~ maksudnya, malam sebelum kuliah @ sebelum masuk kuliah, ambillah kesempatan men’go-thru’ tajuk @ subjek yang akan dikuliahkan ‘sekali lalu’.. maksudnya baca saja, faham @ tidak itu belakang cerita. Sebab tujuan membaca adalah untuk member sedikit tapak@asas dalam minda. Bukan untuk mengingat @ memahami secara mendalam. Sekurang-kurang pembacaan sekali lalu ini akan memberi gambaran tentang tajuk kuliah yang akan dikuliahkan oleh pensyarah. Ini adalah lebih baik daripada tidak membuat persediaan @ pembacaan sekali lalu langsung.
~ Sebaik berakhir harii kuliah, biasa di sebelah petang @ malam. Biasakan diri untuk mengulangkaji @ membaca kembali nota-nota kuliah pagi/petang tadi.. maksudnya nota kuliah hari yang sama mesti diulangkaji pada hari yang sama. Jangan disimpan & tunggu bulan depan baru nak baca & ulangkaji. Sebab nya, bila kita ulangkaji pada hari yang sama, kita akan refresh apa yang pensyarah sebut & jelas dalam kuliah. Insya Allah, apa yang diulangkaji akan disimpan di minda dengan lebih jelas.
Macamana nak urus masa?!! Senang ajer.. tempoh 5-10 minit tak lah panjang mana. Sebaik balik dari lunch.. sementara berehat, selak lah sekejap nota kuliah subjek A. Mungkin juga sewaktu menanti masuk waktu solat, selak lah seketika nota kuliah subjek B. Waktu petang, mungkin ada janji dengan kawan untuk berjogging, sementara menanti kawan datang, selaklah sekejap nota kuliah subjek C. Malam pula mungkin ada mesyuarat dengan persatuan, sementara menunggu semua hadir, selaklah juga nota kuliah subjek D. Sebelum tidur, kalo rasa belum mengantuk & tiada tutorial & ‘assignment’ yang perlu dibuat, selaklah nota kuliah subjek E. Ini semua contoh sahaja okay.. daripada merepek meraban dengan kawan-kawan, baik gunakan 5-10 minit masa terluang dengan mengulangkaji.
Setiap kali habis dikuliahkan satu topic, buatlah satu peta-minda. Gunalah kertas A4 & pen berwarna (dolu2 kakyong guna magic kaler). 1 topik 1 peta minda & semua peta minda simpanlah dalam fail khas @ disekalikan dengan nota kuliah. Jangan campur-adukkan dengan subjek lain. Nanti dah nak ulangkaji untuk exam dah letih nak menyusun pulak.
Bila dah ade peta minda, buat lah lagi ulangkaji menyeluruh untuk topic itu. Kenalpasti perkara2 yang tidak difahami. Esok nya berjumpa lah dengan Pensyarah. Kemudian kemaskini kan nota kuliah & peta-minda, jangan tunggu-tunggu esok @ lusa, buat hari itu juga.!!
Jangan di perap & dipekasam kan. Tak faham tentang assignment, terus lah berjumpa dengan Pensyarah. Jangan lah jual mahal dengan pensyarah, nanti merana diri. Jika dipekasamkan, maka di saat akhir, anda juga lah yang rugi bila assignment anda tidak berkualiti & dapat markah pun kurang.
Insya Allah, jika anda AMALKAN tips kakyong ini, anda pasti boleh mendapat keputusan CEMERLANG.. PERCAYA lah.. (kakyong ni best student tau..!! pernah dapat 4.0.. u all tak percaya ker..!!)
sumber adalah pengalaman peribadi semata-mata.
Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.