untuk sesiapa jua yang masih dalam pengajian kolej/universiti).

Kakyong tidak lah pandai sangat pun, tetapi sekadar untuk mengimbau kembali kenangan & memori semasa di kampus UUM SIntok. Hmm, rindu sangat dengan keterikan sinaran matahari tengahari nyer yang membuat kulit kakyong sunburn & menggelap. Rindu jua dengan keriuhan PKP (Pusat Kegiatan Pelajar) dan The Mall (khabarnya sekarang di panggil Varsity Mall.. rasa2 nyer lah). Rindu juga dengan team gamelan.. rindu dengan gambang ku yang sudah lama tidak pernah ku pegang.. pandai lagi kah daku bermain gambang.. hihi

Okay, sebelum kakyong share tips belajar yang tidak seberapa ni, ingin dimaklumkan bahawa teknik , taktik & cara belajar boleh diadaptasi & digunapakai oleh sesiapa jua, Cuma tahap ‘penyerapan’ & pemahamana adalah bergantung kepada keupayaan individu sendiri.

1. Membaca sekali lalu topic kuliah untuk esok hari

~ maksudnya, malam sebelum kuliah @ sebelum masuk kuliah, ambillah kesempatan men’go-thru’ tajuk @ subjek yang akan dikuliahkan ‘sekali lalu’.. maksudnya baca saja, faham @ tidak itu belakang cerita. Sebab tujuan membaca adalah untuk member sedikit tapak@asas dalam minda. Bukan untuk mengingat @ memahami secara mendalam. Sekurang-kurang pembacaan sekali lalu ini akan memberi gambaran tentang tajuk kuliah yang akan dikuliahkan oleh pensyarah. Ini adalah lebih baik daripada tidak membuat persediaan @ pembacaan sekali lalu langsung.


2. Mengulangkali nota kuliah hari yang sama selama 5-10 minit untuk setiap subjek

~ Sebaik berakhir harii kuliah, biasa di sebelah petang @ malam. Biasakan diri untuk mengulangkaji @ membaca kembali nota-nota kuliah pagi/petang tadi.. maksudnya nota kuliah hari yang sama mesti diulangkaji pada hari yang sama. Jangan disimpan & tunggu bulan depan baru nak baca & ulangkaji. Sebab nya, bila kita ulangkaji pada hari yang sama, kita akan refresh apa yang pensyarah sebut & jelas dalam kuliah. Insya Allah, apa yang diulangkaji akan disimpan di minda dengan lebih jelas.

Macamana nak urus masa?!! Senang ajer.. tempoh 5-10 minit tak lah panjang mana. Sebaik balik dari lunch.. sementara berehat, selak lah sekejap nota kuliah subjek A. Mungkin juga sewaktu menanti masuk waktu solat, selak lah seketika nota kuliah subjek B. Waktu petang, mungkin ada janji dengan kawan untuk berjogging, sementara menanti kawan datang, selaklah sekejap nota kuliah subjek C. Malam pula mungkin ada mesyuarat dengan persatuan, sementara menunggu semua hadir, selaklah juga nota kuliah subjek D. Sebelum tidur, kalo rasa belum mengantuk & tiada tutorial & ‘assignment’ yang perlu dibuat, selaklah nota kuliah subjek E. Ini semua contoh sahaja okay.. daripada merepek meraban dengan kawan-kawan, baik gunakan 5-10 minit masa terluang dengan mengulangkaji.


3. Membuat peta-minda untuk setiap topik bagi satu2 subjek kuliah.

Setiap kali habis dikuliahkan satu topic, buatlah satu peta-minda. Gunalah kertas A4 & pen berwarna (dolu2 kakyong guna magic kaler). 1 topik 1 peta minda & semua peta minda simpanlah dalam fail khas @ disekalikan dengan nota kuliah. Jangan campur-adukkan dengan subjek lain. Nanti dah nak ulangkaji untuk exam dah letih nak menyusun pulak.

Bila dah ade peta minda, buat lah lagi ulangkaji menyeluruh untuk topic itu. Kenalpasti perkara2 yang tidak difahami. Esok nya berjumpa lah dengan Pensyarah. Kemudian kemaskini kan nota kuliah & peta-minda, jangan tunggu-tunggu esok @ lusa, buat hari itu juga.!!


4. Buat assignment seawal mungkin.

Jangan di perap & dipekasam kan. Tak faham tentang assignment, terus lah berjumpa dengan Pensyarah. Jangan lah jual mahal dengan pensyarah, nanti merana diri.
Jika dipekasamkan, maka di saat akhir, anda juga lah yang rugi bila assignment anda tidak berkualiti & dapat markah pun kurang.

5. Tidur mesti cukup.

Tak usah lah stay-up late.. konon2 nak study.. hampeh, semua tu penipu.. kecuali anda memang orang yg belajar malam.. tapi kalo ikut nasihat Dr Shukhri Abdullah (semasa kakyong ikut program Smart Learning.. 19 tahun yang dulu) tidur awal & cukup adalah penting untuk minda yang cergas. Petua supaya senang nak tidur, minum air milo 1 jam sebelum nak tidur. Tapi setengah orang memang senang tidur, pantang dapat bantal.. terus mengheloh.

6. Minum air masak.

Biasakan membawa 1 botol air masak. Minum air setiap kali habis satu-satu kuliah, untuk segarkan minda! Air adalah oksigen untuk minda. Yer la kadang-kadang kuliah nya berturut2 dan berterusan dari pagi sampai ke tengahari. Jadi bawa lah bekal air masak. Jangan lah malu. Masa zaman kakyong dulu, Chinese student ke sana ke mari mengusung botol mineral water yang besor tu. Ade juga yang bawa botol Tupperware yang besor, sikit pun tak malu.

7. Sangat-sangat disyorkan agar perkara 1,2,3 dibuat dalam kumpulan belajar (study group).. dan kakyong berharap anda tahu akan kebaikan & bagus nya belajar berkumpulan, jadi tak perlulah kakyong huraikan apa itu study group.


Insya Allah, jika anda AMALKAN tips kakyong ini, anda pasti boleh mendapat keputusan CEMERLANG.. PERCAYA lah.. (kakyong ni best student tau..!! pernah dapat 4.0.. u all tak percaya ker..!!)



sumber adalah pengalaman peribadi semata-mata.


Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Ahad, Mac 01, 2009

JIntan Hitam @ Habbatus Sauda




Bila kita sebut jintan hitam.. orang tak berapa nak amik port.. tapi bila kita sebut Habbatus sauda, baru orang nak beri perhatian lebih.

Bebaru ni adik ipar yang berkhidmat di bawah payung UNIFIL (Misi Keamanan PBB) di Lubnan pulang bercuti untuk tempoh yang singkat. Jadi banyak lah buah tangan yang dibawa dari sana. Antara nya adalah jintan hitam, tapi masa dia keluarkan bungkusan tu, dia tak sebut lah jintan hitam... tapi habbatus sauda.. yang sebetulnya dia pun tak tahu yang orang malaysia panggil benda tu 'jintan hitam'.. masa dok malaysia, tak kenal pun jintan hitam..



Ini lah habbatus sauda yang dibawa dari Lubnan.. satu bungkus tu 2 kg pada harga USD3.oo, kalau convert ke RM lebih kurang RM10.00.

Masyarakat di Lubnan, yang rata-rata berketurunan Arab, menjadikan habbatus sauda sebagai 'perencah' @ 'perasa' dalam semua masakan., terutama pada musim sejuk. Sekarang ni di Lubnan masih lagi musim sejuk. Digunakan sedikit sahaja, macam kita guna garam tu tu.. hanya masukkan secubit. kalau dalam minuman, akan dimasukkan 2,3 biji. Sifat habbatus sauda ni 'panas'.. jadi kita di Malaysia ini, tak boleh lah nak gunakan seperti masyarakat di Lubnan & Timur Tengah.

Kalau nak tahu lebih lanjut akan khasiat jintan hitam, boleh baca di sini.

Boleh juga rujuk di sini. Sangat menarik.


Setakat yang kakyong tahu, jintan hitam ni boleh digunakan :

1. Untuk ibu-ibu yang dalam pantang.. baunya yang wangi, elok dicium, tapi untuk ibu dalam pantang, diminum air rebusan nya.. untuk mengelak angin di kepala.. maklumlah ibu-ibu dalam pantang ni.. memang berangin..

2. Untuk buat tuam baby ~ untuk elakkan kembung & hangatkan baby lepas mandi. Rasanya semua tahu kot nak buat tuam baby ni, ambil dalam segenggan jintan hitam, bunjutkan dalam kain & ikat kemas2. Zaman la ni untuk menuam, dah jarang orang guna bekas bara.. guna seterika jer.. panaskan bunjut tuam kat seterika, agak2 panas yang sesuai.. tuam la kaki, betis, peha, perut, pinggang, pinggul, belakang, bahu dan akhir sekali di ubun. Ulang proses beberapa kali. senang ajer kan.

Di mana nak beli? Boleh cari di kedai runcit mamak.. aci cuba bila sampai kedai tu, "mamak saya mau habbatus sauda satu ringgit.." Kalo dia diam & terus ambik barang, kira okay lah tu..
tapi kakyong penah dapat respond macam ni.. "habbatus sauda tarak jual.." tapi bila sebut jintan hitam, ade pulak..

Tersangat banyak khasiat jintan hitam ni, hinggakan disebut dalam hadis :

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya pada jintan hitam itu terdapat obat untuk segala macam penyakit kecuali kematian

Dan ada juga yang telah menghasilkan produk kesihatan seperti di laman ini dan juga di sini.

Terima kasih sudi membaca, sila lah tinggalkan komen, dan jemput datang lagi.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Khamis, Februari 12, 2009

Mencerahkan kulit kaki..

foot Pictures, Images and Photos




kakyong kan selalu perasan ramai anak-anak dara bahkan mak-mak dara sekalipun.. yang kulit muka nyer kan main putih gebu.. tapi bila tengok bawah tang kaki.. alamak..

kaki ni kalo tak di jaga.. muler le kulit kaki jadi kematu.. pastu kat tumit tu muler la pecah-pecah.. untuk kali ni teman nak kongsi petua nak cerahkan kulit kaki jer..

tak susah nak mencerahkan kulit kaki ni.. cuma kena rajin jer..

1. untuk ibu-ibu di rumah ~ balance kelapa parut tu bila dah diperah santan nyer.. usah le terus dibuang terus ke tong sampah.. boleh di guna untuk menyental kaki. Insya Allah, kalau selalu dibuat, kulit kaki akan lembut & lembab (maksudnyer tak le kering sampay jadi kematu). baki kelapa parut ni boleh juga di guna untuk menggilap keting (betis) yang kering. keting jadi kering sebab malas makan sayur... hahah..

2. untuk yang payah nak cari kelapa parut.. macam adik-adik yang masih belajor tu.. sental ajer dengan losyen.. tu ler beli losyen takat sapu kat tangan jer.. lupa plak yang kaki pun nak juga dibelai sama.. buat selalu lepas mandi.. kalo yang dah kematu benor tu, elok ler sental losyen ke kaki dengan tisu muka, tengok ler berapa banyak daki yang melekat kat tisu tu nanti..


foot Pictures, Images and Photos


semoga rajin menjaga kaki... kan cantik kalo muka cerah bersih & kaki pun ikut sama cerah bersih... nak cantik nak lawa... bior jaga dari hujung rambut ke hujung kaki... usah buang duit untuk 'bela' muka jer...





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio