NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label Anis dan tadika perpaduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anis dan tadika perpaduan. Papar semua catatan

Khamis, Februari 02, 2012

Ajar anak supaya tidak panjang tangan



salam bahagia,




Ini adalah alatulis Anis masa mula masuk tadika.. bekas pencil pooh & tigre tu saya dapat hasil dari menang giveaway... berbulan saya simpan untuk Anis.. tapi Anis guna tak sampai sebulan pun, hilang di'kebas' kawan nya.  sangat sentimental bekas pensil tu pada saya... sad


Sebelum ni pun sepit rambut Anis yang lip-lap itu pun di ambil oleh kawannya. Bila saya komplen hal kehilangan ni dengan cikgu nya, cikgu pun tak leh nak buat apa-apa, sebab memang tak de dalam beg mana-aman budak pun. Budak yang Anis kata amik bekas pencil dia tu pun tak mengaku. huhhh.. 


Yang sedihnya, sikap makbapa tu sendiri.. dah tahu anak bawa balik barang orang lain, sepatutnya ambil lah tindakan untuk memulangkannya semula. Saya ni setiap hari Anis balik dari sekolah saya akan check beg sekolah dia, in case lah dia terambil barang-barang kawannya. 


Pada saya teramat penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian mulia anak-anak sejak usia pra-sekolah. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk beritahu anak, apa perbuatan yang betul dan apa perbuatan yang salah.


Jika anak dah terbiasa panjang tangan dari kecik & makbapa buat tak kesah jer.., maka akan makin menjadi-jadilah sikap panjang tangan ni. Saya memang sedih dengan sikap makbapa yang kurang prihatin dalam hal ni. 

gambar recycle dr n3 lepas.. just nak tunjuk sepit-sepit rambut Anis yang diambil kawannya tu

Di bekas pensel tu boleh lah saya letak nama (tu pun hilang tanpa dapat dikesan), takkan di sepit rambut pun saya nak tampal nama Anis jugak kan.. 


Sekarang ni dalam beg sekolah Anis, saya cuma letak sebatang pensel dan 1 pemadam. Pensel warna pun saya tak bagi dia bawa, sebab di sekolah memang sudah ada pensel warna. 


Anis ni pulak.. memang sedikit lengai perangainya.. berbeza dengan Fikri.. Fikri pandai jaga barang-barang dia.. jangan lah siapa amik barang dia.. dia menangis semahu-mahunya, sampai budak takut nak amik barang dia. Anis ni 360 darjah berbeza dari abang Fikri. 


Masa bekas pensel tu hilang, Anis cakap kawan pinjam (baikhati sangat Anis ni).. kejadian ni sebelum cuti raya cuti baru ni.. lepas naik sekolah.. dah budak tu tak mengaku pulak. macam-macam.. takkan sebab bekas pensel, saya nak serang rumah budak tu kan... tapi ini bukan isu berkira ke apa.. ni isu etika dan nilai. 


Ramai makbapa yang saya jumpa, ambil ringan jer hal macam ni. Ramai yang cakap, 'alah budak2, bukannya tahu apa'.. jadi adakah bermakna ambil barang kawan dan tak pulangkan semua tu - tak salah. Saya memang sedih sangat dengan mentaliti makbapa yang macam ni. Sedar atau tidak, ini adalah 'cara kita mengajar anak menjadi pencuri' tanpa kita sedari.


Kome pulak camana? buat-buat diam jer ke kalo anak amik barang-barang kawan? atau sebaliknya..



salam kasih sayang,
.



Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Januari 13, 2012

Hari hujan, tak boleh pergi sekolah



Salam bahagia,


Hujan dari petang semalam membawa ke malam dan terus renyai hingga ke pagi hari ini..



sweater pink ni kawan Ibu bagi.. Anis sayang sangat sweater ni..


Anis : "hujan la ibu.. tak boleh pergi sekolah. nanti basah"
Ibu : "takper.. nanti atok datang.. atok ade baju hujan"

Jadi, pagi ni Anis pergi sekolah dengan atok..




NI budak kecik yang bangun seawal jam 6.30 pagi.. lepas salin CD (lampin kain), dia tak mau mandi, jadi tukar baju & seluor baru jer. 


