NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Memaparkan catatan dengan label tumis ikan duri masin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tumis ikan duri masin. Papar semua catatan

Ahad, Januari 15, 2012

Tumis Ikan duri masin


Salam bahagia,




ni dia rupa ikan duri masin... antara ikan masin paling murah.





Ini antara menu yang saya paling suka.. mudah & simple


bahan-bahan :
1 ekor ikan duri masin - dipotong & digoreng
2-3 biji bawang mewah * ditumbuk
2-3 ulas bawang putih *
sehiris halia agak2 setengah inci *
cili api (ikut sukatan sendiri, jika saiz besar tu dalam 3-5 biji) *
cili merah @ cabai masak ( saya guna 1 biji jer) *
1 biji buah tomato - potong kecil2
air secukupnya

cara-caranya :
1. tumbuk semua bahan-bahan yang ditanda (*), jika nak senang, kisar jer.. saya suka cara lama, tumbuk guna lesung batu
2. tumiskan bahan2 yang sudah ditumbuk sehingga naik bau, layu dan garing..
3. masukkan buah tomato , tambah air sedikit & masak sehingga tomato nampak sedikit hancur
4. masukkan ikan duri masin yang sudah digoreng, biarkan sehingga tomato betul2 hancur (sebati ) dan siap untuk dihidangkan


tak perlu nak letak garam sebab ikan masin sudah cukup masin. saya suka masak ni, berkuah lebih sikit.. Resepi asalnya letak asam jawa. Saya ubah letak tomato sebab tomato ni banyak khasiatnya.


..





Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio