NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Isnin, Mac 09, 2009

Home » » Salam takziah : Untuk terakhir kali

Salam takziah : Untuk terakhir kali


Entry ini kakyong salin dari blog Fajar Seluas Angkasa. kakyong hanya baru mengikuti blog ini belum pun 10 hari.. tetapi, entry yang baru kakyong baca hari ini, ingin sangat2 kakyong kongsikan dengan pengunjung blog ini. Posting2 yang sebelum ini memang meruntun hati., 'melihat' perjuangan seorang anak kecil melawan penyakit yang dideritai, namum Allah lebih menyayanginya. Dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali. AlFatihah untuk adik Amir Yusuf, bayi kecil yang hampir sebaya anak kakyong.

Untuk Terakhir Kali

Posted in peristiwa by fajaril

i. Detik-detik bersama Amir Yusuf

Ayah usap kepala Amir Yusuf. Ibu bacakan bersama surah-surah suci agar dapat mengurangkan kepedihan yang ditanggung oleh dirimu sayang. Bukan saja untuk Amir Yusuf, tetapi juga buat jiwa ayah dan ibu di dalam melalui detik-detik getir ini.

Malam sebelumnya, setelah sekian lama Najla tidak dapat bertemu, akhirnya terlerai juga kerinduan antara Najla dan Amir Yusuf. Berbulan lamanya berada di wad PICU, hanya 2 kali sahaja Najla dapat melihat wajah Amir Yusuf. Itupun tidak sampai lima minit. Kawalan yang begitu ketat tidak membenarkan pelawat memasuki ruangan ini kerana keadaan bayi di dalam sini begitu lemah dan mudah terkena sebarang jangkitan.

Alangkah syukur dan gembira hati ayah dan ibu dengan peluang yang diberikan. Tidak tergambar apakah yang Najla rasai sewaktu melihat Amir Yusuf di dalam keadaan sedatif. Ayah dukung Najla. Ayah terangkan kepada Najla segala mesin, tiub dan wayar kepada Najla. Dari riak wajahnya, penuh dengan rasa sedih dan simpati.

“Najla nak doa untuk adik Amir Yusuf?”

Dengan perlahan, Najla berdoa.

“Ya Allah, sembuhkanlah Amir Yusuf. Najla sayang Amir Yusuf. Ya Allah, permudahkan PhD ibu ayah. Berkatilah, rahmatilah hidup kami.”

Keharuan menerjah hati ayah. Kasih sayang yang mengikat terasa begitu erat dan tulus. Ayah kucup pipi Najla.

Malam itu, Najla pulang ke rumah ditemani Kakak Adibah. Ayah dan ibu terpaksa menemani Amir Yusuf yang begitu memerlukan ayah dan ibu. Dua malam ayah dan ibu setia di sisi. Tanpa secebis rasa jemu. Demi kasih sayang yang tercipta.

Kesan jangkitan di dada Amir Yusuf semakin merebak. Ia semakin memberi kesan yang teruk kepada sistem pernafasan dan melumpuhkan lagi sistem lain di dalam badan Amir Yusuf. Segala usaha dan upaya telah dilakukan oleh doktor. Namun, mereka harus mengakui bahawa tiada lagi yang terbaik dapat mereka berikan. Pedih sekali khabar ini. Ayah dan ibu harus redha.

Kali pertama mendengar berita itu, ayah dan ibu masih lagi mampu bertahan. Inilah ketentuan dari-Nya. Biarpun terasa menggeletar seluruh tubuh, ayah hanya mampu bermohon agar Allah mempermudahkan segalanya.

“Is there any hope?”

“No. I’m sorry.”



Untuk bacaan seterus nya.. sila ke sini
untuk melihat galeri khas.. klik sini

kakyong : terima kasih kerusimalas kerana 'introduce'kan kakyong dengan blog fajar seluas angkasa. Semoga kisah ini memberi manafaat dan menjadi panduan untuk kita meneruskan kehidupan.. sesungguhnya semua kita tidak terlepas daripada dugaan Allah... hanya cara & kaedah sahaja yang berlainan, tetapi kita semua tetap akan diujiNya.


Terima kasih masih sudi berkunjung & membaca blog ini.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
5 Comments
Comments

5 comments

9 Mac 2009, 11:24:00 PG

sedihnya akak kisah tersebut tp lagi sedih tgk org buang anak mcm sampah ja.
Semoga kelak Amir Yusuf dapat membantu ibubapanya bila tiba hari pengadilan..Insyallah.

Al-Fatihah kepada rohnya, Ya Allah, andai gugur seorang permata kami, kau gantilah dgn permata yg buat kami berlapang hati. Sesungguhnya kami redha dan apa yang kami lalui ini tidak sekuat bagaiman junjungan kami lalui.

9 Mac 2009, 1:40:00 PTG

Al-Fatihah
sy tak mampu nak komen kat blog Fajaril, di sana hanya air mata sy tak berhenti tumpah..
sebuah perjalanan yg panjang,yg penuh kesabaran,kini dah berakhir..
umur arwah Amir sama dgn Aisyah,Amir lahir pd 27 Jun 2008, Aisyah 30 June 2008..
yg pasti Amir kini sangat bahagia bersama ALLAH..

9 Mac 2009, 3:09:00 PTG

salam nagaperang,

kakyong pun sedih juga bila tiap kali baca @ melihat berita orang membuang anak, mungkin ibu/bapa yang mbuang anak itu telah 'mati' hati nya & tidak takut akan Allah.. sentiasa lah berdoa supaya hati kita tidak dimatikan sebelum kita mati.

9 Mac 2009, 3:12:00 PTG

salam ibuKauthar,

bersyukur lah ibuayah yang punyai anak2 ahli syurga.. cuma tinggal kita di dunia untuk untuk terus istiqamah & beramal.. mak sedara kakyong 8 orang anak nya meninggal masa usia dalam hari.. pun begitu, mak sedara kakyong pun sudah setahun meninggalkan kami..

9 Mac 2009, 7:23:00 PTG

masyaallah..syahdunya....

Catat Ulasan