*nota : Time hujan dan malam yang sejuk.. memang harus pakaikan Anis & ALiya lampin kain. Anis lately ni, sejak sekolah, dia tidur lena, sampai kencing tilam pun tak sedor.. dedulu tu dia tahu juga nak bangun malam ke bilik air. 


p/s
la ni Aliya hari-hari ajak pergi jalan-jalan naik basikal.. tengok dalam gambar tu, dia siap sedia dok atas basikal.. sambil mulut dok jerit  "cepat lah ibu... cepat!!" huhuuu.. sabor jer la..




Anis kat sekolah.. ibu tunggu kakak pakai kasut... 
cikgunya kata Anis pendiam kat sekolah.. tak bercakap..
masa ibu pergi amik tu riuh mulut dia bercerita..
baru cikgunya tegur : "owwhhh, ramah rupanya.. dalam kelas dia diam jer"




salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio

Jumaat, Januari 06, 2012

Anis di hari pertama tadika



Salam bahagia,


4 Jan 2012, uruskan abang Fikri hari pertama Pra di Ulu Kinta.. 5 Jan 2012, baru dapat uruskan tadika untuk Anis pulak. Sian Anis, lewat 1 hari masuk tadika.


Alhamdulillah, Anis dapat juga masuk ke tadika perpaduan di taman sebelah, dekat lah dengan rumah opah dan atok nasi lemak.




Sebelum jam 7 pagi tu saya dah kejutkan dia.. tapi pukul 7.15 baru mandi.. itu pun dia dok terketar-ketar.. sejuk.. dah siap pakai baju.. dia pakat sambung tidur/baring depan tv pulak..




kat sekolah ni.. tengok dia pegang bot.. cikgu buatkan.. masa ni saya sedang siapkan isi semua borang.. malas nak ulang-alik 2-3 kali., jadi saya isi semua, lagipun surat beranak memang dah dibuat salinan, gambar pun dah disiapkan.




Untuk kelas 5 tahun ni, memang ramai juga anak murid nya.. lebih 20 orang.. yang dalam gambar ni baru separuh.. ada separuh lagi yang cikgu & pembantunya dok ligan soh dok depan nih... memang maca-macam telatah budak-budak ni.. mana yang aktif tu, memang buat tak tahu jer apa yang cikgu cakap.. sibuk dok selongkar mainan, ada yang menyorok di balik kabinet/rak buku.. yang menangis tu biasa lah. Di mana-mana tadika pun, yang kerap menangis adalah budak lelaki.. fenomena biasa.. budak perempuan jugak yang cool & berani.

Anis pulak, Alhamdulillah.. dia tak buat perangai macam Fikri dulu.. bila saya sudah selesai isi semua borang dan dokumen, saya beritahu Anis.. 

Ibu : "Ibu nak balik ni, nanti lepas sekolah atok datang amik tau" 
Anis : angguk jer
Ibu : "kakak dengar cakap cikgu tau!"
Anis : angguk lagi

Saya terus jer keluor dari kelas dia.. tak toleh belakang dah pun.. 

MInggu ni waktu sekolah hingga jam 11 pagi jer.. atoknya lewat sebab ada urusan, jadi pakcik Zan yang tolong amikkan Anis.. Saya masa tu tak terus balik rumah pun, dok lepak kat rumah makbonda. Jam 11 tu Anis balik, senyum lebor dia.. suka lah tu. 

Ibu : "seronok ke sekolah kakak"
Anis : senyum senyum.. "seronok.."
Ibu : "cikgu ajar apa hari ni"
Anis : "cikgu buat bot.. pastu kakak kaler bulat-bulat.. cikgu ajar nyanyi dengan kawan-kawan.. kakak main permainan" (kat tadika tu memang ada set playground)


Alhamdulillah, harap-harap nya Anis dapat belajar bergaul dan catch-up kenal huruf dan nombor. selebihnya memang saya akan follow up dengan aktiviti belajar di rumah.

Yuran untuk tadika perpaduan: pendaftaran (termasuk buku, uniform dan baju sukan) = RM160. Yuran bulanan RM10 jer. Makanan disediakan. Waktu belajar : 8 pagi - 12 tengahari.



p/s
hari ni ade budak kecik yang bosan dok rumah sensorang... esok lah sambung citer pasal budak kecik ni..



salam kasih sayang,
.


Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio